TIPS MENJAGA ORKID

orkid Phalaenopsis

orkid Phalaenopsis

Buat pengemar orkid, entri kali ini merupakan perkongsian yang menarik dan insyaaallah boleh membantu anda didalam menjaga tanaman orkid kegemaran anda. Pada entri yang lepas, artikel mengenai kaedah penanaman orkid telah ditulis,pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda tips-tips dan penjagaan orkid yang boleh anda lakukan sendiri dirumah.

Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam.

Tips penjagaan orkid

  • Bagi orkid jenis memanjat atau epifit, arang merupakan medium yang sesuai. Sebelum menanam, pecahan arang perlulah direndam semalaman untuk menghilangkan garam yang biasanya terdapat didalam kayu bakau.
  • Batang Paku Pakis Gajah digunakan untuk tanaman orkid yang digantung. Ia mampu menyimpan air di dalam jangka masa yang teramat lama dan membantu orkid untuk terus hidup. cara menggunakannya adalah memotong dengan potongan yang bersesuaian mengikut pasu dan pokok orkid yang ingin ditanam.
  • Baja spikes dan cecair adalah bagus digunakan untuk pembajaan sebanyak 2 atau lebih dalam seminggu untuk bunga yang banyak.
  • Siram menggunakan air beras atau air bawang untuk pokok orkid berbunga.
  • Gunakan baja organik atau baja tahi kambing untuk menguatkan akar-akar orkid dan memberi tumbesaran yang baik.
  • Jika bunga mula Nampak layu, segera potong untuk mengalakkan pertumbuhan tunas baru. Gunakan gunting yang tajam dan bersih untuk elak penyakit.
  • Siram pokok orkid pada waktu pagi dan petang,tidak perlu banyak sekadar medium lembap. Untuk lebih mudah,gunakan sprayer untuk menyiram.
  • Tips bagi yang tiada masa untuk menyiram, boleh gunakan medium moss tau lumut, kerana ia bagus kerana menyimpan air lebih lama.
  • Jangan siram pada lewat petang, dikhuatiri air yang bertakung dalam daun akan menyebabkan daun dan batang menjadi lembik.
  • Pengudaraan dan pengcahayaan juga sangat penting. Tanam orkid sesuai ditanam diluar halaman rumah yang teduh dan berangin.
  • Pokok merupakan benda hidup,bercakap dengan pokok merupakan salah satu faktor pokok boleh hidup dengan segar dan baik. Bercakap dengan pokok juga merupakan salah satu terapi buat anda.
  • Membuang bunga atau yang sudah kering
  • Merumpai sekiranya terdapat rumpai untuk elakkan persaingan.

 

baja cecair

contoh baja cecair yang boleh didapati dinurseri orkid

Baja pepejal

Contoh Baja orkid organik

Kongsikan!
  • 31
  •  
  •  
  •  
    31
    Shares
This entry was posted in orkid and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply