ALTERNATIF PAM JIKA TIADA BEKALAN ELEKTRIK

Soalan yang popular “Apakah pilihan yang saya ada jika kebun saya jauh serta sukar untuk membuat sambungan elektirk?”

Tidak dinafikan penyambungan elektrik di kawasan kebun di kawasan pendalaman memerlukan kos yang tinggi.

Untuk pengetahuan pihak TNB hanya menanggung kos untuk tiga tiang elektrik pertama sahaja, yang selebihnya perlu ditanggung oleh pemohon. Harap TNB atau wakil betulkan saya jika saya silap di sini.

Namun begitu syarat yang paling penting, perlu adanya struktur bangunan kekal di dalam kebun kita untuk diletakkan panel box.

Namun begitu jika kebun kita terletak jauh di jalan utama, apakah alternatif pam yang kita ada untuk digunakan.

1) Generator

Ya. Selalu ramai akan pilihan generator atau genset ini.

Mudah dan portable.

3000 generator
Serta banyak pilihan di pasaran.

Sama ada menggunakan diesel atau petrol

Harga serendah RM 450 buatan China dan RM 3500 yang branded.

Pengguna perlu pastikan generator mampu support voltage 220 – 240 Volt pam air.

2) Solar

solar-power-system

Sistem solar merupakan salah satu alternatif yang ada jika kawasan kita tiada bekalan elektrik.

Jika kita ingin mengganakan solar, harus diingat tenaga solar yang ingin dijanakan digunakan untuk menghidupkan pam air sahaja atau seluruh infrastruktur ladang yang lain.

Jika ingin menghidupkan pam sahaja, anggaran kos untuk sistem solar ini dalam RM 3,000 – 5,000 sahaja.

Jika satu ladang, maka kosnya jadi tinggi.

Pengusaha juga mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem solar portable yang semakin banyak di pasaran.

3) Pam menggunakan petrol atau diesel.

Pam air menggunakan kuasa minyak petrol atau diesel merupakan antara pilihan yang terbaik jika kawalan kebun anda di luar grid elekterik.

Kebiasanya kuasa HP pam ini bermula daripada 2.5 Hp sehingga 40 HP.

Bahkan ada pengusaha yang membuat modifikasi membuat sambungan menggunakan enjin teksi atau lori.

Terutama kebun yang besar 10 ke 50 ekar ke atas.

Bagi tanaman fertigasi cukup 2.5 ke 5 HP.

0533371657

Harga juga berpatutan bermula sekitara RM 1200 bagi model 2.5 HP.

Tetapi jika anda memerlukan bekalan elektrik untuk keseluruhan kebun maka pilihan 1 dan 2 perlu difikirkan.

Pengusaha perlu membeli bekalan petrol atau diesel secukupnya.

4) Graviti

Sistem graviti menggunakan aliran air secara semulajadi dengan syarat tangki air atau sumber air berada pada kedudukan yang tinggi daripada plot anda.

Kaedah konvensional memberikan air terutama pada kawasan tanah tinggi.

Bagi tanaman fertigasi agak sukar untuk memberikan air baja.

Jika kawasan tanaman rendah dan rata, pilihan ini bukan pilihan yang terbaik.

Kerana perlu membuat menara untuk meletakkan tangki air anda.

Konsep yang digunakan pakai, benda yang di atas pasti akan turun ke bawah.

Bandingkan kos membina menara air dengan alternatif 1,2 dan 3.

Rumusan

Secara umumnya keempat – empat alternatif di atas adalah pilihan yang boleh digunakan jika kebun anda tiada bekalan elektrik.

Pengusaha perlu memikirkan daripada segi keperluan tenaga elektrik kebun dan juga kos efektif.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to ALTERNATIF PAM JIKA TIADA BEKALAN ELEKTRIK

  1. anwar hazim says:

    Pam 2.5 Hp tu apa ya spek penuh dia yang sesuai utk tanaman fertigasi 2000 polibeg ke atas?

Leave a Reply