Metabolit Tumbuhan Herba

Metabolit adalah bahan yang terhasil dari aktiviti metabolisme suatu organisme. Metabolit primer dihasilkan dalam kuantiti yang banyak kerana metabolit primer terlibat secara langsung dalam pertumbuhan organisme sementara metabolit sekunder dihasilkan dalam kuantiti yang amat sedikit, pada masa-masa tertentu misalnya untuk perlindungan, menarik polinator dan sebagai molekul signal. Metabolit tumbuhan herba atau juga dipanggil sebagai ‘phytokimia’ adalah sebatian yang dihasilkan oleh tumbuhan yang mempunyai keistimewaan tersendiri bergantung kepada spesis tumbuhan itu sendiri. Secara amnya, metabolit mempunyai keupayaan bioaktif dan ianya wujud dalam pelbagai bentuk dan fungsinya juga berbeza-beza.

Contoh metabolit primer tumbuhan herba
picture1

Metabolit sekunder dapat diklasifikasikan kepada 3 kumpulan utama iaitu fenolik, terpenoid dan sebatian yang mengandungi unsur nitrogen. Struktur fenolik terdiri daripada gula dan memiliki hydrogen, cincin benzene dan oksigen. Sktruktur terpenoid pula mengandungi karbon, hydrogen dan unsur nitrogen.
Antara metabolit sekunder tumbuhan herba yang terkenalkan dengan kebaikannya adalah alkaloid,flavonoid dan terpenoid.

Alkaloid

Alkaloid merupakan sebatian yang sukar larut dalam air namun ianya boleh larut dalam pelarut nonpolar seperti ethanol dan klorofom. Sebatian ini memiliki sifat antibakteria dan antifungus. Sebatian ini kebiasaannya terdapat dalam semua jenis daun. Namun begitu, terdapat rekod penyelidikan yang membuktikan tumbuhan herba Dukung Anak (Phyllanthus niruri, Daun Kadok (Piper sarmentosum), Daun Belalai gajah (Clinachantus nutants) dan Daun lengkuas (Alpinia galanga) mempunyai kandungan alkaloid yang tinggi. Zaman teknologi canggih hari ini, alkaloid diekstrack dan digunakan sebagai antitumor, antidepressi dan antimikrobial.

picture2

picture3

picture4
Contoh skruktur kimia beberapa jenis alkaloid

Flavonoid

Flavonoid adalah sebatian yang bertindak sebagai antioksidan. Flavonoid memainkan peranan memerangkap radikal bebas dan menghalang pembentukan sel kanser. Flavonoid malah lebih efektif daripada vitamin C dan E. Antara tumbuhan herba yang kaya dengan flavonoid ialah Daun pandan (Pandanus amaryllifolious), serai (Cymbopogun citratus), dan Daun kari (Murraya koenigii).

picture5

picture6

picture7
Contoh struktur kimia beberapa jenis Flavonoid.

Terpenoid

Terpenoid merupakan metabolit tumbuhan yang mempunyai bau. Bau tersebut dapat diekstrak melalui proses penyulingan sebagai minyak atsiri. Bahan ini digunakan bagi merawat penyakit diabetes dan malaria. Contoh tumbuhan yang kaya dengan terpenoid ialah Serai wangi (Cymbopogun citronella), daun kesum (Persicaria odorata) dan kayu putih (Melaleuca leucadendron).

picture8

picture9
Contoh struktur kimia beberapa jenis terpenoid.

Pelbagai penyelidikan telah dibuat berkaitan dengan metabolit tumbuhan herba memandangkannya ianya boleh menyumbang kepada farmakologi, pembuatan kosmetik dan supplement. Namun begitu, kandungan metabolit semakin berkurangan selepas dituai. Oleh yang demikian, pengendalian lepas tuai bagi setiap herba perlu diambil berat supaya hasil ekstrak metabolit terjaga.

Kongsikan!
  • 15
  •  
  •  
  •  
    15
    Shares
This entry was posted in Fisiologi Tumbuhan, Herba and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply