CARA MEMBUAT CANTUMAN TUT DAN BAJI

PicMonkey CollageSeringkali kita lihat pada pokok buah ataupun pokok bunga kertas terdapat bonjolan yang dibalut dengan plastik putih yang diikat pada ranting kayu pokok.  Mungkin pada yang tidak tahu, pasti mereka ingatkan ia adalah satu teknik untuk merawat pokok daripada penyakit atau mungkin cara nak elak dari serangga? Bagi yang ingin tahu dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai benda itu, artikel kali ini akan mendedahkan rasa ingin tahu anda sekalian.

Sebenarnya bonjolan dan kesan plastik yang diikat pada ranting pokok itu adalah satu kaedah secara cantuman untuk kita hasilkan anak pokok yang baru atau dengan kata yang mudah nak hasilkan anak pokok yang baru dari pokok yang asal. Ia merupakan teknik pembiakan pokok yang mudah bagi pokok-pokok besar seperti buah-buahan dan pokok bunga. Terdapat beberapa kaedah pembiakan pokok,tetapi pada hari ini,saya akan menerangkan mengenai 2 teknik pembiakan pokok yang paling popular di Malaysia. Teknik pembiakan yang saya katakan itu ialah teknik cantuman tut atau marcotting dan teknik cantuman baji.

 Teknik cantuman tut

Cara cantuman ini adalah sesuai untuk pokok yang bardahan keras seperti pokok buah-buahan. Pokok limau,rambutan, durian, buah tin dan lain-lain.  Kali ini saya akan ajar cara yang mudah untuk membuat tut pokok limau. Caranya sama boleh dipraktikkan pada pokok lain juga.

Peralatan yang diperlukan:

  1. Pisau belit
  2. Gunting

Bahan yang diperlukan:

  1. Hormon pengakaran
  2. Tanah campuran
  3. Tali
  4. Plastik
  5. Cocopeat (sekiranya ada)
  6. Air

Langkah-langkah:

  1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit
  1. Kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm
dahan yang sihat

dahan yang sihat

  1. Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar

b

  1. Medium tanah dicampur dengan air sedikit dan digempalkan agar lembap dan tidak mudah kering apabila di balut dengan plastik.
  1. Tekupkan gempalan tanah tadi ke dahan yang telah disapu hormon.

c

  1. Letakkan cocopeat disekeliling gempalan tanah tadi, ia adalah bertujuan mengekalkan lagi kelembapan yang maksimun kepada tanah tadi.
cocopeat dibalut

cocopeat dibalut

  1. Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik

f

 

  1. Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.

g

 

Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.

Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening. Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam.hanya perlu siram sahaja disekeliling.

Teknik cantuman baji

Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini.

Peralatan yang diperlukan:

  1. Pisau
  2. Parafilm
  3. Plastik
  4. Tali

Langkah-langkah:

  1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
  2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.a
  3. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.b
  1. pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti bajic
  1. sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.

d

  1. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilmf
  1. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.h

 

 

selamat mencuba!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in cantuman baji dan tut and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply