TIPS MENANAM BUNGA MATAHARI YANG PERLU ANDA TAHU

bunga matahariBunga matahari atau sunflower merupakan bunga yang sangat cantik dan kelihatan segar. Helianthus annuus merupakan nama saintifik bunga matahari yang berasal daripada keluarga Asteraceae. Ia merupakan bunga yang mendapat permintaan industri yang tinggi selepas rose dan hydrangea. Penanaman bunga matahari juga adalah sangat pesat di beberapa buah Negara seperti kebanyakan Negara eropah  untuk menghasilkan minyak sayuran,kuaci, dan produk-produk lain.

Bunga matahari ini mempunyai lebih kurang 45  varieti dseluruh dunia. Antara variety yang popular ialah Mommoth rusian,Kong hybrid,Autumn beauty,Large grey stripe dan banyak lagi. Bunga matahari bukan sahaja cantik dan unik malah ia juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk tubuh badan kita. Kebanyakan masyarakat kita,hanya menanam bunga matahari sebagai tanaman hiasan. Sekiranya anda berminat untuk menanam dan ingin menikmati kecantikan dan keindahan bunga ini,maka kita boleh menanam di dalam pasu ataupun batas yang kecil.

Ini adalah 5 tips mudah yang boleh anda ikut untuk menanam bunga matahari:

  1. Dapatkan biji benih daripada pengeluar yang dipercayai. Kebanyakan daripada kita menggangap kuaci adalah biji benih daripada bunga matahari. Jangan keliru, kuaci merupakan biji benih yang telah melalui diproses dan dimasak sebagai makanan ringan. Sekiranya anda tanam pakai kuaci, sampai 5 tahun pun pasti tak tumbuh-tumbuh. Setiap biji benih adalah berbeza ukuran saiz biji benih mengikut varieti. Variety yang mudah untuk bercambah ialah Mamoth Grey,Evening sun, dan Velve queen.
  2. Menyediakan media tanaman menggunakan media yang biasa didapati di nurseri. Letakkan media tanaman kedalam kotak semaian untuk disemai biji benih. Pastikan biji benih sentiada disiram dan diletakkan di kawasan yang mendapat cahaya matahari. Anda juga boleh menanam terus didalam pasu ataupun batas. Pastikan suhu kawasan tidak melebihi 25 darjah celcius dan mempunyai sinaran matahari. Anak pokok akan mula terhasil selepas 3-4 hari. Dalam masa 1 minggu tanaman akan tinggi sebanyak 5 cm.

 

  1. Anak benih mempunyai tendesi untuk tumbuh membengkok mengikut arah cahaya matahari, anda disarankan untuk sentiasa memusing-musingkan pasu anda supaya ia tumbuh menegak. Pastikan pokok anda mendapat cahaya matahari 6 jam sehari.
  1. selepas anak benih sudah besar,boleh alihkan pokok dari tapak semaian ke atas batas atau pasu. Jarak tanaman di atas batas ialah lebih kurang 45cm untuk ia membesar dengan baik.
  1. Penjagaan bunga matahari. Siram bunga 2 kali sehari pagi dan petang. Sekiranya bunga semakin tinggi, anda boleh berikan kayu sokongan pada batang bunga matahari tersebut.ikatkan kayu bersama dengan batang. Baja NPK 15:15:15 dan baja organik diberi selepas pokok berusia 1-2 bulan. Tunas-tunas bunga juga akan tumbuh selepas 3 bulan.anda boleh buang kerana ia tidak efektif.

Mudah bukan? Jom kita tanam bunga matahari.

Kongsikan!
  • 23
  •  
  •  
  •  
    23
    Shares
This entry was posted in bunga matahari and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply