APPS PERTANIAN

agriapps

Dalam menongkah arus permodenan yang semakin pesat kini, pertanian juga tidak terlepas dalam mengikuti peredaran zaman. Dengan wujudnya pelbagai android, telefon pintar dan iphone, hampir keseluruhan manusia di abad kini memiliki telefon pintar. Para petani zaman kini juga boleh mengaplikasikan teknologi sedia ada untuk mengembangkan pertanian.

Dunia teknologi informasi dan komunikasi kini telah menawarkan dan memberikan banyak kemudahan dalam membantu untuk memudahkan segala aktiviti manusia dalam semua bidang termasuklah pertanian.

Terdapat pelbagai jenis apps yang berkaitan dengan pertanian yang berada Google store atau apps store. disini saya kongsi sedikit mengenai apps yang dimajukan di Malaysia.  Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan sistem aplikasi mudah alih yang memudahkan proses kerja operasi warga tani di lapangan dan menjadi media kepada agensi itu untuk menjalankan aktiviti perkongsian dan pengkomersialan teknologi dijana. Dengan adanya sistem aplikasi ini, petani dapat manfaatkan aplikasi ini dan mudah untuk mendapatkan informasi terkini tentang dunia pertanian.

MARDI  telah menghasilkan 14 aplikasi mudah alih yang relevan dan mempunyai impak baik kepada petani dan penternak sebagai panduan dan alat bantuan dalam mengusahakan projek pertanian.

Aplikasi yang dibangunkan ialah:

  • MaRDI Dok­tor Cili
  • Manual Lebah Kelulut
  • Direktori Usahawan
  • Fertigasi Cili
  • Fertigasi Melon
  • Hidroponik Salad
  • Padi Aerob
  • Cendawan Tiram Kelabu
  • MyKonsultan
  • Penanaman Cendawan Tiram Kelabu
  • Penternakan Ayam Kampung
  • Teknologi Kambing Pedaging
  • Green Pharmacy
  • Fertigasi Tomato

Semua aplikasi ini boleh dicapai secara percuma melalui AppsStore (iOS) dan Google Play Store (Android) dengan menaip nama apps. Apps pertanian ini memudahkan petani kerana ia mempunyai calendar aktiviti dan mesej peringatan untuk membantu petani merancang aktiviti di ladang atau kebun dengan lebih cekap. Ia juga akan menghantar mesej peringatan kepada pengguna melalui telefon pintar,tablet, ataupun ipad berkaitan dengan aktiviti yang perlu dalam penanaman sesuatu tanaman serta mempunyai kealendar aktiviti yang merekod segala aktiviti sama ada yang dijana secara automatik atau disetkan.

Sebagai contoh Apps Doktor Cili ialah aplikasi mudah alih Diagnosa Penyakit dan Serangga Perosak Cili yang menjadi panduan kepada pengguna untuk mengenalpasti penyakit, cara pengawalan dan cara pengurusan tanaman dengan betul. Antara maklumat yang boleh diperoleh melalui aplikasi Doktor Cili ialah modul doktor cili, amalan pertanian baik, senarai racun perosak dan perhubungan serta senarai pakar.

Manakala apps teknologi ternakan lebah kelulut pula memaparkan maklumat seperti pengecaman lebah kelulut, teknik pemindahan koloni dan penuaian madu, penyediaan sarang kotak, pembekal, permohonan kursus, video serta hubungi pakar lebah kelulut. Apps direktori ushawan pula memudahkan petani untuk mendapatkan maklumat mengenai nama syarikat dan usahawan,kategori usahawan,jenis produk, maklumat perhubungan dan lokasi hanya dengan menekan telefon pintar masing-masing. Selain itu juga, aplikasi Green Pharmacy pula memaparkan pangkalan data maklumat nama dan ubatan tumbuhan. Pengguna boleh membuat carian mengikut nama tumbuhan serta kegunaannya. Aplikasi ini juga memaparkan maklumat penyediaan herba, melihat rupa bentuk tumbuhan dengan imej yang disediakan serta cara penggunaannya dalam bentuk video.

Apps pertanian ini adalah sebagai medium untuk memudahkan petani mendapatkan informasi dihujung jari tidak kira dimana sahaja anda berada. Informasi tanpa sempadan dan memudahkan pekerjaan kita,marilah kita memanfaatkan aplikasi yang diciptakan ini untuk kesenangan kita, inilah baru dikatakan petani moden..

Kongsikan!
  • 22
  •  
  •  
  •  
    22
    Shares
This entry was posted in apps pertanian and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply