Penanaman Baby Kailan

Baby kailan adalah sejenis sayuran yang semakin digemar dan dimakan di Malaysia.

Pasaran sayur baby kailan juga lebih kepada segmen premium iaitu hotel – hotel dan restoren.

Tetapi tahukah kita bagaimana baby kailan ditanam di kebun mahu pun di ladang.

Jika kita terdengar atau membaca tentang baby kailan haruslah kita fikirkan baby kailan merupakan sayuran kailan.

Sebenarnya, baby kailan tiada kene mengena dengan sayuran kailan.

Ya. Baby kailan merupakan species daripada Brassica oleracea atau lebih tepat kobis.

Ya sekali, baby kailan adalah sejenis kobis.

Atau lebih tepat anak pokok kobis.

Bagaimanakah baby kailan dihasil atau ditanam?

Tanaman kobis yang telah matang kira – kira 3 bulan dan kepala kobis akan dituai meninggalkan pangkal atau tunggul pokok kobis.

Selang beberapa hari, akan tumbuhlah tunas-tunas baru pada tunggul kobis tu.

4 atau 5 tunas akan tumbuh disekeliling tunggul kobis tadi.

Selepas seminggu, tunas tu akan membesar dan tunas yang sudah berusia 15 hingga 20 hari aka dituai sebagai baby kailan.

Baby kailan yang sedia untuk dijual.

Credit gambar: http://indahnyacameronhighlands.blogspot.my/

This entry was posted in baby kailan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply