POKOK KETUM

Pokok ketum adalah tanaman herba yang juga dikenali sebagai Pokok Biak. Ianya banyak ditanam di Afrika, Utara dan Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand. Di Thailand, pokok ketum dipanggil dengan nama Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat dikenali sebagai Kratom.

Secara tradisi, pokok ketum digunakan dalam perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi kaum wanita selepas bersalin dengan meminum air rebus daun tersebut. Antara kesan utamanya ialah ia akan merawat sakit belakang, melancarkan perjalanan darah dan mengeluarkan angin dari badan.

Nama botani bagi ketum ialah Mitragyna speciosa korth yang berasal dari keluarga Rubiaceae. Melalui pemerhatian ahli botanical, terdapat 2 jenis daun ketum. Ianya boleh dibezakan berdasarkan warna dan urat yang terdapat di daun ketum.

1. Warna daun hijau dan urat daun juga berwarna hijau
2. Warna daun hijau tua dan mempunyai urat daun berwarna merah

Pengamal perubatan tradisional mengatakan daun ketum yang mempunyai urat berwarna merah dikatakan lebih mujarab dan berkhasiat.

CARA PENANAMAN POKOK KETUM

Terdapat 2 keadah untuk menanam pokok ketum iaitu keadah semaian biji benih ketum dan kaedah keratan batang.

Biji benih pokok ketum akan disemai di dalam bekas semaian dan disiram dengan air kosong seperti semaian pokok herba yang lain. Selepas 2 minggu, anak pokok ketum yang telah bercambah boleh dipindahkan ke atas plot tanaman.

Keadah keratan batang pokok ketum pula dilakukan dengan memotong bahagian batang induk pokok ketum yang telah mencapai usia matang.

Pokok ketum dikatakan jenis tanaman yang mudah biak dan tumbuh liar di dalam hutan atau semak.

PERMINTAAN EKSPORT TINGGI DAUN KETUM

Daun ketum menjadi permintaan tinggi daripada Syarikat farmasi dari negara Amerika Syarikat dan Eropah. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam daun ketum sangat membantu dalam industri farmaseutikal (pembuatan ubat ubatan). Malah dikatakan, kajian dari mereka daun ketum boleh menjasi penawar sampingan untuk merawat penyakit kronik seperti kanser dan diabetes.

Pengerusi RISDA , Datuk Zahidi Zainul Abidin menganggarkan pendapatan RM 1 000.00 bagi setiap 0.4 hektar tanaman dalam tempoh tuaian selama 6 bulan sahaja.

CARA REBUSAN AIR KETUM BAGI TUJUAN PERUBATAN ALTERNATIF

Pengamal tradisional akan memilih hanya pucuk daum ketum. Pucuk baru ketum yang dipetik akan dibersihkan dengan air bersih sebelum di ramas dan dicarik carik menjadi helaian daun yang kecil. Bertujuan agar kandungan nutrient di dalam daun boleh diserap dan dikeluarkan semasa direbus

Daun tersebut akan direbus dengan kandungan air yang sedikit supaya hasil air rebusan lebih pekat dan sehingga berubah menjadi warna hijau keruh. Daun ketum akan direbus selama 2 jam dan dibiarkan sejuk sebelum ditapis. Tarikh luput air rebusan daun ketum adalah 3 hari sahaja.

KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN AIR KETUM

Penyalahgunaan ketum berlaku apabila daun ketum direbus dan kemudian air rebusan tersebut akan dicampur dengan bahan cemar yang lain seperti tembakau, alcohol, kafein, ubat khayal, ubat nyamuk, ubat batuk , ubat demam seperti tramadol dan panadol. Dipercayai pengambilan air ketum akan yang memberikan kesan sampingan seperti tidak mengantuk dan rasa lebih segar.

Pelbagai kajian perubatan telah dilakukan terhadap kesan pengambilan air ketum secara berlebihan. Ianya akan menyebabkan penyusutan berat badan, insomnia, aneroksia, kekeringan bibir, sembelit dan mengalami kesan terbakar di muka dan pipi. Selain itu, ia akan menyebabkan rasa kurang bermotivasi, tidak mahu bergaul, kemurungan, halusinasi dan tekanan (stress).

Bahan aktif didalam daun ketum yang dikenali sebagai mitragininnya juga akan menyebabkan seseorang itu rasa ketagih seperti pengambilan ganja, rokok dan tembakau. Ianya membahayakan kepada pengguna terutama remaja dan belia muda.

BANTAHAN PENANAMAN KETUM SECARA KOMERSIAL

Cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada 28 Julai 2016 kepada kerajaan supaya penanaman daun ketum secara komersial dilakukan bagi memenuhi pasaran farmaseutikal diluar Negara mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Rata rata rakyat dan para Menteri Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan tersebut walaupun ianya boleh dijadikan alat serampang dua mata. Obejektif cadangan tersebut bertujuan membantu pasaran eksport dan menambah pendapatan pekebun kecil getah.

Bantahan tersebut ekoran daripada terdapat pelbagai penyalahgunaan daun ketum dalam bidang ubatan alternatif dan tradisonal dan rampasan daun ketum kering yang memasuki pasaran gelap yang melepasi sempadan Negara. Pokok ketum telah disenaraikan sebagai bahan terlarang sejak tahun 2003. Penggunaan daum ketum diletakkan dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mensabitkan denda maksimum RM 10 000, penjara maksimum empat tahun atau kedua duanya sekali.

Bantahan harus diambil perhatian mengenai penanaman pokok ketum dalam kuantiti yang banyak. Pihak berkuasa melahirkan rasa khuatir tentang cadangan dari RISDA tersebut, dimana risau ianya akan memberikan keuntungan kepada satu pihak sahaja manakala seluruh rakyat akan mengalami kesan jangka panjang seterusnya akan memberikan impak negatif kepada struktur sosial masyarakat dan bangsa Malaysia. Ianya juga akan menambah bilangan penagih dadah dan ganja di Malaysia sekaligus menyebabkan masalah sosial akan meningkat.

Pelbagai penyelidikan yang mendalam dilakukan sebelum cadangan penanaman pokok ketum secara komersial dilaksanakan. Pelbagai kesan mudarat yang boleh didapati di atas penyalahgunaan daun ketum walaupun pada asalnya daum ketum digunakan untuk tujuan perubatan tradisional

This entry was posted in Ketum and tagged , . Bookmark the permalink.