Penternakan Ikan Patin

Apabila sebut sahaja ikan patin, pastinya Bandar Temerloh singgah dibenak masing-masing kerana ikan patin sudan sinonim dengan Bandar Temeroh, Pahang. Ikan Patin atau nama saintifiknya Pagasius merupakan sejenis ikan bermisai (Siluriformes) yang hidup di kawasan sungai, tasik dan lombong yang mempunyai kualiti air yang bersesuaian. Ikan patin mempunyai sepasang sengat pada bahagian kiri dan kanan serta satu sengat di bahagian atas. Ikan patin tidak bersisik. Kulitnya berwarna kelabu kehitaman dan licin berkilat. Ikan patin liar yang kebanyakannya hidup di kawasan sungai bernilai mencecah RM 180 sekilogram. Antara ikan patin yang mempunyai nilai komersial yang tinggi termasuklah Patin Buah, Patin Muncung, Patin Juara, Patin Kolam dan Patin Sungai.

patin_ikan_patin

Nutrisi ikan patin juga tidak kalah jika dibandingkan dengan ikan-ikan lain. Ikan patin mengandungi protein yang sangat tinggi serta asid amino seperti DHA sebanyak 4.74% dan EPA sebanyak 0.31%. Selain itu ikan patin juga kaya dengan Omega 3 dan mengandungi asid oleat iaitu lemak tak tepu tunggal yang terdapat pada isi ikan patin sebanyak 8.43%. Lemak tak tepu ini sangat bagus untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kadar kolestrolnya pula hanya 21-39 miligram setiap 100 gram.

Penternakan ikan patin boleh dilakukan di dalam kolam atau sangkar. Perternakan di dalam kolam tanah memerlukan kawasan dari tanah liat dengan mengaliran air yang bersih. Suhu air kolam yang sesuai adalah antara 26-28 darjah celcius dengan pH sekitar 6.5-7.0. Kriteria air yang baik untuk penternakan ikan patin adalah yang mengandungi kandungan oksigen (O2) sebanyak 4 miligram di dalam setiap satu liter air. Namun demikian, terdapat penyelidikan yang membuktikan bahawa ikan patin mampu hidup di dalam yang mempunyai kandungan oksigen yang rendah.

1965660_679341505445739_816143373_o

manfaat-ikan-patin3

Anak benih ikan patin boleh dibeli daripada jabatan perikanan atau mana-mana organisasi yang penjalankan pembenihan ikan. Anak benih ikan perlu diternak di dalam kawasan khas sebelum dilepaskan di dalam kolam setelah mencapai saiz optima.

Pemakanan ikan adalah mengikut keperluan umur ikan. Amnya, keperluan zat bagi pembesaran ikan patin adalah protein (30-34%), emak (5-7%), serat (3-8%), vitamin (0.2-3%) dan mineral (0.2-3%). Pemakanan yang lazim adalah pelet. Makanan perlu diberi tiga kali sehari

Panduan kadar pemberian makanan:

7-50g: 12%
51-100g: 5.5%
100-150g: 4.0%
151-250g: 3.0%

Tempoh matang ikan patin adalah selama 6 bulan. Pemberian makanan hendaklah dihentikan 24-48 jam sebelum tuaian bagi mengosokkan perut ikan. Hal ini dapat mengurangkan najis ikan dan membantu ikan untuk tahan lebih lama sepanjang proses pengendalian lepas tuai.

Penternakan ikan air tawar sangat lumayan. Sudah ramai penternak ikan air tawar yang mendedahkan kejayaan mereka sehingga mencapai pendapatan sebanyak RM 80,000 sebulan. Menyedari kelebihan penternakan air tawar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyediakan latihan dan kursus bagi membuka peluang kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup dengan menceburi bidang penternakan air tawar.

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in Ternakan air and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply