TANAMAN BUNGA KANTAN DAN CABARANNYA

bunga kantan

bunga kantan

Bunga kantan merupakan salah satu tanaman yang digunakan untuk masakan melayu. Tanpa bunga kantan,laksa pasti tidak akan umppp. Tetapi pada akhir-akhir ini, bunga kantan dikatakan semakin melonjak naik harganya hampir mencecah RM8 satu bunga. Ini sememangnya harga yang sangat tinggi dan memberi masalah kepada peniaga untuk menaikkan harga makanan ekoran daripada peningkatan harga bunga kantan ini jika ia berterusan harga naik. Bunga kantan dikatakan tumbuh liar merata terutamanya dikawasan yang lembap. Ia juga banyak digunakan bukan sahaja didalam masakan,malah turut digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak dan digunakan oleh ibu yang lepas bersalin.

Penjagaan bunga kantan adalah mudah sebenarnya. Sekiranya ia diusahakan dengan baik, kita akan peroleh keuntungan yang agak lumayan. Pokok kantan ini juga boleh ditanam selang dengan pokok getah dan buah-buahan asalkan dijaga dengan baik. Bunga kantan juga dikatakan alah pada  baja kimia.

Mengapakah harga bunga kantan ini semakin meningkat bukan sahaja pada waktu perayaan malah hari biasa?pada hari perayaaan kebiasaanya, penanam sudah tahu trend permintaan yang tinggi pada musim perayaaan. Mereka selalu mengandakan tuaian dan penjualan pada musim tersebut. Adakah orang tengah mengaut keuntungan berlebihan? Mungkin kenyataan ini juga kurang tepat kerana kadar kenaikan bunga kantan juga telah tinggi. jadi apakah sebenar masalah dan isu kenaikan harga bunga kantan ini?

Cabaran dan masalah isu bunga kantan

harga bunga kantan yang tinggi

harga bunga kantan yang tinggi

Cabaran dan masalah mengenai kenaikan harga bunga kantan ini adalah disebabkan oleh hubungkait dengan fenomena El-nino  yang berlaku di seluruh Negara. El-nino merupakan salah satu fenomena cuaca panas melampau dan kering yang boleh menyebabkan ais di kutub utara cair,tanaman mati dan tanah menjadi kering kontang. Fenomena el-nino telah melanda Negara terutamannya di kawasan pengeluar bunga kantan iaitu di kawasan selatan tanah air, dan juga pantai timur. Keadaan cuaca panas dan kering ini disahkan telah menyebabkan banyak tanaman,pokok termasuklah tanaman bunga kantan terjejas pertumbuhannya. Pokok kantan menjadi kering dan tanah kering dan tiada air, dan pokok kantan perlu hidup dalam keadaan yang lembap dan sejuk. Pokok juga layu dan daun mengering  lalu menjadikan pertumbuhan bunga terbantut dan kecil.

Oleh itu, beberapa inisiatif perlu diambil kira untuk mengelak masalah ini daripada berlarutan. Fenomena el-nino sememangnya sukar untuk kita kawal, jadi kita perlu memikirkan langkah untuk menyelamatkan tanaman kantan ini. Pengusaha boleh mengalakkan penanaman bunga kantan didalam pasu atau atas tanah di halaman rumah,supaya senang dipantau dan dijaga. Jika ramai melakukan, saya yakin,harga bunga kantan akan terkawal dan jika anda menanam sendiri di rumah, ia adalah lebih mudah untuk mendapatkan bunga kantan sendiri tanpa perlu membeli.

Untuk menanam sendiri,saya sertakan link untuk kaedah penanaman pokok kantan untuk anda.

penanaman bunga kantan

Selamat menanam!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in bunga kantan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply