UBI KEMILI

Ubi Kemili

Ubi Kemili

Pada zaman kesultanan Melaka lagi ubi merupakan makanan ruji bagi masyarakat tempatan. Pelbagai jenis ubi ditanam sebagai sumber karbohidrat untuk mereka ketika itu. Pelbagai jenis ubi yang masih ditanam sehingga sekarang, antaranya ialah ubi kayu,ubi kadok,ubi kentang, ubi keledek,ubi kemili dan lain-lain.

Artikel kali ini, kita akan berkongsi mengenai sejenis ubi iaitu ubi kemili yang sangat terkenal dengan keenakannya dan terdapat ditempat-tempat tertentu sahaja. Ubi Kemili memang tidak asing lagi buat penduduk kampung terutamanya di Kelantan,Terengganu dan Johor. Ubi Kemili (Coleus Tuberosus) merupakan jenis tanaman berubi dari family Roxburghiaceae. ia juga dikenali sebagai Ubi Keling kerana warna ubi tersebut berwarna hitam. Dikalangan masyarakat Jawa di Muar Johor mereka memanggilnya dengan nama Kentang Jembut. DiIndonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.Tanaman ini merupakan famili dengan pokok Ati-ati (Coleus) yang dijadikan tanaman hiasan.

Cara penanaman ubi kemili

  • Menanam ubi kemili adalah mudah,hanya menggunakan keratan pucuk atau umbisi.
  • Ambil keratan pucuk dan potong lebih kurang 5-7cm panjang dan cucuk pada polibeg atau tray tanaman. Bila pucuk sudah mula mengeluarkan akar, pindahkan ke batas dengan jarak tanaman lebih kurang 1 kaki atau 30cm untuk tumbesaran pokok dan ditanam berselang seli.
  • Sebelum menanam,sediakan tanah campuran dan digembur terlebih dahulu untuk pengudaraan dan memudahkan proses pengakaran.
  • Bila pokok sudah membesar, pembajaan adalah menggunakan baja NPK 15:15:15
  • Aktiviti merumpai perlu kerap dilakukan dan apabila rumpun pokok mula tumbuh panjang berjurai, maka ia perlulah ditimbus lagi dengan medium untuk pertumbuhan ubi.
  • Rumpun yang berjurai-jurai di tarik keatas batas untuk kambus medium campuran supaya perdunya mengeluarkan ubi yang lebih berisi.
  • Tanaman ubi kemili ini mengambil masa yang agak lama iaitu 12 bulan untuk mendapatkan hasil.
  • Saiz ubi kemili ini juga berbeza-beza dan tidak seragam,ada yang kecil dan besar.jadi tidak hairanlah, kebanyakan yang dijual adalah tidak sama saiznya.

Ubi kemili ini boleh direbus atau dimasak seperti juga ubi-ubi lain. Ubi ini juga menjadi ramuan dalam masakan daging, ikan, sup atau sayuran lain sebagai penyedap rasa dan memaniskan masakan itu. Ia juga sedap dimakan rebus biasa.

Khasiat ubi ini dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 75 g, protein 1.6 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin A 0.0 mg, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg, vitamin C 8.1 mg.

selamat menanam!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in ubi kemili and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply