Square food gardening: alternatif penanaman dirumah

square foot gardening

square foot gardening

Pada zaman kini, disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan kos barang dapur  telah menyebabkan masyarakat kini senang untuk bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah. ekoran daripada harga sayur dan buahan yang semakin meningkat, pelbagai kaedah penanaman moden telah diperkenalkan untuk memberi  idea kepada masyarakat untuk bertani. Antara alternatif penanaman di rumah yang semakin popular ini ialah menggunakan konsep SFG square food gardening yang diperkenalkan oleh Mel Bartholomew dengan moto beliau “All New Square Foot Gardening, Grow more in less space”.

Konsep square food gardening ini ialah satu konsep penanaman menggunakan petak bukannya batas. Ianya amat sesuai digunakan di kawasan yang kecil seperti disekitar rumah,pejabat dan sebagainya. Tidak memerlukan tanah yang banyak dan ruang yang sangat kecil serta kemas susunannya. Antara kebaikan SFG ialah:

  • Mudah untuk mengatasi masalah rumpai
  • Mudah untuk membaja
  • Kemas dan tersusun
  • Mampu menghasilkan banyak sayuran
  • Jimat ruang

Saiz petak yang sesuai adalah bergantung kepada minat individu dan bentuk kawasan penanaman, sebagai contoh, 1’x2′, 2’x4′,3’x3′ dan 4’x4′.  Cadangan yang diberikan oleh mel  adalah petak tersebut jangan lebih daripada 4’x4′ bagi menyenangkan pengurusan tanaman dan merumput. Terdapat beberapa  testimoni yang telah pun mencuba petak 3’x3′ dan 4’x4′ dan mendapati petak 4’x4′ yang dicadangkan memang sesuai digunakan oleh orang dewasa dengan panjang tangan kita untuk mencapai ke dalam pusat petak tersebut.  3’x3′ adalah terhad dari segi hasil tanaman.  5 petak penghasilan sayuran adalah cukup untuk keperluan satu keluarga. 1 petak disusun daripada batu bata dan yang 4 lagi dipaku dengan papan.

Bagaimana untuk membuat Square Foot Gardening

contoh SFG

contoh SFG

Sebelum mula membuat kebun baru,beberapa perkara perlu dambil kira:

  1. Saiz ruang

Ruang yang kecil tiada masalah,tetapi untuk menanam perlulah ruang yang terdedah kepada matahari paling kurang 6-8 jam dan tidak ditutupi oleh pokok-pokok besar yang menghalang cahaya matahari kena pada tanaman kita. Pastikan SFG kita dekat dengan sumber air dan matahari. Ia juga bergantung kepada berapa banyak makanan/ sayuran yang kita hendak hasilkan. 4’x4’ kaki adalah cukup hasilkan makanan buat satu keluarga kecil.

  1. Membuat petak

Mudah sahaja untuk membuat petak-petak tanaman. Tidak memerlukan modal yang besar iaitu Kos untuk menghasilkan petak tersebut hanyalah kos untuk papan dan paku sahaja. Sebagai contoh untuk petak 4’x4’ hanya memerlukan kos RM1/kaki jadi jumlahnya hanya RM16 untuk satu petak. Anda juga boleh melihat contoh dan design terkini di internet sebagai panduan. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. ia hanya perlukan kesungguhan sahaja. batu bata juga boleh digunakan untuk membuat SFG.

Petak-petak ini juga sangat tahan walaupun sudah 2-3 tahun terdedah kepada hujan,panas serta serangan anai-anai. Hasilnya juga banyak boleh diperolehi daripada petak-petak ini.

  1. Letakkan campuran tanah

Masukkan tanah campuran yang sesuai untuk menanam sayur didalam petak. Mel mencadangkan campuran tanah 1/3 kompos + 1/3  vermiculite + 1/3 peat moss untuk satu petak. Selain itu juga, boleh ditambah dengan kompos atau baja organik untuk hasil yang maksimum. Pastikan tanah tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak didalam petak.cukup hanya sekadar penuh dan pastikan tidak ditekan-tekan tanahnya supaya tidak mampat.

  1. Pilih tanaman yang hendak ditanam

Fikirkan sayuran dan buah-buahan apa yang keluarga anda suka sebelum menanam. Anda suka salad? Anda makan banyak tomato? Sekiranya anda mempunyai anak yang masih kecil, buah dan sayuran yang manis semulajadi adalah yang terbaik untuk dijadikan snek seperti, ceri,tomato,lobak merah,kacang buncis dan lain-lain. Sayuran hijau juga adalah sangat sesuai ditanam didalam petak. Ini adalah jenis sayuran dan buah-buahan yang sesuai untuk jenis-jenis petak:

  • kecik: jarak 3” (atau kecil) = 16 kaki per segi (ubi kayu, keledek, dan lain-lain)
  • Medium: jarak 4” = 9 kaki per segi (lobak, bawang, dan lain-lain)
  • besar : jarak 6” = 4 kaki per segi (sawi ,kangkung, dan lain-lain)
  • extra besar : jarak 12” = 1 kaki per segi (kobis, broccoli, lada besar, tomato, dan lain-lain)
  1. penjagaan

tanah campuran sudah mempunyai nutrient yang cukup, SFG mengurangkan beban anda untuk membaja dan meracun. Anda hanya perlukan sedikit kompos sebelum menanam, pastikan pokok disiram setiap hari dan lakukan kerja-kerja merumpai sekiranya ada rumpai. Kambus tanah sekiranya tanah mendap dengan menggunakan cangkul. Ia tidak memerlukan banyak tenaga kerana anda hanya perlu menjaga didalam kawasan petak sahaja.

Mudah bukan?

Apa tunggu lagi..jom buat sekarang!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Square foot gardening and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply