PERTANIAN SEBAGAI SATU ENTITI PERNIAGAAN

Perniagaan tani merupakan satu aktiviti merangkumi perkara penanaman, ternak dan menguruskan sumber biologi seperti tanaman dan binatang ternakan bagi menjana pendapatan dan keuntungan.

Seorang usahawan tani tidak kira apa – apa bidang sekali pun sama ada ternakan atau tanaman akan memulakan perniagaan tani sebagai satu entiti perniagaan.

Malahan ada juga pengusaha tani yang melayan perniagaan tani sebagai hobi yang menjana pendapatan atau keuntungan.

Selagi ada perkataan menjana pendapatan atau keuntungan maka ianya adalah satu entiti perniagaan.

Harus diingat apabila kita memulakan entiti perniagaan apa yang paling kritikal adalah pengurusan sumber input dan output, pengurusan sumber modal, pengurusan dan pemantauan projek serta keuntungan bersih atau profit margin.

Diakhir pelaksanaan projek apa yang penting adalah PROFIT MARGIN.

Jika cili berketul atau rockmelon keluar 5 kg sepolibeg pun jika tiada profit margin maka sesuatu entiti perniagaan tani tersebut akan tutup atau bungkus.

Kebiasaanya sebuah Perniagaan tani ini akan mengalami 3 peringkat kritikal iaitu:

1. Stage permulaan
2. Stage pengurusan dan pemantauan
3. Stage pengembangan

1. Peringkat Permulaan (intial stage)

Kebiasaanya pada peringkat ini, seseorang pengusaha akan mencari apakah jenis perniagaan tani yang mahu diceburi.

Tiga perkara penting yang perlu dinilai adalah Sumber modal, Tanah dan Minat.

Pada peringkat ini usahawan perlu menilai segala pro dan cro kebaikan semua projek yang dinilai.

Pada peringkat ini juga adalah penting untuk usahawan mendapat maklumat yang tepat serta mentor yang boleh membantu.

Usahawan akan mencari dan menilai teknologi atau kaedah yang betul untuk dijadikan SOP atau panduan pengurusan ladang. Pilih SOP yang telah terbukti berkesan.

Mulakan perusahaan berdasarkan modal yang ada di tangan.

Mulakan projek secara kecil-kecilan. Belajar dahulu mengenai tanaman atau pun ternakan.

Jangan berhutang terlebih dahulu.

Jika projek gagal, kita tidak berhutang.

Buat rancangan perniagaan kerana RP inilah yang akan kita jadikan panduan.

Jangka masa peringkat satu biasanya 3 – 6 bulan.

Nasihat Pakar pada usahawan yang pada peringkat permulaan ini:

a) Pergi lihat dan lawat semua jenis projek usahawan dan kerajaan yang dijalankan.
b) Ikuti kursus dan latihan.
c) Dapatkan pandangan orang kedua yang berpengalaman tetapi tiada kepentingan dalam industri.
d) Sediakan modal secukupnya sebelum masuk peringkat pelaksanaan atau seterusnya.
e) Asingkan akaun syarikat dan akaun peribadi.

2. Peringkatan, pelaksanaan, pengurusan dan pemantauan

Usahawan perlu terlibat secara langsung perusahaan.

Pada peringkat ini boss adalah kuli.

Boss kene ambil gaji bulanan yang setimpal dan minima.

Ini penting supaya kita tahu selok belok pengurusan supaya tidak ditipu pekerja kelak.

Peringkat ini adalah critical, kegagalan sesuatu projek tani adalah bermula pada peringkat pelaksanaan.

Saiz projek adalah mengikut kudrat usahawan.

Pembelian input perlu dijaga, beli input untuk satu musim terus kerana pembelian secara pukal adalah jauh lebih murah dan menjimatkan.

Jgn simpan inventori yang tidak digunakan sebagai input seperti media semaian, tali lembu dan sebagainya.

Inventori seperti ini akan memakan ruang setor dan jika dijual kembali harganya berkurangan.

Pekerja yang diambil sebagai pembantu sahaja. Ini kerana boss pun perlu berkerja sekali.

Ingat pekerja adalah beban overhead. Lagi ramai pekerja lagi tinggi overhead projek.

Gunakan sop yang telah dicarikan dan ditetapkan pada peringkat satu tadi.

Elakkan melakukan R&D pada peringkat ini, jika perlu membaiki SOP, lakukan R&D pada skala kecil di plot.

Pengurusan dan pemantauan ladang berlaku seiiring.

Di mana sebarang kesilapan yang dilakukan boleh diatasi segera.

Pada peringkat ini rujuk mentor yang dipercayai yang dicari pada peringkat satu tadi.

Selepas tamat musim penanaman atau menjual ternakan, nilai semula kewangan projek dan pelaksanaan projek.

Baiki di mana kelemahan yang ada.

Sesuatu projek pertanian yang mempunyai aliran kewangan yang baik akan memberikan pulangan modal dalam jangka masa 1 – 3 tahun.

Jika projek pertanian tidak memberikan pulangan di dalam jangka masa 3 tahun maka projek tersebut sukar untuk mendapatkan pulangan modal.

Jangka masa peringkat dua ini bergantung kepada jenis projek. Boleh jadi 6 bulan ke 3 tahun.

Selepas kita mendapatkan pulangan modal sexual, baru kita masuk kepada peringkat tiga iaitu perkembangan.

Selalunya banyak projek pertanian gagal melepasi peringkat kedua ini.

Nasihat Pakar pada usahawan yang pada peringkat ini:

1. Terlibat secara langsung, secara daily basis pada peringkat ini.
2. Pengusaha perlu tahu kos untuk pengeluaran output. Sebagai contoh berapakan kos untuk menghasil satu kg cili atau rockmelon?
3. Jaga kos projek. Minimakan kos projek atau modal.

Peringkat perkembangan (Expension stage)

Bagaimanakah kita tahu, perusahaan kita telah bersedia masuk ke peringkat perkembangan atau sedia untuk dikembangkan?

1. Projek telah memberikan pulangan modal sepenuhnya.
2. Projek berjaya menghasilkan aliran tunai secukup untuk membiayai pelaksanaan projek dengan sendirinya.
3. Projek mampu memberikan pulangan semusim (margin) kepada usahawan selepas ditolak kos projek musim seterusnya.

Ini adalah indicator bagi menilai perusahaan kita sedia untuk dikembangkan atau tidak.

Pada peringkat ini usahawan mempunyai pilihan untuk mengembangkan skala pengeluaran projek atau laburkan duit pada projek lain (business diversification).

Pada peringkat aliran tunai adalah tinggi, usahawan perlu membuat pertimbangan dengan bijak.

Jika usahawan ingin kembangkan lagi kapasiti pengeluaran maka langkah peringkat satu akan bermula kembali tetapi pelaksanaanya adalah lebih mudah dengan pengalaman sedia ada.

Jika ingin menceburi perusahaan tani yang lain maka, peringkat satu adalah seperti peringkat baru kerana lain bidang lain keperluannya.

Pada peringkat ini kekalkan perhubungan dgn mentor yang dipercayai dahulu.

Projek awal perlu dikekalkan dengan mencari runner atau supervisor yang dipercayai untuk mengendalikan segala urusan projek.

Harus diingat bab jualan perlu diselia oleh usahawan sendiri.

Nasihat Pakar pada usahawan yang pada peringkat ini:

1. Pertimbangkan untuk tingkatkan kapasiti pengeluaran sebagai pilihan utama.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Nota Tani, Tanaman Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply