JENIS – JENIS KOMPONEN BAHAN DALAM BAJA FERTIGASI

Sudah lama yang tidak menulis di dalam myagri.com.my.

Baru – baru dijemput untuk menyumbang lima artikel pada minggu ini.

Jadi ini artikel pertama saya bertajuk jenis – jenis komponen bahan dalam baja fertigasi.

Kebiasaanya harga baja fertigasi atau baja AB ini adalah dalam lingkungan RM 125 ke 135 untuk set 25 kg dan RM 250 untuk set 50 kg.

Mesti ramai yang tertanya – tanya kenapa baja fertigasi ini mahal dan apakah ramuan yang ada di dalamnya?

Kebiasaanya baja fertigasi tak kira samada cili, terung, halia, rockmelon dan lain – lain tanaman mengandungi 10 – 11 bahan atau komponen.

Baja fertigasi biasanya akan dibuat di dalam bentuk bahagian A dan bahagian B yang akan dijadikan pati baja A dan pati baja B.

Baja fertigasi datangnya dalam dua bahagian serta dalam bentuk serbuk dan dilarutkan menjadi pati baja a dan b.

10 Komponen yang selalunya ada di dalam campuran baja fertigasi adalah Calcium Nitrate, Pottasium Nitrate, Magenesium Sulfat, Monopotassium phosphate atau Monokalium phosphate atau MKP, Iron atau Ferum, Zink Sulfat, Kuprum Sulfat, Boron atau Hibor, mangan sulfat dan Ammonium molydate.

Terdapat sesetengah pengusaha fertigasi menambah Sulphate of Potash (SOP) atau Potassium Sulphate.

Bahkan ada sesetengah pengusaha menambahnya tanpa sebarang sebab atau tahu apakah itu SOP.

10 komponen ini kemudiannya bahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B.

Bahan A

Calcium Nitrate
Iron

Bahagian B

Pottasium Nitrate
Magenesium Sulfat
Monokalium phosphate (MKP)
Zink Sulfat
Kuprum Sulfat
Boron
Hibor
Mangan sulfat
Ammonium molydate

Kenapa bahagian A dan B ini tidak boleh dicampur sebagai satu bahagian.

Sila rujuk di sini artikel yang lepas.

Apakah beza di antara setiap formulasi baja tanaman cili, terung dan sebagainya?

Bahan – bahan yang digunakan di dalam formulasi baja cili, terung, halia dan sebagainya adalah sama. yang berbeza adalah ratio atau berat setiap bahan ini. Ini kerana berat setiap bahan ini akan memberikan jumlah ppm nutrient yang diperlukan oleh tanaman. Setiap jenis tanaman memerlukan jumlah unsur pada kepekatan atau ppm tertentu. Justeru, ratio atau berat di dalam setiap formulasi baja berbeza.

Pada artikel seterusnya kita akan lihat?

1. Jenis dan alternatif komponen yang digunakan di dalam baja fertigasi
2. Jenis formulasi baja
3. Asas Membuat formulasi baja
4. Kesan kekurangan nutrient pada tanaman

Kongsikan!
  • 36
  •  
  •  
  •  
    36
    Shares
This entry was posted in Baja, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply