SIRI HERBA MALAYSIA: KAEDAH PEMBIAKAN KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah adalah herba yang sinonim dengan perempuan. Ianya sangat bagus dan mempunyai pelbagai khasiat yang sememangnya sangat mujarab untuk wanita. Pada entri lepas, kami ada menerangkan mengenai kacip Fatimah secara umum. Dan pada Kali ini kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih terperinci mengenai kaedah yang betul untuk membiak kacip Fatimah. Dek kerana permintaan yang tinggi, beberepa penyelidikan keatas kaedah pembiakan kacip Fatimah turut dijalankan bagi mendapatkan kaedah yang terbaik dan praktikal untuk penghasilan yang lebih banyak untuk menampung permintaan. Cara yang terbaik adalah dengan cara menggunakan keratan daun kacip fatimah yang ditanam di dalam ruang yang tertutup. Kaedah ini dipercayai boleh membekalkan lebihan dos karbon dioksida secara strategik kepada tumbesaran kacip fatimah  (Prof Madya Hawa, 2014).

Kaedah pembiakan kacip fatimah

Kacip fatimah boleh dibiakkan melalui 4 kaedah iaitu:

  1. Biji benih

Biji benih merupakan ovul matang yang terkandung di dalamnya embrio dan simpanan makanan. Biji benih boleh didapati daripada pokok yang sudah tua dan telah dikeringkan. Kebiasaan pokok yang dibiakkan melalui biji benih adalah pokok yang mempunyai biji benih yang banyak dan melibatkan kos yang paling rendah untuk mendapatkannya. Bagi kacip fatimah, biji benih adalah terhad kerana biji yang dihasilkan bagi satu pokok adalah terhad.

  1. Keratan batang

Keratan batang merupakan kaedah yang sering dilakukan kerana ianya mudah untuk dibiakkan dan pertumbuhan pokok yang dihasilkan adalah lebih seragam. Kacip fatimah mudah dibiakkan melalui kaedah ini dan daun yang tumbuh banyak naik ke atas.

  1. Keratan daun

Keratan daun adalah kaedah yang terkini untuk membiakkan lebih banyak kacip fatimah. Kaedah ini dapat menghasilkan lebih banyak daun berbanding kaedah lain. Menurut Dr. Ab Rasip bin Ab Ghani, beliau pernah berjaya mendapatkan 8-10 helai daun bagi satu keratan daun. Hal ini menunjukkan bahawa keratan daun adalah lebih produktiviti bagi meningkatkan pengeluaran kacip fatimah yang semakin tinggi pada masa ini. Keratan daun ini mengambil masa 3 bulan untuk menghasilkan daun baru. Perbezaan masa pertumbuhan juga adalah berbeza-beza mengikut varieti.

  1. Pucuk
pucuk

pucuk kacip fatimah

Pembiakan melalui pucuk adalah sangat terhad tetapi ianya cepat pertumbuhannya berbanding kaedah pembiakan kacip fatimah yang lain. Ini kerana, pucuk merupakan bahagian pembahagian sel yang sangat aktif dan memberikan pertumbuhan yang cepat. Pucuk kacip fatimah ini adalah terhad, kerana ianya boleh didapati hanya satu pada setiap satu pokok kacip fatimah.

Prosedur teknik keratan daun kacip fatimah

  • Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.
  • Scateur
  • Pisau/gunting
  • Medium penanaman (pasir sungai)
  • Bekas polistrene atau bekas plastik
  • Hormon pengakaran (seradex)
  • Pokok kacip fatimah
  • Air
  • Plastik (sungkupan)
  • Basahkan medium pasir sehingga permukaan lembap.
  • Potong daun kacip fatimah seperti didalam gambar dibawah.d
  • Rendamkan keratan yang telah dipotong kedalam air selama beberapa minit.y
  • Selepas itu, letakkan hormon pengakaran sedikit,tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjadi racun.

    celup daun dengan serbuk hormon

    celup daun dengan serbuk hormon

  • Sebelum tanam, pastikan buat lubang terlebih dahulu supaya keratan daun tidak cedera akibat tekanan yang dipaksa kedalam pasir. Dengan adanya lubang, daun tidak akan cedera dan hormon yang diletakkan tidak tertinggal di permukaan pasir.n
  • Tanam daun tersebut dengan kedudukan seperti didalam gambarv
  • Siram keratan daun dan sungkupkan dengan plastik. Kelembapan yang diperlukan adalah tidak lebih 80%. Sekiranya lebih, ia akan mengakibatkan akar menjadi busuk dan reput. Siram sekadar medium basah.

Selepas 3-4 bulan hasil dapat dilihat, dimana daun yang ditanam akan mula tumbuh akar.selepas itu boleh ditanam didalam polibeg dan diletakkan dibawah lindungan untuk proses pengerasan (hardening).

selepas 3 bulan

akar yang tumbuh selepas 3 bulan

selamat mencuba!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply