TERNAKAN ITIK PEDAGING

Itik pedaging

Itik pedaging

Pada bulan Ramadan ini, juadah daging itik panggang,daging itik bakar merupakan juadah yang paling popular di bazar-bazar Ramadan. Disebabkan permintaan itik semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, ramai pengusaha mula menternak itik pedaging khusus untuk mengeluarkan daging. itik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu itik pedaging dan itik penelur. kedua-dua jenis itik ini mampu memberikan keuntungan yang tinggi ekoran daripada permintaan masyarakat tempatan yang banyak.

kebiasaanya itik di ternak di kawasan yang berparit atau kolam kerana dipercayai itik memerlukan  habitat yang mempunyai air untuk membesar dan membiak. Kebelakangan ini didapati bahawa itik-itik yang dibela secara intensif tanpa air untuk berenang lebih cepat membesar dari sebaliknya. Dengan menggunakan baka yang baik, pengurusan yang sempurna dan makanan yang seimbang, itik pedaging lebih cepat membesar daripada ayam dan lebih mudah dijaga.

Antara baka Itik Pedaging dan potensinya:

(A) peking Umur (8 minggu –berat 2.8-3.0kg)

(B) Aylesbury  (Umur 8 minggu- berat 2.7-2.9kg)

(C) Rouen (Umur 8 minggu- berat 2.8-3.0kg)

(D) Cherry Valley (Umur 47 hari- berat3.2)

(E) Muscovy (Umur 16 minggu- berat 4.5-5.0kg (jantan) 2.5-3.0( betina)

Bagi itik pedaging, reban itik juga diperlukan sama seperti reban itik penelur. disebabkan keadaan iklim di Malaysia adalah basah dan lembab sepanjang tahun.Reban itik patut dibina rekabentuk yang sesuai bagi mengurangkan kepanasan dan mengawal kelembapan. Bumbung yang baik adalah tinggi (3 meter dari paras lantai) dan dinding yang berjaring atau terbuka membolehkan udara bebas bergerak. Penggunaan bahan-bahan tempatan seperti kayu hutan, buluh dan atap nipah/ rumbia adalah digalakkan. Lokasi reban yang baik adalah berhampiran dengan sawah.Eloknya jika terdapat reban itu di bawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik

Pengurusan itik pedaging terbahagi kepada 3 peringkat:

  1. Peringkat perindukan (1-2 minggu)
  2. Peringkat umur (3-4 minggu)
  3. Peringkat membesar (5-13 minggu)

Kajian menunjukkan tempoh pembesaran itik pedaging dari umur sehari sehingga 2 minggu adalah amat penting. Semasa ketibaan anak itik

  • Periksa, kira dan rekod bilangan anak-anak itik yang diterima.
  • Asingkan yang mati dan sakit; takai yang cacat.
  • Celupkan paruh anak itik ke dalam air bercampur glukos dan vitamin
  • Memasang bidai dan menyediakan alat pemanas

Peringkat perindukan (1 – 2 Minggu):

alat pemanas/lampu dipasang di waktu malam hingga awal pagi. Suhu yang diperlukan ialah 35o C. Apabila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tirai, apabila panas (tengahari hingga petang).Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang dan itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.Pastikan air yang sudah bercampur dengan vitamin sentiasa ada. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk mempastikan tidak dijangkiti sakit. Makanan Duck Starter Crumble hendaklah sentiasa ada. Tabur habuk kayu/sekam padi tambahan ditapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering. Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai. Setelah anak itik berumur 1– 2 minggu potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecederaan apabila ia mematuk sesama sendiri.

peringkat umur ( 3 – 4 Minggu):

Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu ke atas, makanan Duck Grower diberi. Itik boleh di didik bermain di dalam air jika terdapat kolam atau parit di tepi sawah dan boleh dilepaskan merayau ke tepi sawah dan sekeliling reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

Peirngkat membesar ( 5 -13 Minggu):

Mulai minggu ke 5 ataupun selepas menuai, lepaskan anak-anak itik ke dalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mula panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu redup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.· Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya boleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan. Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11 – 13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3 kg./ekor.

semoga panduan ini dapat membantu anda mengusahakan ternakan itik pedaging.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in itik pedaging and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply