SIJIL HALAL

Pemegang sijil halal adalah terbuka terbuka kepada pengusaha islam dan bukan islam Tiada paksaan daripada mana mana pihak berkuasa yang mewajibkan setiap pengusaha makanan untuk memiliki sijil berkenaan. Akan tetapi sekiranya penguasaha makanan memiliki sijil halal, ianya menambah keyakinan pengguna terutama yang beragama islam untuk menikmati produk atau makanan pengusaha tersebut tanpa apa apa syak wasangka.
Tiada peraturan yang mewajibkan semua pengusaha makanan memiliki sijil halal daripada JAKIM dan ini bermakna pihak JAKIM tidak boleh sewenang wenangnya mengishtiharkan pengharaman sesuatu produk. Akan tetapi, semua umat islam digalakkan untuk mencari yang halal dan toyyiban. Ianya meliputi aspek kebersihan dan kesucian semasa proses penyediaan produk atau makanan.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Bahagian Hub Halal adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil halal kepada penguasa makanan dan juga rumah sembelihan. Sijil halal boleh dimohon oleh pengusaha seperti pengeluar atau pengilang produk, pengeluar sub-kontrak, penguasaha pembungkusan semula makanan, premis makanan, premis sembelihan, farmaseutikal dan pihak logistik (pengangkutan dan pengudangan).

Tujuan utama pensijilan halal adalah untuk menjaga kemaslahatan agama yang seringkali menimbulkan kekeliruan dan membawa persepsi yang buruk terutama kepada mereka yang beragama islam. Tidak semua makanan yang tidak mempunyai sijil halal itu adalah haram dan akan tetapi bahan bahan yang telah diharamkan oleh ALLAH SWT seperti lemak babi kekal haram walaupun ianya digunakan dalam kuantiti yang sedikit.

Undang undang yang boleh disabitkan sekiranya berlaku ketidak patuhan sijil halal ialah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor), 1995 dan Akta Perihal Dagangan 2011; 1. Perintah Perihal Dagangan : Takrif Halal, 2011 2. Perihal Perihal Dagangan: Perakuan dan Penandaan Halal, 2011.

CIRI CIRI LOGO HALAL

Berikut merupakan spesifikasi logo halal yang telah didaftarkan dibawah Akta Cap Dagangan 1976:
1. Logo berwarna putih dan hitam
2. Bintang berbucu lapan ditengah tengah bulatan
3. Tulisan rumi dan Arab “HALAL”
4. Bulatan logo tertulis perkataan “MALAYSIA” dalam tulisan rumi dan arab
5. 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan arab

KRITERIA PEMOHON

Pemohon sijil halal perlulah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen perniagaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan. Operasi pengeluaran pihak syarikat perlulah terus beroperasi sekurang kurangnya 6 bulan sebelum permohonan dilakukan.

Produk yang dikeluarkan oleh pihak pemohon mestilah berkaitan barangan yang halal samada dari bahan mentah ataupun ramuan yang dibekalkan oleh pengeluar bahan bahan halal. Sijil halal yang diminta mestilah meliputi kesemua produk yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar bukan hanya pada produk produk tertentu sahaja.

Pekerja tidak dibenarkan untuk tinggal di premis operasi, dan sekiranya perlu kawasan penempatan perlulah diasingkan daripada kawasan operasi dan seharusnya ianya memerlukan mekanisme pengawalan keluar masuk pekerja. Pekerja perlulah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kebersihan yang baik dan menjada kebersihan dan sanitasi kawasan operasi.

Bagi pemohonan yang terlibat dalam implikasi negatif kepada agama seperti makanan dipusat hiburan, pusat karaoke, dadah, pewarna rambut dan pewarna kuku adalah pemohonan yang akan ditolak kerana secara terang terangan ianya telah menyumbang ke arah pandangan masyarakat kepada institusi social yang tidak berfaedah.

PROSEDUR PEMOHONAN SIJIL HALAL

Pemohon perlulah mengisi borang secara on-line dalam sistem e-halal daripada pihak JAKIM di laman sesawang www.halal.gov.my. Setelah segala butiran maklumat dihantar secara online, pemohon perlu pencetak salinan permohonan itu dan mengemukakan dokumen sokongan yang diminta kepada pihak JAKIM dalam masa 5 hari (hari bekerja).

Pihak JAKIM akan membuat semakan terhadap borang dan dokumen sokongan yang dihantar. Sekiranya lulus, pihak JAKIM akan mengeluarkan surat arahan pembayaran fi pensijilan halal dan jika gagal, tiada apa apa surat yang akan dikeluarkan. Ianya bermakna permohonan telah tertolak secara automatik. Fi yang dikenakan untuk tempoh dua tahun kecuali permohanan rumah sembelihan (1 tahun sahaja). Pembayaran dibentuk dalam bentuk wang posatau darf bank kepada pihak JAKIM.

Setelah pembayaran fi pensijilan halal telah dibayar oleh pemohonan, satu audit akan dilakukan oleh pegawai auditor JAKIM atau JAIS. Mereka akan membuat lawatan dan pemantauan ke atas premis perniagaan pemohon sama ada menepati syarat syarat yang melayakkan pemohonan untuk mendapatkan sijil halal atau tidak. Lawatan dan penguatkuasaan dilakukan secara mengejut dan pengawai pemeriksa akan meninggalkan satu salinan notis pemantauan kepada syarikat pengusaha.

Pihak Jawatankuasa Pengesahan Halal Negeri Selangor yang akan menilai permohonan pengusaha premis selepas laporan audit dibentangkan. Pihak Jawatankuasa Halal ini akan membuat keputusan sama ada pemohonan layak untuk diberikan sijil halal atau tidak. Sekiranya lulus, sijil halal akan dikeluarkan.

Sijil halal akan ditarik secara automatik sekiranya pengusaha teribat dengan kesalahan serius yang melibatkan kesalahan syariah dan kesalahan teknikal seperti penglibatan bahan bahan haram, penglibatan dan percampuran antara bahan halal dan halal dalam 1 bekas simpanan. Kesalahan teknikal pula melibatkan proses perpindahan alamat premis atau kilang tanpa pengetahuan pihak JAKIM. Selain itu, menggunakan bahan terlarang yang telah dikuatkuasakan dibawah Akta Makanan dan Undang Undang berkaitan juga boleh menyebabkan sijil Halal yang diperolehi boleh terbatal secara automatik.

Pihak JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Jika didapati mereka melanggar mana-mana peraturan termasuk tidak halal dan tayyib, maka sijil mereka boleh digantung dan seterusnya ditarik pada bila bila masa (Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia)

This entry was posted in HALAL and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to SIJIL HALAL

  1. Assalamualykum, tuan. Di mana boleh saya dapatkan senarai peladang yang sudah mempunyai sijil SOM ya? Penat pusing-pusing di laman web gov, tak jumpa. Cuma dapat jumpa info 2009 di http://jumatmajid.blogspot.my/2009/03/senarai-operator-organik-dengan-sijil.html & di http://www.organicmalaysia.com.my