PERSONALITI TANI: KMS AGRONOMI SDN BHD

PERSONALITI TANI pilihan MYAGRIDotComDotMy bulan Jun 2016 adalah En Muhammad Sidek bin daripada KMS Agronomi Sdn Bhd yang merupakan pengusaha tanaman rockmelon secara fertigasi. En. Muhammad Sidek atau lebih mesra dipanggil Sidek telah mengusahakan tanaman rockmelon secara fertigasi selama 4 tahun. Syarikat beliau hanya menumpukan kepada pengeluaran tanaman rockmelon premium untuk pasaran hypermarket. Ikuti temubual MYAGRIDotComDotMy bersama – sama beliau.

1. Bagaimana tuan bermula melibatkan diri dalam perniagaan ini

Mula melibatkan diri dan membuat kajian sebelum timbul minat yang amat sangat terhadap
dunia pertanian, apabila telah betul-betul bersedia barulah terus memecat bekas majikan.

2. Bagaimana Tuan dapatkan bimbingan dalam perniagaan ini?

Saya mendapat bimbingan adalah dari agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA) iaitu Jabatan Pertanian, FAMA dan yang paling banyak membantu
dari aspek teknikal dan tunjuk ajar adalah dari pihak MARDI.

3. Boleh Tuan ceritakan sedikit tentang ladang Tuan?

Ladang saya terletak di Jenjarom seluas 1.5 ekar, mempunyai 3 buah Green House dan setiap
Green House mempunyai kurang lebih 3,000 Pokok.

1463039828836

4. Bagaimana anda mendapatkan modal?

Modal pada peringkat awal adalah dengan menggunakan modal sendiri (duit simpanan dan
pinjaman dari keluarga), apabila projek terus dikembangkan pihak syarikat telah
mendapatkan bantuan pinjaman dari pihak TEKUN Nasional.

5. Apakah sandaran modal yang digunakan sekarang, simpanan, pinjaman?

Untuk membiayai bisnes yang terus berkembang, syarikat menggunakan modal pinjaman
bagi merancakkan perniagaan.

6. Berapa perolehan dalam sehari dan bagaimana Tuan memasarkan produk?

Perolehan diperolehi dari 2 Sudut, pertama dari jualan buah yang dibekalkan ke rangkaian
hypermarket (kerjasama dengan rakan strategik) dan yg kedua adalah dari jualan dari buah
keluaran ladang KMS.

7. Apa yang mesti diketahui dan amalkan atau dilakukan untuk jadikan perniagaan berjaya?

Jangan cepat berputus asa, teruskan usaha dan ingat bahawa Allah bersama kita untuk terus
membantu hamba2Nya yg lain.

8. Apakah matlamat tuan ?

Matlamat saya adalah untuk terus berjuang untuk “our food our future”, menaikkan
martabat usahawan agro bumiputera dipersada dunia.

1462069809968

9. Apakah perancangan masa hadapan?

Perancangan sy adalah dengan mengabungkan semua agropreneur rockmelon diseluruh
Malaysia, maju dan berjaya bersama-sama.

10. Bagaimana tuan menghadapi segala cabaran?

Cabaran sentiasa ada lebih-lebih lagi apabila kita deal dengan benda yang hidup dan
bernyawa, hadapilah dengan ilmu dan pengalaman yang ada, jika ada mentor boleh rujuk
kepada mereka.

11. Apakah cabaran yg terbesar dalam perniagaan?

Cabaran terbesar adalah beberapa musim tanaman tak menjadi kerana diserang serangga
dan penyakit virus, secara tidak langsung aliran tunai menjadi nipis dan habis.

12. Apakah masalah yang tuan/puan hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?

Ada 4 Masalah utama ke?ka mula-mula memulakan perniagaan iaitu:
1) Ilmu
2) Modal
3) Tanah
4) Pasaran

13. Apa strategi yang anda fikirkan untuk meningkatkan jualan?

Jangan mengharapkan bantuan kerajaan sahaja, kena usaha sendiri dengan memasarkan
sendiri hasil tanaman.

14. Apa keunikan bisnes anda berbanding bisnes pesaing?

Bisnes meliputi up to down stream business iaitu bukan setakat menanam pokok rockmelon,
menjual di rangkaian hypermarket, KMS Agronomi juga menghasilkan produk hiliran (sos
rockmelon).

1463039293210

15. Bagaimana anda membuat promosi dan pemasaran

Promosi dan pemasaran dibuat dengan pelbagai cara, belajar bagaimana otai-otai dalam
bisnes yang sama membuat promosi dan melancarkan strategi luar biasa untuk
meningkatkan jualan.

16. Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan kerana sudi meluahkan masa untuk berkongsi kisah Tuan bersama – sama rakan – rakan MYAGRIDotComDotMy.

Sama- sama.

Kongsikan!
  • 146
  •  
  •  
  •  
    146
    Shares
This entry was posted in Personaliti Tani and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply