PENANAMAN JAGUNG MANIS

Jagung sejenis tanaman monoeciuos dimana bunga jantan dan bunga betina tumbuhan ini terpisah dalam satu tanaman. Jagung adalah tanaman buah buahan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia terutama kanak kanak kerana rasanya yang manis dan enak apabila direbus. Ianya mempunyai tongkol yang keras manakala butir biji jagung berwarna kuning yang tersusun elok menarik perhatian sesiapa sahaja untuk menikmatinya. Isi jagung boleh dinikmati dengan cara merebus atau dibakar tongkolnya. Aroma yang terhasil sangat membuka selera sesiapa yang dapat menghidu keharuman bau jagung tersebut.

Jagung merupakan tanaman jangka pendek dan singkat dimana tempoh tanaman dan tuaian disekitar 68 hingga 72 hari sahaja. Satu pokok jagung boleh menghasil 2 atau 3 tongkol jagung yang diselaputi helaian lapisa daun berwarna hijau dan dihujung pangkal tongkol jagung mempunyai rerambut halus yang berwarna coklat kekuningan. Di Malaysia, negeri Johor, Selangor, Perak dan Pahang merupakan kawasan penanaman jagung dan negeri Johor mengeluarkan 35% pengeluaran buah jagung manis.

Jagung adalah dari keluarga Zea dan dari spesis Zea may spp Mexicana. Kebanyakkan benih jagung yang ditanam di Malaysia adalah jenis kacukan atau hybrid dari varieti mas madu, manis madu dan Thai Superweet.

Berikut merupakan ciri ciri keterangan mengenai jenis varieti jagung:

CIRI CIRI MORFOLOGI TANAMAN JAGUNG

Jagung adalah tanaman yang mempunyai batang tegak setinggi 120cm hingga 150cm dan beruas- ruas. Di dalam ruas batang jagung terdapat pelepah daus yang berlapis lapis dan batang jagung tidak mempunyai lignin. Daun jagung berwana hijau muda pada usia muda dan warna hijau tua pada saat tempoh matang berbentuk panjang. Pada daun jagung terdapat tulang keras dan terdapat bulu halus dipermukaan daun itu. Pada daun tersebut ada sel stomata dikelilingi sel-sel epidermis yang berbentuk seperti kipas.

Akar pokok jagung adalah jenis akar serabut sepanjang 2 meter di dalam tanah. Akar adventif dari buku buku tanaman jagung di bahagian bawah membantuk pokok jagung untuk tumbuh tegak. Hanya satu tongkol jagung yang produktif menghasilkan buah yang diselaputi dengan daun jagung yang berlapis lapis

PENYEDIAAN TANAH DAN PERSIAPAN BIJI BENIH

Bagi 1 hektar kawasan tanah, ianya boleh menghasilkan 40 000 tongkol jagung. Jagung boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah. Kawasan tersebut perlulah mendapat cahaya matahari selama lebih 6 jam bagi memastikan tumbesaran pokok jagung berjalan dengan baik.

Pengaliran saliran yang baik diperlukan untuk pengaliran air lebihan sekiranya hujan dan air tidak bertakung disekitar pokok. Bagi kawasan yang sering terendam dengan air hujan atau banjir, batas setinggi 15 – 20 cm bolehlah disediakan bagi mengelakkan anak pokok terendam dengan air.

pH tanah bagi tanaman jagung adalah disekitar 5.5 hingga 6.5. Kawasan tanah tidak perlu terlalu masam dan pengapuran tanah perlu dilakukan sekiranya pH tanah rendah. Kapur perlu digaul selepas ianya dibajak dan digembur sedalam 15 hingga 25cm.

Biji benih jagung boleh didapatkan dari kedai pertanian atau mana mana agensi yang menjual benih jagung. 10 kg biji benih jagung diperlukan untuk 1 hektar kawasan penanaman. Biji benih tersebut perlu direndam selama 1 jam di dalam air biasa dan kemudian dicampurkan dengan racun kulat seperti Thiram sebelum dibawa ke ladang. Lubang biji benih jagung dibuat menggunakan tugal dan 1 atau 2 biji benih dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan dikambus dengan tanah. Tanah tersebut perlu disiram 2 kali sekali pagi dan petang. Sistem pengairan jenis renjis sesuai digunakan bagi tanaman jagung dan perancangan yang baik perlu dilakukan sekiranya ingin menanam jagung semasa musim hujan.

PEMBAJAAN

Baja yang sesuai digunakan untuk tanaman jagung adalah baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400kg. baja ini dijadikan baja asas dan ditabur disekeliling pokok. Manakala baja urea dijadikan baja tambahan yang akan ditabur pada hari ke 30 hingga 35 selepas tanam sebanyak 130 kg sehektar. Nutrient yang diperlukan telah cukup bagi tanaman jagung ini. Racun pracambah seperti Atrazine digunkan sebaik sahaja baja asas ditabur. Rumput yang tumbuh disekitar pangkal batang pokok dicabut secara manual.

PENYAKIT & SERANGAN MAKLUK PEROSAK

Pokok jagung sering mengalami penyakit seperti hawar daun, busuk pelepah, karat daun, busuk tongkol dan virus.

Penyakit hawar daun boleh dilihat pada daun jagung terdapat tompokan coklat muda bersaiz 2.5cm yang menyerang daun muda yang menyebabkan daun kekeringan. Ianya disebabkan oleh kulat yang mudah merebak terutama semasa cuaca lembap. Cara kawalan ialah merawat biji benih jagung dengan racun kulat Thiram dan mengamalkan tanaman giliran.

Pada daun tua pula terkena penyakit karat apabila daun itu dilitupi dengan spora keperangan. Ianya boleh dikawal dengan mengaplikasikan rendaman biji benih dengan racun kulat dan membakar semua sisa jagung selepas dituai.

Penyakit busuk tongkol boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha jagung. Tongkol jagung akan membengkak warna putih dan mengandungi spora berwarna coklat kehitaman atau dikenali sebagai smut. Kawalan seperti rendaman biji benih dengan racun kulat membantu masalah penyakit busuk tongkol. Musnahkan semua pokok dan tongkol jagung yangterkena penyakit.

Serangga seperti siput dan ulat pengorek batang sering kelihatan di pokok jagung. Larva akan memakan daun dan menghisap cecair di dalam batang menyebabkan pertumbuhan akan terbantut. Ulat cob borer pula akan menyerang semasa peringkat pembungaan dan buah. Ianya akan menebuk tongkol jagung dan tinggal di dalamnya. Cara kawalan ialah dengan menggunakan semburan Endosulfan dan Phenthoate sebulan selepas penanaman setiap 2 minggu jika perlu.

TUAIAN

Tanda utama tempoh matang tanaman jagung adalah apabila rerambut buah jagung mulai kering dan hitam. Tongkol jagung akan dikerat dan dikumpulkan di dalam bakul dan pokok jagung akan ditebang.
Bagi 1 hektar tanah sebanyak 40 000 tongkol jagung boleh dituai. Ianya boleh dijual segar atau dihantar ke kilang pemprosessan untuk diproses sebagai jagung sejuk beku.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Jagung and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply