Kunyit dan kaedah penanaman

 

kunyit

kunyit

Kunyit merupakan salah satu herba yang termasuk didalam kategori rempah ratus. Ia banyak digunakan didalam masakan melayu dan juga kecantikan tradisional. Daun kunyit juga sangat wangi digunakan untuk masakan dan pembuatan minyak angin.  Nama saintifik bagi halia ialah Zingiber officinale dan ia dikenali sebagai ginger dalam bahasa English. Halia berasal dari negara China dan menyebar keseluruh dunia. Antara negara-negara pengeluar halia utama dunia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Dipasaran sekarang harga kunyit telah semakin meningkat. Jadi artikel kali ini kita akan mempelajari bagaimana untuk menanam kunyit.

Cara penanaman kunyit

Pokok kunyit memerlukan kawasan yang mempunyai sinaran matahari melebihi 6 jam dan tanah yang tidak ditakungi air.sekiranya tanam didalam pasu pastikan pasu diletakkan pada kawasan yang terkena cahaya matahari yang cukup. Ia memerlukan cahaya yang penuh untuk pertumbuhan yang baik.

Halia ditanam dengan menggunakan rizom yang akan mengeluarkan tunas dicelah isinya. Untuk mendapatkan tunas,anda perlu dapatkan rizom ibu kunyit dan balut dengan menggunakan suratkhabar yang lembap dan letakkan dikawasan yang teduh dan lembap. Lepas 2-3 minggu, tunas akan mula keluar. Satu rizom tersebut akan mempunyai banyak tunas, jadi patah-patahkan risom menjadi beberapa bahagian untuk ditanam dalam kuantiti banyak.

Medium penanaman

Tanamkan rizom kunyit menggunakan medium tanaman dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul hingga sekata dan masukkan ke dalam bekas yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan cocopeat,campuran tanah hitam dan pasir sebagai media tanaman halia. Gunakan tanah yang longgar dan peroi untuk pengudaraan dan saliran yang baik dan mengekalkan kelembapan. Untuk semai diatas batas, pastikan kambus dan gembur tanah terlebih dahulu dan pastikan tanah lembap.

Menanam pokok kunyit

Ambil tunas yang telah dipatah-patah tadi lebih kurang 2 inci. Buat lubang sedalam 2 inci setengah atau 3 inci dengan jarak lubang adalah 3 kaki hingga 3 kaki setengah. Tanam 1 bahagian rizom halia ke dalam lubang dan timbus dengan tanah. Siram pokok halia anda dengan air secukupnya. Rizom halia mengambil kira-kira 7 hari hingga 14 hari untuk bercambah. Jadi anda perlu sabar sekiranya menanam halia. Apabila tunas pertama muncul halia cepat membesar dan batang pokoknya mula membanyak.

Penjagaan

Pembajaan perlu dilakukan apabila mula memasuki

  • umur 1 bulan dari tunas pertama muncul- bubuh baja NPK organik.
  • Selepas 3 minggu – baja kompos dan bone meal
  • Ulang pembajaan dengan NPK organik pada bulan ke-4
  • disusuli dengan kompos dan bone meal pada minggu ke-4 setelah pembajaan baja NPK organik.
  • Lakukan pengemburan dan naikkan tanah untuk memperbanyakkan isi rizom kunyit anda.
  • Penyiraman dilakukan 2 kali sehari pagi dan petang.
  • Kunyit boleh dituai apabila genap 9 bulan. Cara mengetahui pokok halia sudah boleh dituai ialah melihat daun-daun yang sudah mula mengering. Sekiranya anda mahu menggunakan halia muda, tuai pokok halia anda genap 6 bulan. Jika mahukan halia yang matang pula tuai setelah genap 9 bulan.
  • Daun kunyit sangat disukai oleh serangga. Jadi nak pastikan agar tak diserang, boleh kisar cili, bawang putih dan halia. Lepas tu tapis ambik airnya. Semburkan pada tanaman untuk mengelakkan dari diserang oleh serangga macam belalang.

 

selamat menanam!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in kunyit and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply