KAMBING KATJANG

Kambing katjang merupakan Local Malaysian Goat Kambing Tempatan atau Kambing Kampung dikenali sebagai KATJANG. Ada jugak orang panggil KACANG. Kambing katjang dipercayai berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Kambing katjang ini merupakan kambing berbaka kecil tetapi mempunyai banyak kelebihannya dan amat lasak. Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.

Ciri-ciri kambing katjang

Dari segi fizikal, Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya menegak kesisi dan mempunyai janggut bagi kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar. Kebiasaannya katjang berwarna hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Purata ketinggian 55-60 cm.

Keistimewaan kambing katjang

Mempunyai kadar kelahiran kembar yang tinggi dan berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina). Penghasilan susu secara purata sebanyak 300g sehari untuk 3 bulan pertama selepas melahirkan anak, dan 200g sehari untuk 4-6 bulan selepas melahirkan anak.

Kambing katjang merupakan kambing yang sangat tahan lasak dan sangat menyesuaikan dengan cuaca kering dan lembap seperti di Malaysia. Mudah sembuh sekiranya mempunyai luka sedikit,tidak seperti baka import, apabila luka sedikit terus bertambah teruk menjadi maggot wound. Selain itu juga, kambing katjang tahan dengan serangan parasite tidak kira samada serangan dalaman mahupun luaran. Jauh berbeza dengan baka import yang alah kepada parasite. Kambing katjang apabila meningkat dewasa, ia akan tahan atau immune kepada serangan cacing. Tidak perlu diberi ubat cacing dan dapat mengurangkan kos untuk pembelian ubat cacing untuk kambing.

Penternakan kambing katjang

Katjang sesuai untuk diternak secara sistem terbuka ataupun sistem separa terbuka.dari segi nature atau sifat semula jadinya katjang suka merayau-rayau mencari tumbuhan yang enak dikunyah, jadi sesuai untuk diternak dikawasan kebun. Bagi sistem separa terbuka, perlu disediakan kandang kambing untuk berteduh pada waktu malam dan dilepaskan pada waktu siang untuk kambing mencari makanan sendiri. Sistem ini dapat mengurangkan tenaga buruh dan kos pembelian makanan palet dan fodder.

Kambing katjang ini merupakan kambing yang menjadi pilihan untuk kenduri dan perayaan kerana harga kambing tempatan sanagat berpatutan, tidak semahal kambing baka import.
Kesimpulannya, pemilihan baka katjang untuk perternakan adalah sangat di syorkan bagi yang hendak memulakan bisnes perternakan kambing.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kambing and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply