SENARAI UNIVERSITI AWAN DAN SWASTA YANG SESUAI UNTUK BELAJAR PERTANIAN

Pelajar pertanian

Pelajar pertanian

Engkau amek kos ape kat U? soalan ini selalu ditanyakan oleh kawan-kawan dan ahli keluargakan? Dan apabila anda mengatakan anda mengambil jurusan pertanian,pasti mereka akan berasa pelik dan terkejut. Apabila mendengar perkataan “pertanian” pasti dalam fikiran mereka terfikirkan petani moden tidakpun penternak lembu dan kambing. Ini situasi biasa buat pelajar-pelajar jurusan pertanian diluar sana. Janganlah anda berasa kecil hati dan patah semangat untuk meneruskan pelajaran di dalam bidang ini,kerana sesungguhnya terdapat pelbagai manfaat dan sangat berguna untuk diri sendiri,masyarakat,Negara malah dunia juga. Ianya tugas anda untuk menerangkan dan memberi pendedahan kepada masyarakat kita mengenai kepentingan pertanian buat manusia.bukan sahaja dapat menjana duit yang banyak malah memberikan jaminan dan keselamatan makanan kepada Negara. Ianya sangat-sangat penting buat kini dan masa hadapan. Banyak lagi hendak diulas mengenai bidang pertanian ini,tapi hari ini saya ingin berkongsi mengenai senarai universiti yang bagus untuk mempelajari pertanian. Buat adik-adik diluar sana yang berminat dengan pertanian,harap entri kali ini sampai kepada anda.

Senarai universiti awam dan swasta yang menawarkan pertanian:

  • Universiti Putra Malaysia (kampus utama Serdang & kampus Bintulu)

Merupakan universiti yang menawarkan bidang pertanian yang lengkap dari pelbagai bidang. Antaranya ialah sains pertanian,perikanan,perternakan,kesihatan haiwan,perladangan,bioteknologi dan kejuruteraan pertanian.

  • Universiti Institut Teknologi Mara

Menawarkan kos perladangan untuk yang berminat untuk mencebur dalam bidang perladangan. Ia memberi ilmu dan praktikal yang sesuai untuk bekerja diladang.

  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Kolej Risda
  • Kolej FELCRA
  • Kolej institut pertanian Malaysia
  • Kolej Politech Mara (KPTM)
  • Agro industri Universiti
  • PLASMA
  • Simedarby academy
  • Kolej Pertanian Malaysia
  • Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM)

 

Senarai Lima Terbaik Dunia Dalam Bidang Sains Pertanian:

    • 1. Wageningen University and Research Center, Netherlands.
    • 2. University of California – Davis, United States.
    • 3. Cornell University, New York.
    • 4. China Agricultural University, Beijing.
    • 5. Universidade de Sao Paulo, Brazil.

 

Kongsikan!
  • 112
  •  
  •  
  •  
    112
    Shares
This entry was posted in senarai universiti pertanian and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply