Jenis-Jenis Media Tanaman Fertigasi

Bahan yang digunakan untuk tanaman anda tumbuh adalah dipanggil media tanaman. Media tanaman merupakan salah satu komponen asas yang sangat penting untuk memulakan penanaman sesuatu tanaman. Terdapat beratus-ratus campuran untuk menghasilkan media tanaman organik dan juga kormesial. Dengan memahami fungsi media tanaman, anda perlu tahu dan membuat pilihan yang tepat dengan mengkaji keberkesanan dan kualiti media tanaman mana yang perlu disesuaikan dengan tanaman yang hendak anda usahakan. Pemilihan media tanaman adalah penting kerana tanaman anda sangat bergantung kepada media tanaman untuk hidup.

Secara umumnya, media tanaman berfungsi untuk menjaga kelembapan disekitar akar, menyalurkan oksigen, dan nutrient yang cukup kepada tanaman. Sejak tahun 1940 yang lalu, di asia tenggara telah menggunakan pelbagai jenis media tanaman untuk menanam antaranya ialah batu bata,sabut kelapa,arang dan juga paku pakis. Pada masa kini,dengan pelbagai teknologi yang wujud, pelbagai media tanaman telah dihasilkan hasil daripada penyelidikan dan testimoni daripada pakar-pakar pertanian. Pelbagai kaedah penghasilan serta campuran bahan dicampur untuk menjadikan media tanaman yang khas untuk digunakan mengikut kesesuaian jenis tumbuhan. Contohnya seperti perlite dan gel hydroball.

MEDIA TANAMAN DARIPADA BAHAN ORGANIK

Media tanaman daripada organik kebiasaanya adalah daripada organisma hidup daripada bahagian pokok seperti, bunga, daun ,kulit kayu, dan ranting. Media tanaman organik mempunyai banyak keistimewaannya dan fungsi yang sangat baik untuk tanaman. Antaranya ialah mampu menyalurkan atau menyediakan unsur nitrogen kepada tanaman. Selain itu juga, ia mempunyai liang pori-pori mikro dan makro untuk memudahkan pengangkutan oksigen berjalan dan mempunyai daya penyerapan air yang sangat baik.

Terdapat beberapa contoh media tanaman daripada bahan organik, antaranya ialah:

1. Sekam padi

Sekam padi adalah merupakan media tanaman yang dihasilkan daripada kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Terdapat dua jenis sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sekam padi ini berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

images

Sekam bakar atau arang sekam ialah bahan yang terhasil daripada pembakaran sekam (kulit) padi secara terkawal iaitu cukup menjadi arang atau erti kata lain proses sebelum ia menjadi abu. Sekam bakar yang terbaik ialah yang baru di tuai dan tidak terlalu hancur semasa proses pengasingan sekam. Pembakaran ini akan menyebabkan semua bahan hidup seperti benih padi,rumpai, mikroorganisma lain akan mati. Fungsi sekam bakar ini sama seperti arang dimana ia boleh memegang air dan membaiki struktur media tanaman untuk pertumbuhan tanaman yang optimum malah murah dan mudah didapati. Sekam mentah pula boleh juga digunakan sebagai komponen media tanaman.

2. Cocopeat

download

Cocopeat adalah bahan semulajadi yang dihasilkan melalui ekstrak sabut kelapa.Sekam adalah medium tumbesaran tanaman yang 100% adalah semulajadi. Bahan ini berfungsi sebagai bahan mengekalkan kelembapan media tanaman disamping baik untuk pengudaraan oksigen dan bersih. Berbanding dengan media tanaman yang lain, cocopeat mudah reput.bahan ini juga bebas daripada perosak dan sumber rumpai.

Teknologi pertanian masa kini banyak menggunakan produk cocopeat antaranya teknologi fertigasi yang menjadi fenomena pada masa ini banyak menggunakan cocopeat sebagai salah satu pilihan media tanaman bernilai tinggi seperti tomato,cili,buah tin,melon,tembikai dan lain-lain. Jika bahan ini digunakan dalam jangka masa panjang, pemantauan nilai pH hendaklah sentiasa. Nilai pH boleh distabilkan dengan melakukan flushing air bersih ke media. Cocopeat ini dikeringkan dibawah matahari dan di proses untuk dihasilkan dalam bebarapa bentuk iaitu cocopeat block, cocopeat briquettes, cocopeat tablets dan sebagainya.

3. Peat moss ( lumut sphagnum)

Sierra Exif JPEG

Peat moss adalah bahan reput dan bahan mati hasil dari gabungan beberapa komponen didalamnya seperti lumut,pokok renek,rumput dan lain-lain. Lumut sphagnum adalah bahan utama yang diproses menjadi kompos untuk kegunaan dalam pertanian. Sphaganum ialah sejenis lumut dan merupakan bahan perawat tanah yang baik dimana boleh mengawal kelembapan kawasan akar pokok demi pertumbuhan yang ideal kerana struktur selnya boleh menampung air seperti span. Selain itu juga, bahan ini boleh memperbaiki tanah yang berpasir atau tanah liat untuk pertumbuhan tanaman. Biasanya lumut ini sangat sesuai tumbuh di kawasan beriklim sejuk dan tanah bergambut. Kebanyakan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah diimport dari New Zealand, Kanada atau Holland Sphaganum peatmoss yang diimport dari China dikatakan kurang berkualiti kerana muda reput. Sphaganum peat banyak digunakan dalam sebagai media bagi pengakaran pokok tin.

Terdapat beberapa jenis peat-moss dipasaran iaitu Lumut gambut fibric (peat-moss fibric) iaitu peat-moss yang reput / kompos dengan kandungan fibre yang sangat utuh. Kedua, lumut gambut hemic (peat-moss hemic) iaitu ia lebih reput berbanding dengan jenis fibric tetapi kurang jika dibandingkan dengan jenis Sapric. Ketiga, Lumut-gambut Sapric (peat-moss Sapric) iaitu jenis peat-moss paling reput berbanding jenis hemic dan fibric. Maknanya peat-moss Sapric lebih baik jika dinilai dari segi kereputan dan pengomposannya.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Media and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply