EMPAT KONSEP TERNAKAN AYAM KAMPUNG

Bill Gates antara lelaki yang terkaya di Dunia pernah di tanya.

Jika beliau orang yang miskin apakah yang beliau akan akan lakukan.

“SAYA AKAN BELA AYAM”

Ya bela ayam.

Dalam konteks senario Malaysia ayam kampung.

Kenapa perlu bela ayam.

1. Kos yang murah.
2. Kos makan dapat dijimatkan.
3. Harga yang tinggi.
4. Permintaan ayam kampung semakin hari semakin tinggi berbanding ayam daging.
5. Mudah dijaga.
6. Pengurusan yang senang
7. Boleh buat part time.
8. Tidak memerlukan kawasan yang luas.

Jika berminat membela ayam kampung ada konsepnya.

1. Infrastruktur yang rendah.
– gunakan pukat sebagai parameter reban ayam kampung anda.
– Letakkan teduhan atau reban kecil di dalam parameter sebagai tempat ayam berteduh daripada hujan atau panas.

PC270005

2. Makan
– Jangan bergantung pada dedak dan jagung semata – mata.
– Berikan makan nasi atau sisa makan di rumah anda.
– Boleh juga dapatkan sisa makan di gerai makan atau restoren untuk diberikan kepada ayam kampung anda.
– Ini dapat menjimatkan kos makanan nada.

3. Mulakan dengan ayam remaja.
– Jika anda tidak mahir, mulakan dengan membela ayam remaja yang berusia 4 minggu atau 1 bulan.
– Anda hanya perlu bela dan jaga semala 1.5 bulan lagi sebelum dapat dijual.
– Tumpukan untuk naik kan berat badan ayam anda.
– Bermula dengan ayam remaja ini, kadar kematian adalah rendah berbanding dengan anak ayam.
– Selepas anda mahir boleh bermula dengan anak ayam dan penetasan.
– Harga ayam remaja ini sedikit mahal berbanding anak ayam tetapi risiko kematian rendah.

PC270010

4. Bantuan Jabatan Perkhidmatan Vetarinar (JPV)
– Gunakan perkhidmatan dan nasihat daripada JPV.
– Rujuk kepada mereka yang pakar.

Selamat mencuba!

Kongsikan!
  • 57
  •  
  •  
  •  
    57
    Shares
This entry was posted in ayam kampung and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply