PENGGUNAAN BAJA FOLIAR

Baja foliar adalah baja yang larut dalam air kosong dan disembur ke anak pokok dalam bentuk cecair. Ianya berbeza dengan baja butir yang sering digunakan oleh pengusaha kebun sayur. Apabila semburan dilakukan, baja tersebut akan memasuki daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata. Kadar keberkesanan penggunaan baja foliar adalah tinggi berbanding baja biasa kerana sentuhan fizikal baja ke sel tumbuhan berlaku sepenuhnya.



Terdapat 2 jenis baja foliar iaitu baja foliar bukan organik dan baja foliar organik. Baja foliar organik ialah baja yang telah dicampurkan bahan nutrient dari sumber lautan dan diformulasikan dalam bentuk mudah serap oleh tumbuhan manakalan baja foliar bukan organik merupakan campuran unsur nitrogen, kalsium, boron, ferum, potassium yang disediakan oleh pihak pengeluar baja dalam bentuk cecair berkepekatan tinggi dan mudah serap oleh akar dan daun anak pokok.

Secara umumnya kesan utama penggunaan baja foliar adalah ianya akan meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan.. Kadar resapan nutrien pada anak pokok juga cepat dan tinggi sekaligus ianya boleh memberi penyelesaian kepada masalah kekurangan zat nutrient seperti kekurangan kalsium, ferum dan potassium yang akhirnya menyebabkan pokok layu, kekuningan dan akhirnya mati.

2 jenis baja foliar bukan organik yang disyorkan oleh pihak myagri.com.my iaitu SUPER CAL: CALCIUM BORON dan SUPER POWER K. kedua dua baja ini menggunakan teknologi daripada Thailand dan dipaternkan di Malaysia.

i. SUPER CAL: CALCIUM BORON

Baja foliar jenis cecair yang diformulasikan dengan nutrien yang sempurna dan seimbang untuk meningkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuhan. Kandungan utama adalah 25 peratus unsur kalsium, 10 peratus unsur boron, 64 peratus bahan lengai nano universal.

Unsur kimia yang terkandung didalam baja foliar Super Cal: Calcium Boron ini sesuai untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok, menggalakkan pengeluaran bunga dan menguatkan tangkai buah, mengurangkan kadar kekurangan kalsium & boron dan meningkatkan hasil tanaman. Hampir keseluruhan tanaman akan mengalami masalah kekurangan unsur kalsium dan boron terutama pada musim hujan.

“Akibat kekurangan unsur kalsium tumbuhan akan menunjukkan kesan seperti kekeringan dibahagian tepi daun, layu dan akhirnya mati. Bahagian kuntum bunga dan putik akan gugur sebelum sampai tempoh matang manakala kekurangan unsur boron boleh menyebabkan daun muda berkedut dan bengkok. Daun anak pokok kelihatan layu dan tidak segar”.

Baja foliar Super Cal: Calcium Boron sesuai diaplikasikan kepada tanaman cili kulai, cili padi, tomato, timun, terung dan lain-lain sayuran berbuah. Ianya mesra alam dan tidak berbau.

Semburan ke daun anak pokok boleh dilakukan seawal minggu ke 3 selepas pemindahan anak pokok ke polibeg. Baja foliar Super Cal: Calcium Boron disyorkan penggunaannya seawal peringkat pendebungaan. Sukatan yang diperlukan untuk semburan anak pokok adalah 30ml baja foliar Super Cal: Calcium Boron dicampurkan dengan 20 liter air kosong. Harga jualan adalah disekitar RM 25.00 / 1 Liter.

ii. SUPER POWER K

Baja foliar Super K ini diformulasikan dari unsur Potassium sebanyak 46 peratus dan unsur bahan lengai nano universal sebanyak 54 peratus.

Ianya membantu mengalakkan pengeluaran bunga, menguatkan tangkai bunga dan putik, menambah kandungan brix bagi buah rock melon, memelihara kandungan kualiti buah dan sekaligus meningkatkan hasil tanaman.

Baja foliar Super Power K sesuai diaplikasikan kepada tanaman cili kulai, cili padi, melon dan rock melon, buah sayuran seperti tomato, timun, terung dan lain lain.

Applikasi penggunaan Super Power K boleh mengatasi masalah kekurangan unsur potassium. Unsur Potassium / Kalium adalah unsur yang mudah bergerak mengikut pergerakkan air atau erti kata lain mudah hilang atau tercuci dari tanah terutama pada musim hujan. Apabila Potassium / Kalium kurang di dalam tanah, maka akar pokok tidak dapat menyerap unsur tersebut ke dalam batang dan dialirkan ke daun pokok semasa proses fotosintesis. Ianya akan menyakibatkan gejala “daun kekuningan”. Sekali gus tumbuhan menjadi kerdil dan bantut serta tidak kuat apabila ditiup angin (mudah rebah).

Bagi tanaman cili kuali dan cili padi, baja foliar Super Power K boleh digunakan 7 hari sekali selepas anak pokok berbunga dan bagi tanaman rock melon pengusaha boleh menggunakkannya 7 hari sekali selepas putik buah rock melon kelihatan. Manakala bagi tanaman tomato, timun, terung dan lain lain sayuran berbuah, baja foliar jenis Super Power K ini boleh digunakan 7 hingga 10 kali sehari.

Baja foliar Super Power K boleh digunakan bersama racun serangga, racun kulat atau apa-apa racun pertanian yang sesuai. Sukatan yang disyorkan adalah 30 ml baja foliar dicairkan bersama 20 liter air kosong. Campuran tersebut disembur ke bahagian daun dan batang anak pokok. Harga jualan adalah disekitar RM 25.00 / 1 Liter.

SUPER CAL: CALCIUM BORON dan SUPER POWER K sesuai digunakan bersama dengan racun serangga, racun kulat atau racun organik.

Berikut merupakan beberapa cadangan yang sesuai diaplikasikan dalam penggunaan baja foliar supaya penggunaan baja foliar memberikan kesan baik kepada hasil tanaman:

1. Pengusaha perlu mengikut sukatan baja foliar seperti yang dicadangkan oleh pihak pengeluar kerana kepekatan baja foliar yang dibekalkan adalah tinggi. Campuran ideal 30ml baja foliar bersama 20 liter air kosong memberikan kesan terbaik. Jangan gunakan baja foliar tanpa dicairkan kerana ia akan menyebabkan kelecuran daun pada tanaman.

2. Campuran air dan gunakan pam semburan kabus (mist spray) dan disemburkan pada bahagian bawah daun dan batang pokok dan seeloknya di sembur pada awal pagi kerana pada waktu ini stomata di daun terbuka luas dan kadar penyerapan nutrient tinggi.

Untuk Maklumat Lanjut dan Tempahan, sila hubungi Eksekutif Jualan kami di talian 018 – 393 5002.

This entry was posted in Baja Foliar and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to PENGGUNAAN BAJA FOLIAR

  1. Bakri says:

    bagaimana dgn pokok sawit yang tinggi. mampukah ia meneyerap baja folia melalui batang dan akar? seseuai tak baja foliar tuan dgn pokok sawit berusia 15 tahun?