PERSONALITI TANI: LEDANG AGRO MUSHROOM

Personaliti Tani untuk Bulan Julai 2016 adalah seorang wanita yang berkerjaya menceburi industri cendawan. Cik Nadhirah Afiqah Abdul Rahim daripada Ledang Agro Mushroom merupakan pengusaha cendawan di Tangkak, Johor. Myagri DotComDotMy berkesempatan menemuramah usahawanita sebagai personaliti tani untuk Bulan Julai 2016. Ikuti temuramah bersama beliau.

10376281_1436785086597014_3489030733377884744_n

1. Bagaimana puan/tuan bermula melibatkan diri dalam perniagaan ini

– Ledang Agro Mushroom ditubuhkan oleh bapa saya iaitu Haji Abdull Rahim Bin haji Talib. Sebelum ini ibu saya iaitu Hajah Zalina Binti Haji Salleh salah seorang pemegang saham syarikat Ledang Agro Mushroom selain daripada saya. Dan kini Ledang Agro Mushroom diusahakan oleh saya sepenuhnya.

2. Bagaimana puan dapatkan bimbingan dalam perniagaan ini?

– Saya telah mendapat bimbingan dalam perniagaan ini terutama daripada kedua ibu bapa saya. Selain itu, saya juga melibatkan diri dalam menghadiri kursus- kursus yang telah dianjurkan oleh MARDI. Pekerja – pekerja saya juga telah memberi pendedahan berkaitan cendawan tiram kelabu ini.

1405528397022

3. Boleh puan ceritakan sedikit tentang ladang puan?

– Ladang Ledang Agro Mushroom bertempat di Lot 8532, Jalan Naib Long, 84900 Tangkak, Johor. Ladang saya mempunyai 8 buah rumah cendawan iaitu bersaiz 20” x 40” sebuah. Terdapat juga ruang untuk memproses bongkah , bilik suntik, pejabat, bilik pembungkusan dan juga chiller. Dan saya setakat ini mempunyai 14 orang pekerja.

4. Bagaimana anda mendapatkan modal?

– Modal diperolehi melalui bapa saya sendiri.

5. Apakah sandaran modal yang digunakan sekarang, simpanan, pinjaman?

– Modal digunakan adalah berbentuk simpanan.

6. Berapa perolehan dalam sehari dan bagaimana puan memasarkan produk?

– Ledang Agro Mushroom menghasilkan 100 – 120 kg sehari setakat ini. Saya telah memasarkan produk saya di pasar borong, pasaraya, dan runcit di sekitar Tangkak, Muar dan Jasin.

7. Apa yang mesti diketahui dan amalkan atau dilakukan untuk jadikan perniagaan berjaya?

– Bapa saya telah mendedahkan kepada saya ilmu perniagaan dari sejak kecil. Mungkin darah berniaga telah sebati dalam diri saya. Jika hendak berjaya dalam perniagaan perkara pertama ialah solat tidak boleh di abaikan. Selain itu, kita mestilah berniaga dengan jujur. Saya sebagai Pengusaha Ledang Agro Mushroom perlu memantau pekerja saya melakukan kerja. Jika pekerja tidak melakukan tugas dengan betul, ini boleh menjejaskan kuantiti penghasilan cendawan tiram segar di ladang saya.

8. Apakah matlamat tuan puan?

– Matlamat saya ialah saya ingin memperluaskan perniagaan cendawan tiram
kelabu segar di seluruh Johor, Melaka dan jika ada rezeki saya ingin memasuki pasaran di Singapura.

9. Apakah perancangan masa hadapan?

– Saya dan ahli syarikat saya merancang untuk mempelbagaikan produk cendawan tiram kelabu ini. Seperti, kerepek dan sos.

IMG_9526

10. Bagaimana tuan/puan menghadapi segala cabaran?

– Keluarga saya adalah orang yang terpenting dalam hidup saya dan saya telah menjadikan mereka sebagai pembakar semangat. Segala cabaran atau ujian yang diturunkan olehNya, saya akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka untuk mendapatkan pandangan dan juga nasihat bagi segala jawapan yang perlu dibuat.

11. Apakah cabaran yg terbesar dalam perniagaan?

– Ledang Agro Mushroom telah menghadapi cabaran yang sangat besar apabila lebih kurang 60% daripada kuantiti bongkah yang dihasilkan dijangkiti penyakit kulat oren dan kulat hijau. Itulah masalah yang saya, keluarga dan pekerja – pekerja perlu hadapi.

12. Apakah masalah yang tuan/puan hadapi ketika memulakan perniagaan ini dahulu?

– Pada permulaan perniagaan Ledang Agro Mushroom, kami menghadapi masalah iaitu pekerja – pekerja kami tidak mahir lagi dengan selok belok penghasilan cendawan tiram kelabu. Oleh itu, saya mengambil jalan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara membuat kursus khas untuk para pekerja kami. Dan kursus tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kanan Pemasaran iaitu En Yasser Suhaimi Bin Mohd wakil daripada Ibu Pejabat MARDI.

13. Apa strategi yang anda fikirkan untuk meningkatkan jualan?

– Strategi saya ialah pihak Ledang Agro Mushroom dalam proses menghasilkan bongkah sehari 2500 botol. Melalui 2500 botol bongkah, kuantiti cendawan tiram kelabu segar meningkat dan kami boleh memasarkan produk kami di semua pasaraya, pasar borong dan runcit seluruh Tangkak, Muar dan jasin setiap hari. Mengikut pemerhatian kami sebagai pengusaha cendawan tiram kelabu di Johor, permintaan sangat tinggi dan tidak mencukupi pada setiap hari.

14. Apa keunikan bisnes anda berbanding bisnes pesaing?

– Bagi saya keunikan Ledang Agro Mushroom adalah kami telah menawarkan saiz berat pembungkusan untuk pasaran. Iaitu 140g, 200g, 250g, 300g, 500g dan 1kg. kami juga menjual bongkah dengan 3 jenis bongkah, iaitu suku matang, separuh matang dan matang. Kami akan memastikan pelanggan kami berpuas hati dengan khidmat yang pihak kami bekalkan.

15. Bagaimana anda membuat promosi dan pemasaran?

– Pihak Ledang Agro Mushroom telah membuat promosi dengan cara menyebarkan maklumat tentang cendawan tiram kelabu segar di laman social dan mengedarkan risalah di seluruh kawasan Tangkak, Muar dan Melaka. Pemasaran mengikut pemerhatian saya, pelanggan lebih senang berbincang melalui telefon dan untuk memasuki pasaran baru pihak kami akan menghantar surat pemberitahuan terlebih dahulu.

Kongsikan!
  • 338
  •  
  •  
  •  
    338
    Shares
This entry was posted in Personaliti Tani and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply