PENANAMAN TEMBAKAU

Tembakau ialah sejenis tanaman herba yang banyak ditanam di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Tok Bali, Kelantan. Di Malaysia, penanaman tembakau dan pengedaran dikawal oleh Lembaga Tembakau dan Kenaf Negera (LTKN) di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.LTKN ditubuhkan pada 2009 bertanggungjawab untuk membangunkan tanaman kenaf sebagai tanaman komoditi baru bagi menggantikan tanaman tembakau kerana tembakau merupakan tanaman jangka pendek dan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi kepada pengusaha atau pekebun tembakau.

Nama sainstifik tembakau adalah Nicotiana tabacum dan Nicotiana rustica berasal dari keluarga Solanaceae. Nicotiana tabacum mempunyai kandungan nakotin sebanyak 16% manakala Nicotiana rustica digunakan sebagai bahan ekstrak dalam pembuatan alkaloid untuk ubat ubatan dan racun serangga. mempunyai yang mempunyai daun yeng lebar (2-30cm) dan besar berwarna hijau bergantung kepada jenis tembakau.

Tembakau mengandungi nikotin dimana ianya adalah bahan utama bertindak sebagai peransang kepada jantung dan organ lain. Ia juga merupakan bahan utama untuk membuat rokok atau cerut dimana daun tembakau yang dikeringkan akan dimampatkan di dalam rokok atau cerut. Syarikat pembuat rokok akan menambah perisa seperti madu, likoris, mentol (rasa dingin), gliserin (kekalkan kelembapan) dan gula ke dalam campuran tembakau bagi membuatkan rasa rokok lebih sedap. Jumlah kandungan nikotin di dalam sebatang rokok yang padat menyebabkan rasa ketagihan dan ianya berbahaya untuk kesihatan manusia dan persekitarannya.

ASAL USUL TEMBAKAU

Tembakau dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Utara. Disekitar tahun 1990-an, masyrakat orang asli Amerika telah mula menjadikan tembakau sebagai bahan utama dan diletakkan di dalam paip dan menghisapnya. Pada tahun 1492, Pelayar pertama dunia iaitu Sir Christopher Columbus telah membawa biji benih tembakau ke Eropah dan ditanam di ladang.

Proses penjelajahan dan pelayaran pedagang pedagang Eropah ke Asia pada abad ke-19 telah menyebabkan tembakau dibawa masuk dan ditanam di Asia Tenggara dan Sabah terutamanya. Tempoh tanaman yang amat singkat dan nilai pasaran yang tinggi menyebabkan ianya menjadi pilihan peladang. Selain itu, tembakau mudah hidup di atas pelbagai jenis tanah terutama yang mempunyai saliran pengaliran yang baik. Pada tahun 1931, tembakau jenis Virginia ditanam di plot Ladang Penyelidikan di Serdang Selangor namun hasilnya agak tidak memuaskan kerana keadaan Perang Dunia Kedua yang melumpuhkan pertumbuhan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu. Setelah tamat perang, tanaman tembakau ditanam secara meluas di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang secara komersial manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Johor secara kecil-kecilan.

CIRI MORFOLOGI TEMBAKAU

Pokok tembakau tumbuh dengan ketinggian 1 hingga 2 meter sahaja dan ianya mempunyai batang hijau yang lembut. Ianya mempunyai akar tunjang dan tumbuh tegak dari dalam tanah sepanjang 50 – 70cm. Daun tembakau mempunyai tulang yang menyirip dan tepi daun yang bergelombang serta licin.1 pokok tembakau mempunyai 28 hingga 32 helai daun.

Berikut merupakan ciri perbezaan antara Nicotiana tabacum dan Nicotiana rustica

PENANAMAN TEMBAKAU

Pokok tembakau adalah tanaman satu musim dengan tempoh tanaman yang singkat kira kira 4 bulan sahaja. Dimana anak benih akan ditabur pada bulan Disember dan daun tembakau akan masak dalam bulan Mac. Pokok tembakau yang sihat dan matang boleh menghasilkan kira kira sejuta biji benih tembakau setiap tahun bagi membekalkan 40 hektar tembakau.

Di Kelantan, LTKN akan memberikan kuota penanaman kepada peladang sebagai kebenaran untuk menanam tembakau ianya bagi memastikan hasil daun tembakau yang kering berkualiti dan mempunyai jaminan pasaran. Kawasan Tok Bali dan Bachok adalah kawasan utama penanaman tembakau yang mempunyai jenis tanah liat berpasir.

Benih tembakau akan disemai di atas tanah semaian selama 12 minggu sebelum dipindahkan ke atas batas di plot tanaman. Pada ketika ini, anak pokok tembakau mempunyai ketinggian disekitar 15cm hingga 20cm dengan kepadatan daun hijau sebanyak 20 hingga 22 helai. Penyediaan batas amatlah penting bagi mengelakkan akar pokok tembakau terendam ketika musim hujan lebat melanda. Pokok tembakau akan disiram dengan air di waktu pagi dan petang.

Ketika tempoh matang, pokok tembakau mempunyai 28 hingga 32 daun yang lebar dan besar mengikut varieti yang ditanam. Daun tembakau akan dikutip, diasingkan dan dikeringkan di bangsal pengeringan.
Daun tembakau akan melalui proses pengilasan (menyusun) dan diikat pangkalnya dengan tali raffia. Kemudian, tembakau akan dimasukkan ke dalam bilik pengawetan menggunakan serombong corong yang mengambil masa 5 hingga 7 hari.

Kemudian, daun tembakau yang telah benar benar kering akan diikat dan ianya akan melalui proses pengredan. Tembakau mempunyai gred 1 hingga gred 8 mengikut keperluan syarikat penghasil rokok.
Harga pasaran bagi gred 1 adalah kira kira RM 14 hingga RM 15 sekilogram.

Musuh utama tanaman tembakau adalah reput hitam akar dan shank hitam. Selain itu, ulat kudup, kumbang pinjal, belalang dan lain serangga juga sering dijumpai di daun pokok tembakau. Amalan penggiliran tanaman dan amalan pengurusan yang baik patut diamalkan oleh pengusaha ladang tembakau bagi menggelakan tanaman dimusnahkan oleh serangga dan terkena pelbagai jenis penyakit.

This entry was posted in tembakau and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply