MASALAH BENIH HALIA

Baru ini saya banyak menerima pertanyaan berkenaan tanaman fertigasi halia yang rosak.

Daripada gambar yang hantar melalui whatsapp dan sampel yang dibawa, kebanyakkan tanaman halia tersebut rosak akibat benih yang tercemar.

Sebelum penanaman halia secara konvensional atau fertigasi dilakukan, pemilihan benih yang betul bebas daripada penyakit adalah penting bagi memastikan tiada masalah di masa hadapan apabila kita telah mula menanam.

Di sini terdapat tiga cara yang boleh dilakukan oleh pengusaha dalam memastikan benih halia yang digunakan bebas daripada penyakit bawaan tanah.

Benih halia yang berpenyakit akan menunjukkan simptom selepas sebulan ditanam.

Memang stress sangat kan!

1. Gunakan benih daripada tisu kultur. Benih halia daripada tisu kultur adalah bebas daripada sebarang jangkitan penyakit sama ada kulat atau bakteria. Tetapi harga sangat mahal. Satu pokok di dalam lingkungan RM 3 – 5 bergantung kepada jenis halia.

2. Tanaman halia fertigasi yang berusia 9 – 10 bulan boleh dijadikan benih halia. Ini kerana tanaman fertigasi dijalankan menggunakan media tanpa tanah. Jadi tiada sumber penyakit bawaan tanah.

3. Ambil sampel dan buat uji kaji kualiti bagi memastikan sama ada benih tersebut bebas penyakit atau tidak.

Caranya.

1. Sediakan air suam.

2. Ambik benih halia, buang kulit luar.

3. Rendam di dalam air, jika ada cecair putih keluar daripada benih tersebut, maka benih tersebut telah tercemar dengan bakteria.

picture1

picture2

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Halia Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply