Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)

Sebagai penguna muslim, kita dituntut oleh syarak untuk mencari makanan, minuman, alat kosmetik, pakaian, perhiasan dan sebagainya. ALLAH SWT berfirman di dalam Al-Quran pada ayat 88 Surah Al-Maidah dengan maksud “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepada kamu iaitu yang HALAL lagi, dan bertaqwalah kepada ALLAH Yang kepadaNya sahaja kamu beriman”. Islam sangat menitik beratkan kepentingan penjagaan dan pemilihan produk yang selamat dan bersih. Kerana setiap makanan dan minuman terutamanya akan masuk ke dalam tubuh badan kita dan menjadi darah daging. Sekaligus, ia akan memberikan kesan kepada kesihatan dan sikap kita.

Setiap pengguna perlu ada sekurang kurangnya sedikit ilmu mengenai produk produk yang diguna pakai sama ada ianya halal, bersih dan sumber bahan mentah yang tidak syubhah dan melanggar syarak. Paling mudah setiap pengguna perlu melihat logo halal, tarikh luput, pengeluar dan pembuat produk dan baca sedikit maklumat nutrisinya. Ianya penting dan dituntut oleh syarak sebagai pengguna muslim dan bukan muslim.
Pengenalan logo HACCP yang didapati oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengguna tidak perlu risau atau ragu kerana produk yang dihasilkan adalah bersih dan halal. Pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil HACCP adalah Bahagian Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani).

Apa itu sijil HACCP. HACCP merupakan singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point atau dalam bahasa Malaysia Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal. Tujuan utama pengenalan sijil HACCP ini adalah untuk mengesan, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan. Secara halusnya, ianya memastikan bahawa produk makanan tersebut selamat dan tidak bahaya untuk dimakan (tidak akan sakit atau keracunan).

Ianya juga dikawal dari segi kualiti, kebersihan dari bahan bahan asing seperti mikrobakteria yang mudah mendiami makanan dengan kawalan suhu tertentu. Selain itu, ianya akan mengurangkan kekerapan pemeriksaan kawalan ke atas premis dan sample makanan dan memperkukuhkan lagi jaminan keselamatan makanan yang dihasilkan.

Pensijilan HACCP akan memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan (Food Safety) dan sekaligus ianya membolehkan pengusaha untuk mempromosikan produk makanan Malaysia di dalam atau diluar Negara. Seluruh dunia boleh menikmati produk yang dikeluarkan tanpa rasa ragu dan bimbang kerana ianya selamat dan diperakui dunia.

PENSIJILAN HACCP

Pelaksanan HACCP meliputi 3 rujukan utama iaitu Akta Makanan 1883 dan Peraturan Makanan 1985, Malaysia Standard –MS1480:2007 (HACCP) dan Malaysia Standard MS1514:2009 (GMP). Skim ini terdiri daripada pensijilan dan aktiviti pengawasan sistem HACCP. Ianya merupakan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berkesan melaksanakan sistem HACCP.

HACCP bukanlah pensijilan yang diberikan khusus tanpa sokongan dari mana mana prosedur lain. Ianya bergantung kepada kepada komitmen pihak pengurusan sesebuah syarikat dan sokongan sistem kukuh seperti pensjilan GMP (Good Manufacturing Product) dan GHP (Good Hygiene Practice) .

Berikut merupakan rajah sistem keselamatan makanan yang diamalkan di Malaysia

Antara kelebihan yang diperolehi oleh pengusaha yang mendapat persijilan HACCP adalah mendapat keutamaan dalam permohonan sijil kesihatan bertujuan untuk eksport. Proses permohonan dipendekkan kepada 3 hari sahaja berbanding 21 hari (bagi pemohon yang tidak mempunyai sijil HACCP KKM. Ianya juga sebagai salah satu syarat utama untuk mendapatkan No. EU bagi tujuan eksport ke EU. Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, Heat Process Meat Certificate dan lain-lain. Selain dari itu, ianya menguatkan sokongan kepada sistem jaminan kualiti lain seperti ISO dan HALAL dan setrusnya pengusaha dapat bersaing dengan Negara Negara lain dalam pasaran makanan global.

KRITERIA PERMOHONAN

Pemohon perlulah mempunyai ciri ciri berikut untuk memohon pensijilan HACCP seperti mempunyai premis perniagaan yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Kedua dua syarat diatas adalah syarat minimum yang perlu dipatuhi oleh pengusaha dan telah didokumentasikan.

Manual HACCP boleh digunakan dengan kandungan minimum seperti yang dinyatakan didalam lampiran. Manual tersebut ditandatangani dan bertarikh semasa oleh pihak pengurusan syarikat dan tanggungjawab eksekutif. Pengusaha akan melaksanakan sistem HACCP berdasarkan Standard Malaysia MS 1480:1999 dan apa-apa keperluan lain yang dikenakan oleh negara pengimport / Negara dan ianya telah dilaksanakan tiga bulan sebelum permohonan dilakukan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi Borang permohonan yang ditetapkan MCD HACCP App (1/100) dan dihantar kepada: PENGARAH, KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, ARAS 3, BLOK E7, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62590 WILAYAH PUTRAJAYA, MALAYSIA.

Pihak KKM akan membuat semakan keatas borang permohonan tersebut dan pemohona perlu memastikan kesemua dokumen yang diminta dilampirkan bersama borang permohonan. Setelah itu, pihak KKM akan meminta pemohon untuk membuat pembayaran yuran. Pembayaran dibayar kepada “Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia’. Tambang, makanan, penginapan, perbatuan dan kos lain akan ditanggung oleh juruaudit untuk audit pematuhan dan audit susulan di lokasi akan ditanggung oleh syarikat.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in HACCP and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply