TEKNIK PENGUKUSAN BONGKAH CENDAWAN

Selepas MAHA 2016 berlalu saya rasa semakin ramai orang berminat untuk menanam cendawan seperti cendawan tiram kelabu, kukur atau sisir serta jerami padi.

Artikel kali ini kami tumpukan kepada pengurusan cendawan tiram kelabu. Pada artikel lain kita akan mendalami cendawan lain-lain.

Penanaman cendawan tiram kelabu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian atau proses iaitu;

1) Penyediaan Bongkah
2) Pengukusan
3) Penyuntikan benih cendawan
4) Pemeraman
5) Penuaian hasil cendawan

Artikel kali ini kita kasi story berkaitan TEKNIK PENGUKUSAN BONGKAH CENDAWAN

Kenapa teknik pengurusan tidak pada bahagian proses yang lain?

Proses pengukusan bongkah cendawan adalah kritikal.

Pada proses ini bongkah dibasmi atau disteril daripada sebarang spora, kulat atau mikroorganisma.

Jika bongkah tidak disteril dengan betul alamatnya, bongkah akan tercemar selepas benih cendawan dimasukkan.

Saya perhatikan ramai pengusaha cendawan mengalami kerugian pada proses pengukusan ini.

Ada pengusaha yang terlebih masa kukus mengakibatkan kos yang tinggi untuk bahan api terutama kos gas.

Ada juga pengusaha yang terkurang masa kukus, yang mengakibatkan banyak bongkah rosak dan tercemar, sekaligus menyebabkan kerugian.

Jadi apakah penyelesaian yang terbaik?

Ya. Gunakan suhu dan tempoh pengukusan yang optima.

Jangka suhu atau temperature gauge adalah penting dan wajib ada pada setiap mesin pengukus.

Ini bagi mengetahui suhu maksima yang boleh dicapaikan oleh mesin pengukus kita.

Ini bermakna selepas suhu maksima dicapai, suhu di dalam mesin pengukus kita tidak boleh naik lagi.

Lain mesin pengukus lain suhu maksimanya.

Sebagai contoh jika mesin pengukus hanya mampu mencapai suhu maksima 80° – 90°, maka tempoh pengukusan adalah 8 jam.

Tempoh pengukusan 8 jam ini dikira setelah suhu di dalam mesin pengukus mencapai suhu 80° – 90°.

Dan bukan dikira daripada masa api atau sumber bahan bakar dihidup.

Selamat mengukus bongkah cendawan.

This entry was posted in Cendawan and tagged , . Bookmark the permalink.