Pengalaman ekspedisi mencari herba didalam hutan

kumpulan ekspedisi

kumpulan ekspedisi

Hutan merupakan ekosistem bagi  tumbuhan semula jadi yang begitu bernilai dari segi ekonominya. Hutan adalah harta atau khazanah bagi sesebuah negara. Keperluan manusia terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan dalam meneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Tiada mereka maka generasi sekarang pasti tidak mengenal apa itu kacip Fatimah,tongkat ali, serapat dan herba yang lain. Ini kerana kesemua pokok herba adalah berasal daripada hutan.

Ekspedisi mencari herba didalam hutan selama satu hari ini memberi satu pengalaman yang sangat berharga buat penulis. Ia merupakan pengalaman yang sangat mengujakan dan tidak ternilai. Ekspedisi ini bukan sahaja menguji ketahanan dan kecerdasan malah bertujuan untuk mengenali dan melakukan pengecaman terhadap pokok herba yang sering digunakan didalam hutan.

Ekspedisi itu diketuai oleh seorang yang berpengalaman mengenai herba iaitu Encik Tajuddin Bin Abdul Manaf daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dr. Shamsul bin Khamis iaitu pegawai dan pakar botani turut daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). ekspedisi yang dijalankan di hutan taman botani Negara Shah Alam ini disertai oleh staf taman botani negaa serta beberapa pelajar university daripada pelbagai negeri.

Perjalanan bermula pada pukul 9 pagi. Semua peserta dimaklumkan bahawa mereka bakal menemui 20 atau lebih jenis pokok herba sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira enam jam itu bergantung kepada keberadaan pokok herba tersebut. Tidak banyak gambaran awal atau jangkaan yang terbayang di fikiran sewaktu kaki mula melangkah memasuki hutan. Tidak sampai 15 minit berjalan, semua peserta berhenti di sebuah lokasi. Kami menemui pokok pecah kelambu (Dracaena elliptica thumb) yang ditemui disekitar hutan Bukit Sapu Tangan,TBNSA yang merupakan antara ramuan yang akan digunakan untuk mengubat pesakit. Encik Tajuddin Bin Abdul Manaf turut menerangkan khasiat dan kegunaan bagi setiap herba yang dijumpai.h

Teknik melakukan pengecaman :

  • mengenalpasti pokok tersebut melalui daun- daun kering.
  • Bagi pengecaman pokok, ianya hendaklah melalui pengecaman morfologi tumbuhan tersebut seperti pengecaman melalui jenis akar, batang dan daun.

Teknik pengutipan herba:

mencangkul pokok herba yang dijumpai

mencangkul pokok herba yang dijumpai

  • Sampel tumbuhan herba dikutip sebagai koleksi tumbuhan hidup mengikut tatacara khas pengutipan kumpulan tumbuhan tertentu menggunakan cangkul kecil yang dibawa. Akar pokok diambil untuk tujuan pembiakan.
  • Sampel tumbuhan herba ini dinombor, dilabel dan dibuat catatan khas pada borang kutipan siri TBNSA untuk tujuan pengkelasan.
  • Kemudian, sampel tumbuhan dibungkus dan diproses mengikut tatacara khas bagi mengendalikan koleksi hidup untuk memastikan kadar keterusan hidup kutipan terus terpelihara.
  • Sampel tumbuhan herba diproses bagi tujuan pemuliharaan.
  • Koleksi tumbuhan herba hidup akan dibiak menggunakan media tanaman di dalam pasu dan ditempatkan di Rumah Pelindung Hujan di Laman Konservasi Tanaman Herba dan Ubatan.
  • Seterusnya, koleksi tumbuhan hidup yang telah dibiak akan dipindahkan ke kolong yang terdapat di belakang pusat informasi bagi menggantikan tumbuhan herba yang telah mati dan seterusnya aktiviti penyelenggaraan akan dijalankan di Laman Konservasi Tanaman Herba dan Ubatan, Taman Botani Negara Shah Alam.

Setelah meredah denai,mendaki bukit yang curam,meredah sungai dan selut akhirnya kami berjaya keluar daripada hutan pada waktu petang jam 6 pm. Hasil daripada ekspedisi ini ialah kami berjaya menemui 65 jenis herba termasuklah herba yang mempunyai nilai tinggi seperti kacip Fatimah dan tongkat ali. Pokok vanilla liar, akar resdung, serapat juga turut dijumpai.

Sesungguhnya ekspedisi mencari dan melakukan pengecaman herba ini adalah sangat bermakna buat penulis dan memberi ilmu yang baru mengenai herba secara am nya. Selain itu, kami turut mempelajari selok belok hutan, penggunaan GPS, kaedah dan teknik mengutip pokok herba daripada habitat asal, dan juga mempelajari tips dan pantang larang didalam hutan. jika anda mempunyai kesempatan untuk mengikuti ekspedisi masuk ke dalam hutan,jangan lepaskan peluang, anda akan rugi.

17.12.14 |Eksplorasi TBNSA

Kongsikan!
  • 26
  •  
  •  
  •  
    26
    Shares
This entry was posted in ekspedisi, Herba and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply