VARIETI BETIK

Betik tergolong dalam keluarga Caricaceae dan genus carica. Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik mengeluarkan buah yang sangat sedap, manis dan menjadi pilihan ramai orang. Banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasaraya.

Sebelum kita pergi ke cara penanaman betik, saya ingin membawa pembaca mengenal varieti-varieti betik yang ada hasil daripada pembiak bakaan didunia ini. Terdapat 6 kultivar atau varieti yang sering ditanam.

  1. Sunrise Solo

    Sunrise Solo

    Sunrise Solo

Varieti ini merupakan variety betik yang terkenal di Negara ini. Betik ini diperkenalkan untuk ujian MARDI pada tahun 1972. Kultivar sunrise solo ini merupakan satu-satunya baka daripada keluarga Solo yang mempunyai isi merah jingga. Pokok varieti jenis ini tinggi apabila berbuah. Mempunyai kulit buah yang licin,berbintik-bintik dan berwarna hijau kekuningan apabila masak. Menghasilkan buah kira-kira 23-25 tan/ha setahun. Varieti ini digunakan untuk pembiak bakaan untuk mendapatkan kultivar yang lagi baik.

  1. Betik Subang 6

Subang 6 adalah kultivar yang berpotensi untuk diproses dan ditinkan kerana warna isinya menarik serta saiz buahnya seragam.Ia juga boleh dimakan segar dan tidak mudah patah. Kultivar ini sangat subur pada peringkat awal dan menghasilkan buah agak awal. Lebih kurang 42-44 minggu selepas penanaman. Permukaan buah yang sangat bersih dan bebas daripada bintik-bintik atau lebam. Testur buahnya juga bagus dan berwarna merah terang dan isinya kurang manis.

  1. Betik sitiawan

    betik setiawan

    betik setiawan

Varieti ini mempunyai tumbesaran yang sangat subur,ketinggian yang sedehana,dan cepat berbuah. Mengambil masa 44-45 minggu selepas disemai. Ia juga jenis yang sesuai untuk ditinkan kerana hasilnya tinggi dan isinya yang pejal. Kulitnya berwarna jingga kekuningan dengan jalur hijau apabila masak.permukaan buah tidak rata dan kadangkala bertanda garis-garis alur.

  1. Betik batu arang

Varieti ini mempunyai buah yang sederhana besar serta isinya yang merah,padat dan manis dan sesuai dimakan segar dan pemprosesan. Mempunyai ketinggian pokok yang sederhana tetapi cepat berbuah.mula berbunga selepas 4-6 bulan selepas biji benih disemai dan mengambil masa 5 bulan untuk berbuah. Tumbesaran betik jenis varieti batu arang ini amat sensitive kepada faktor luaran seperti suhu yang tinggi dan kemarau.

  1. Eksotika

    Betik Eksotika

    Betik Eksotika

Eksotika dahulu dikenali sebagai MARDI Backcross Solo. Hasil kacukan subang 6 dan Sunrise solo. . Betik ini merupakan jenis yang berpotensi untuk pasaran. Buah pertama terbentuk pada ketinggian 60-80cm daripada paras tanah.mengeluarkan hasil selepas 9 bulan penyemaian biji benih. Buah akan dihasilkan dan mencapai tempoh matang selepas 54-5 bulan.berbentuk piriform dan mencerut sedikit dibahagian atas. Saiz buah adalah 600-800g sebiiji. Purata hasil ialah 30-50 tan/ha/tahun. Buahnya yang kecil,seragam serta mudah untuk dikendalikan dan dihidangkan menjadikan kultivar ini sangat popular dikalangan pengguna tempatan.

  1. Betik Eksotika 2

Kultivar hidbrid baru yang diisytiharkan oleh MARDI. Kultivar ini adalah hasil daripada kacukan antara Line 19 dan Eksotika. Kulit buah kurang berbintik , lebih subur, dan rintang kepada penyakit bintik buah. Isi buah jingga merah dan lebih pejal daripada isi buah eksotika dan kandungan gulanya juga lebih baik. Purata hasil ialah 36-48 tan/ha/tahun.

akan bersambung…

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Betik and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply