TANAMAN BUAH TIN

Buah Tin/ Figs

Buah Tin/ Figs

Buah tin merupakan buah yang sangat istimewa kerana merupakan buah yang disebut didalam Al-quran didalam surah At-Tin ayat pertama yang berbunyi “Demi buah tin dan zaitun”. Nama buah tin juga tersemat didalam satu hadis Rasullah saw yang berbunyi “ jika aku mengatakan ada buah yang turun dari syurga maka inilah buahnya (Tin)”.

Pokok Buah Tin ini dapat di kesan atau di temui dalam sejarah di sebut di dalam Alkitab dan tulisan-tulisan kuno yang lain. Mereka telah mula menanam pokok tin di Egypt Mesir. Mereka menyebarkan ke ancient Crete dan kemudian seterusnya, sekitar SM abad ke-9, ke Greece purba, di mana ia menjadi makanan ruji dalam diet tradisional. Kebanyakan buah tin ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki,Iran dan Mesir dan juga beberapa Negara seperti Portugal,Sepanyol dan Greece. Kini telah dikormesialkan dan berkembang di USA,Argentina, dan Australia. Kini, penanaman pokok Tin telah mula diusahakan di kawasan yang beriklim tropika termasuk kawasan Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Pokok tin atau figs ini mula ditanam di Malaysia dan mendapat sambutan kerana ia merupakan pokok yang perlukan cahaya matahari dan suhu yang panas serta sesuai ditanam dikawasan tropika. Cara penanaman pokok tin ini Nampak mudah tetapi memerlukan penyelengaraan dan penjagaan yang betul kerana pokok tin ini adalah sensitif dan perlu diberi perhatian yang secukupnya sehingga menghasilkan buah. Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi bersama pembaca mengenai kaedah penanaman pokok tin dan juga cara penjagaannya.

  • Penyediaan anak benih atau anak pokok

sebiji buah tin kering digunakan, dipotong dan keluarkan biji didalamnya. Rendam biji tin semalaman. Keesokan harinya, ambil biji benih yang tenggelam sahaja dan taburkan ke atas media campuran tanah, pasir dan sedikit kompos. Siram agar media sedikit lembab. Letakkan ditempat yang agak teduh dan tidak ditimpa hujan. Dalam 5 hingga 6 minggu, benih akan tumbuh. Pilih anak-anak benih yang paling besar dan cergas pertumbuhannya. Tanam di atas tanah atau dalam pasu dan jaga dengan baik.

 

Kelebihan menanam dari biji benih ini adalah pokok akan mengeluarkan akar tunjang. Pokok yang ada akar tunjang ini dapat bertahan dari tumbang apabila dah besar. Pokok dari biji benih juga sesuai dijadikan pokok penanti.

Senarai biji benih yang rajin berbuah sesuai untuk sesiapa yang baru hendak menanam pokok tin:

  • Khurtmani/red israel
  • Tena
  • Brownturkey
  • Purple jordan/purple yordan
  • Btm6 Hybrid
  • Texas everbearing
  • Brunswik/ Yellow wuhan
  • Negrune
  • Conadria
  • Xinjiang
  • Lsu gold
  • Maria
  • Taiwan Golden fig
  • Masui dauphine

Keratan batang pokok tin atau figs

Kaedah pembiakan menggunakan keratan batang, dan juga kaedah tut. Kaedah ini adalah lebih berpotensi menghasilkan baka yang serupa dengan induk dan peratus pertumbuhannya adalah lebih tinggi berbanding dengan biji benih. Ramai pengusaha sekarang mengunakan keratan batang atau tut (air layering) untuk menanam pokok tin kerana risikonya adalah rendah.

Cara-cara menanam

Menanam didalam pasu atau polibeg besar. Tidak digalakkan mengunakan pasu atau polibeg kecil kerana akar pokok akan penuh dalam masa yang singkat dan pertumbuhan akan terbantut lepas satu tahun. Pada lantai pasu atau polibeg masukkan batu-batu kecil untuk memastikan tanah tidak terkeluar bersama air siraman. Pokok tin tidak suka dalam keadaan air bertakung. Dimana akarnya akan terganggu dan pertumbuhan pokok terbantut.

  • Penyediaan tanah

Untuk mendapatkan saliran yang baik buat campuran media seperti berikut:

  • 5 bahagian pasir kasar
  • 4 bahagian tanah merah
  • 1/2 bahagian kompos
  • sedikit kapur pertanian
  • sedikit baja npk 15:15:15 (beli dinurseri)

Gaul campuran diatas bagi sebati. Isikan pasu sebahagian sahaja. Ukur ketinggian tanah dalam polibeg anak pokok yang dibeli dengan meletakkan polibeg tersebut ke dalam pasu. Pastikan tanah dalam polibeg bawah sedikit dari bibir pasu. Sekiranya campuran tanah tidak cukup, tambahkan sedikit tanah untuk tujuan memastikan pokok ditanam pada paras 3 cm dari bibir pasu.

  • Menanam keratan pokok

Tanamkan anak pokok didalam pasu paras 3 cm dari bibir pasu.Isikan campuran tanah disekeliling polibeg hingga separuh ketinggian polibeg. perlu berhati-hati semasa meletakkan tanah supaya akar pokok tin tidak terjejas. Anak pokok yang siap ditanam kedalam pasu boleh disiram sehingga tanah basah. Jika air turun dengan baik, bermaknanya campuran tanah tadi adalah baik untuk pokok tin. Ini adalah kerana, pokok tin tidak suka air bertakung. Siram sehari sekali tanpa membasahkan daun. Daun pokok tin ‘fussy’ sikit. Tidak suka air membasahi daunnya. Tempatkan pasu ditempat yang mendapat banyak cahaya matahari dan elakkan daripada hujan yang berterusan.

  • Pembajaan

Gunakan baja cecair untuk mengelakkan akar anak pokok rosak dan mati serta daun terbakar kerana kepanasan jika menggunakan baja biji. Jika menggunakan baja biji,pastikan diberi pada kadar yang betul dan sedikit sahaja. Pembajaan yang sesuai adalah seminggu sekali untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok. Pada peringkat ini pokok sudang matang dan sedia berbunga dan seterusnya menghasilkan buah. Baja yang disyorkan untuk digunakan semestinya mengandungi kandungan K yang tinggi.   Pada umumnya ia lebih dikenali dengan baja buah.

 

Kongsikan!
  • 71
  •  
  •  
  •  
    71
    Shares
This entry was posted in Buan tin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply