PENANAMAN CENDAWAN JERAMI PADI: PENYEDIAAN BAHAN KOMPOS TANAMAN

Cendawan jerami padi ditanam menggunakan bahan-bahan seperti jerami padi, dedak padi dan kapur kalsium karbonat.

Bahan-bahan ini akan digaul bersama untuk dijadikan kompos.

Bahan utama iaitu jerami padi kering dibasahkan dengan air dan diratakan di atas simen (tempat penyediaan kompos).

Picture1

Kemudian dedak padi dan kapur ditabur dan digaul sehingga sebati.

Bahan yang telah dicampur tadi seterusnya dilonggokkan menjadi bukit dan ditutup dengan plastik kanvas.

Picture2

Kandungan air di dalam kompos hendaklah 60 – 70%.

Kompos hendaklah diterbalikkan setiap 2 hari bagi menggalakkan pengudaraan dan supaya suhu kompos tidak mencapai 60 ºC.

Picture3

Suhu yang diperlukan di dalam kompos adalah bawah 55 ºC bagi memastikan kompos yang terhasil sesuai untuk pertumbuhan cendawan jerami padi.

Proses pengkomposan mengambil masa selama 10 – 14 hari dan kompos akan disteril sebelum digunakan untuk penanaman cendawan jerami padi.

Picture4

Kongsikan!
  • 11
  •  
  •  
  •  
    11
    Shares
This entry was posted in Cendawan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply