Good Manufacturing Practise (GMP)

GMP(Good Manufacturing Practise) adalah suatu sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai suatu pengikhtirafan kepada pengusaha premis makanan samada yang terlibat dalam proses pemprosessan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan.

Ianya juga prsyarat utama bagi setiap pengusaha makanan sebelum mendapatkan sijil HACCP (Analisis Bahaya & Titik Kawalan Kritikal) yang diperkenalkan oleh KKM sejak tahun 1998.

Tujuan utama sijil GMP ini diperkenal oleh pihak kerajaan adalah untuk membantu industri makanan Negara untuk mencapai piawaian pengeluaran makanan yang lebih tinggi seterusnya memenuhi kehendak keselamatan Negara dan kehendak Negara.

Faedah yang akan diperolehi oleh pengusaha sekiranya memiliki atau lulus sijil GMP ini seperti berikut:

1. Memudahkan syarikat untuk mendapatkan sijil kesihatan untuk mengeksport makanan dan produk ke luar negara
2. Meluaskan pasaran pengusaha
3. Meningkatkan lagi keyakinan pengunaan kepada produk atau makanan yang dimakan kerana ianya 100 peratus telah diluluskan keselamatan oleh pihak kerajaan
4. Memudahkan pengusaha untuk mendapatkan insentif kewangan. Pihak bank tidak akan ragu ragu memberikan bantuan pinjaman kepada pengusaha yang telah memiliki sijil GMP

SYARAT SYARAT PERMOHONAN

Pengusaha perlulah memenuhi syarat syarat berikut sebelum memohon sijil GMP:

1. Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
2. Syarikat juga semestinya perlu mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan atau mana mana agensi berkaitan.
3. Pengusaha juga perlu mempunyai premis operasi asing daripada rumah kediaman.
4. Pengusaha mempunyai manual GMP dengan kandungan minuman seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian
5. Pengusaha telah melaksana dan mengimplimentasikan program GMP di premis pengusaha sekurang kurangnya 2 bulan sebelum mengemukakan permohonan

KAEDAH PERMOHONAN

Pengusaha boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang SGMP1-1/06 daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (KKM).

Borang perlu dilengkapkan dengan pelbagai lampiran yang diminta dan dihantar bersama 2 salinan manual GMP ke alamat berikut:

Pengarah, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Bersama dengan bayaran kos seperti berikut:

Setelah permohonan dikemukakan, pihak kementerian akan membuat semakan borang permohonan. Sekiranya borang permohonan tiada masalah ianya akan melalui fasa audit pematuhan dan audit pemantauan dan seterusnya jawatanskuasa pensijilan GMP akan menilai semula berdasarkan audit yang telah dilakukan mengikut standard prosedur skim sijil GMP yang telah ditetapkan.

Tempoh sah laku sijil GMP adalah selama 3 tahun dan ianya boleh diperbaharui dengan mengemukakan borang pembaharuan dan bayaran pembaharuan sijil.

Sijil boleh terbatal bila bila masa jika didapati pengusaha melanggar syarat yang ditetapkan.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in GMP, Pemprosesan Makanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply