Cendawan Susu Harimau

Cendawan susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus merupakan sejenis cendawan yang tumbuh di hutan belantara. Lagenda mengatakan cendawan ini terhasil daripada susu harimau yang tumpah di atas tanah semasa menyusukan anaknya. Ini bermakna untuk mencari cendawan ini kita perlu masuk ke dalam hutan yang berisiko didiami oleh sang belang atau harimau. Ini bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Dan sudah tentu gaji pencari cendawan susu harimau ini adalah tinggi berbanding gaji seseorang yang pekerjaannya menyambung ekor beruang.

harimau-dan-anak2-e1463133093114

Tiger-Milk-Mushroom

Cendawan susu harimau sememang sangat rare. Cendawan ini sangat terkenal dengan nilai perubatannya. Cendawan susu harimau terbahagi kepada tiga bahagian iaitu caps, stem dan ubi atau sclerotia. Caps – Payung, berwarna merah keperangan (tidak mempunyai khasiat); Stem – Batang, kadat dan berkulit keras (tidak mempunyai khasiat); Ubi (Sclerotia) – Kulit luar berwarna perang kehitaman, keras dan berkeredut. Bahagian ubi atau sclerotia cendawan ini mempunyai mempunyai khasiat perubatan yang tertinggi.

sclerotia

Justeru, cendawan susu harimau ini telah dibiakkan menggunakan kaedah bioteknologi. Ligno Biotech Sdn. Bhd merupakan syarikat pertama di Malaysia yang meneroka kajian mengenai cendawan susu harimau ini. Menggunakan kaedah sains biotech dan ilmu kultur tisu tumbuhan, cendawan susu harimau ini telah berjaya di dalam makmal.

Cendawan Susu Limau

Pengeluaran cendawan susu harimau berskala besar mencecah 0.5 tan sebulan bermula dengan proses penyemaian benih di dalam bekas plastik yang diisi dengan beras yang dimasak sebagai sumber makanan cendawan tersebut, kemudian benih cendawan itu dibiarkan tumbuh untuk beberapa minggu (24 minggu @ 6 bulan) sehingga terhasilnya perdu/ubi (sclerotium) yang kaya dengan pelbagai jenis khasiat yang tidak ternilai. Pelbagai produk kesihatan telah dibangunkan oleh Ligno Biotech Sdn. Bhd ini.

Melalui kajian cendawan ini mempunyai khasiat-khasiat seperti:

1) Mampu menyembuhkan batuk yang kronik.
2) Melegakan masalah seperti hidung tersumbat, hidung berair dan juga resdung.
3) Melegakan simptom asma
4) Menguatkan sistem imunisasi buat mereka yang mudah sakit terutamanya kanak-kanak.
5) Mengurangkan keletihan badan dan meningkatkan stamina.
6) Melegakan keradangan serta sakit-sakit sendi.
7) Membantu menyembuhkan luka dan melegakan masalah/alahan kulit seperti ruam, gatal ataupun Ekzema.
8) Mmembantu merawat tumor dan kanser yang mana ianya juga mengurangkan kesan sampingan selepas menjalani proses chemotheraphy.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply