Kesan Agrokimia Terhadap Alam Sekitar

Agrokimia umumnya adalah racun serangga, racun kulat, racun rumpai, baja kimia dan dadah veterinar yang digunakan dalam aktiviti pertanian. Pertanian moden hari ini banyak bergantung kepada agrokimia walhal banyak kaedah biologi yang telah diperkenalkan. Masih kurang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan pengusaha tanaman dan ternakan. Hal ini adalah kerana masing-masing meletakkan keuntungan sebagai keutamaan.

Penggunaan baja nitrogen atau baja sintetik yang berlebihan boleh mengakibatkan tanah berasid. Tanah berasid tidak subur dan boleh mengakibatkan keracunan ferum, mangan dan aluminium pada tumbuhan disamping mempunyai kandungan calcium dan fosforus yang rendah. Namun begitu, baja sintetik sering digunakan untuk meningkatkan hasil. Ini kerana baja sintetik sangat mudah diperolehi dan harganya pun berpatutan.
Ramai yang tidak tahu pembuatan baja sintetik membebaskan 80 juta matrik tan karbon dioksida setahun.

Baja sintetik dihasilkan dari nitrogen yang reaktif agar baja ini mudah diserap oleh tanaman. Akan tetapi, nitrogen yang reaktif bergerak bebas dan berinteraksi dengan unsur lain di dalam tanah seperti karbon, oksigen dan air. Secara anggaran, tanaman akan menyerap 30-50% nitrogen dari dalam tanah manakala selebihnya bergerak bebas di dalam tanah. Apabila hujan, nitrogen ini akan dibawah ke sungai dan mengakibatkan penceraman sungai.

Nitrogen dibawa ke sungai oleh hujan

Nitrogen dibawa ke sungai oleh hujan

Racun agrokimia yang biasa digunakan oleh para petani adalah Paraquat, Rumputoq, Malathion, Thiodan, Amine, Furadan, 2 4-D, Selvin 85, Prevathon, Solito, Amure dan Actarqa 250GM. Paraquat popular dan setiap musim, Jabatan Pertanian Daerah memberi subsidi sebanyak 10,000 liter racun ini. Disamping itu juga petani menambah beli Dumix-S, Dol-G, Sagatox dan Zealand-D.

Semburan racun serangga

Semburan racun serangga

Kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan pokok padi muda terjejas dengan penggunaan Paraquat dan 2 4-D. Sisabaki racun ini boleh dikesan di dalam tanah, juga dalam air parit. Sisabaki ini juga membunuh mikrob dalam air dan mengganggu proses fotosintesis. Penggunaan racun ini juga mengakibatkan masalah kesihatan kepada petani. Penggunaan racun telah mengurangkan bilangan ikan air tawar dalam sawah. Ini diakui oleh petani sendiri, dengan menyatakan bahawa ini adalah kesan penggunaan Paraquat dan Thiodan. Burung, itik dan ayam juga terkena racun melalui pemakanan.

Para saintis masih lagi mengkaji kaedah yang sesuai dan lestari bagi mengatasi masalah mencemaran akibat penggunaan agrokimia dalam aktiviti pertanian. Para petani boleh menanam kacang untuk membekalkan nitrogen kepada tanaman secara biologinya. Petani juga boleh membuat kompos, secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan baja kimia.

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi, Siri Penyakit Tanaman Cili and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply