Kaedah pengeraman telur ayam dan itik

pengeraman telur

pengeraman telur

Ayam dan itik adalah daripada famili burung yang menjadi sumber protein buat manusia. Pengeluaran ayam  dan itik semakin meningkat ekoran daripada permintaan yang semakin tinggi setiap hari dek kerana  daging ayam dan itik yang menjadi kegemaran setiap orang. Namun tahukah anda disebalik mendapatkan seekor ayam atau itik ,terdapat beberapa proses sebelum menjadi seekor ayam atau itik. Antara salah satu prosesnya ialah  proses pemeraman. Pada entri kali ini,saya ingin menerangkan dan berkongsi dengan anda semua mengenai proses ini.

Pemeraman adalah proses dimana Selepas telur keluar daripada ibu ayam, telur tersebut akan diperam supaya ia akan menetas.  Menetaskan telur ayam merupakan pengalaman yang sangat berharga, yang memerlukan rancangan yang baik dan pengetahuan untuk melakukannnya. Terdapat 2 kaedah untuk menetaskan telur tidak kira ayam atau itik. Penetasan telur ayam dan itik adalah lebih kurang sama. Perbezaan yang ketara hanyalah  masalah waktu atau lama hari penetasan. Telur itik memerlukan waktu selama 28 hari sedangkan telur ayam hanya perlu waktu selama 21 hari.  Berikut adalah cara pengeraman telur yang selalu digunakan.

1. Pengeraman telur menggunakan inkubator

Inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan proses pengeraman oleh induk haiwan yang mana ia mempunyai satu sistem kawalan bagi mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan bagi menetaskan telur haiwan tersebut.

Biasanya bagi telur unggas seperti ayam, itik dan sebagainya , suhu yang di gunakan adalah sekitar 37.5 – 39.5oC dalam tempoh pengeraman yang berbeza bagi setiap spesis. Pada hari ini, inkubator digunakan secara meluas dalam industri penternakan sama ada kecil, sederhana atau besar.

inkubator

inkubator

Kenapa Inkubator memudahkan proses pengeraman telur?

  • Induk/ayam betina akan bertelur sepanjang tahun tanpa perlu melalui tempoh pengeraman, ini akan menambah kuantiti telur yang dihasilkan.
  • Kadar tumbesaran dan waktu penetasan anak ayam boleh diseragamkan, anak ayam yang menetas serentak juga dapat menjimatkan ruang didikan kerana tiada ibu ayam diperlukan, ini memudahkan proses penternakan.
  • Kurang ancaman dari pemangsa seperti biawak, ular, monyet, musang dan sebagainya serta terlindung dari kesejukan akibat persekitaran semulajadi.
  • Ancaman pembawa penyakit seperti bakteria, kulat, hama, serangga, semut dan sebagainya dapat dikurangkan.
  • Kurang risiko kerosakan telur akibat induk/ibu ayam, seperti telur pecah dipijak, dipatuk dan dimakan, mengeram ketika bulu basah, telur tidak tereram akibat saiz badan induk yang kecil, telur/sarang ditinggalkan dan sebagainya.
  • Dapat menyelamatkan telur-telur yang ditinggalkan oleh induk/ibu ayam ketika tempoh pengeraman masih belum tamat contohnya ditinggalkan pada hari ke-15 dan sebagainya.

PERSIAPAN

Pemilihan telur

  • Telur mestilah sempurna dari segi rupa bentuk,permukaan kulit dan saiz.
  • Telur mestilah bersih dari kotoran dan kering
  • Telur mestilah disusun diatas tray dengan kedudukan hujung bulat keatas dan runcing dibawah untuk mengelakkan ruang udara dalam telur daripada pecah dan bocor akibat himpitan dari cecair dari telur.
  • Selepas itu,masukkan telur kedalam inkubator setelah pengesan suhu pelarasan dibuat.pastikan bulb pengesan suhu thermostat berada betul-betul diatas telur untuk mengesan suhu pada permukaan telur. Telur dimasukkan apabila inkubator mencapai suhu kestabilan pada suhu 37-38°C. Pemanasan mesin dilakukan minima 3 jam sebelum telur dimasukkan ke dalam mesin

Tempoh Masa

Mesin inkubator tersebut dapat keluarkan anak ayam sekitar 200 ~ 230 ekor setiap pusingan. Tempoh tetas adalah 21 hari. Pada hari ke-20 anak telah menebuk, dalam tempoh 24 jam anak ayam akan menebuk sekeliling telur dan penetasan berlaku.manakala untuk itik memerlukan 28 hari untuk menetas.

Putar telur setiap hari.

  • Telur harus diputar sekurang-kurangnya tiga kali sehari secara rutin – tetapi lima kali lebih baik! Beberapa orang suka memberi tanda X pada satu sisi telur agar lebih mudah mengetahui telur mana yang sudah diputar.
  • Sekira memutarkan telur secara manual, tangan anda harus dicuci dan dibersihkan sebelumnya agar bakteria dan minyak tidak masuk ke permukaan telur.
  • Teruskan memutar telur sampai hari ke-18, lalu berhenti untuk membiarkan anak ayam menentukan posisi yang sesuai untuk menetas.
  • Bagi sesetengah inkubator yang canggih,pemutaran telur adalah secara automatik.

PANDUAN MENYULUH TELUR / EGG CANDLING
egg candling dilakukan untuk memeriksa keadaan embrio /anak ayam ada pada telur.ia dilakukan setelah 7-10 hari telur dimasukkan dalam inkubator. Dengan cara ini,penternak boleh memastikan inkubator terlaras dengan betul dan peratus penetasan adalah tinggi. egg candling boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh. Menyuluh mestilah dilakukan dalam keadaan gelap untuk melihat bayang embrio didalam telur dalam keadaan jelas.

Bersiap untuk penetasan.

Berhenti memutar telur 3 hari sebelum estimasi tanggal penetasan. Kebanyakan telur akan menetas dalam waktu 24 jam. Letakkan kain yang nipis di bawah telur sebelum penetasan. Kain ini akan menyerap butiran kulit telur dan unsur lainnya selama dan setelah penetasan. Naikkan kelembapan di dalam inkubator dengan menambah air atau meletakkan span. Tutup inkubator sampai anak ayam selesai menetas.

anak ayam yang sudah menetas

anak ayam yang sudah menetas

2. kaedah pengeraman menggunakan ibu ayam

  • Pilih jenis ayam .

Jika Anda memilih menggunakan ayam betina untuk menetaskan telur, Anda perlu tahu bagaimana cara memilih ayam yang terbaik untuk penetasan. Beberapa jenis ayam tidak suka mengeram, jadi jika Anda menunggu ayam anda mahu mengeram, Anda mungkin harus menunggu sangat lama! Jenis ayam yang paling baik adalah ayam Silky, Cochin, Orpington, dan Old English Game.

Sediakan tempat yang selesa untuk ibu ayam mengeram.sebaiknya kawasan yang gelap,lembap dan bersih. Sediakan air dan makanan. Selepas semua siap,letakkan telur ayam yang subur ke dalam sarang. Jangan kacau ibu ayam ketika dalam proses pengeraman. Biarkan telur menetas sendiri. Ayam betina biasanya akan tetap berada di sarang selama 36 jam atau lebih untuk menunggu semua telur menetas sambil menjaga anak ayam.

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in pengeraman telur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply