Berita Tani 21 hb Mac 2017

Jalinan Kasih Rakyat: ?FAMA sasar 1,000 usahawan – Utusan Malaysia

KANGAR 20 Mac – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berharap akan dapat membimbing sekurang-kurangnya 1,000 usahawan baharu menerusi program Jalinan Kasih Rakyat yang akan diadakan selama dua hari mulai 1 April ini di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra di sini.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, semua golongan di negeri ini dan Kedah, termasuk graduan dan bakal graduan institusi pengajian tinggi (IPT) disaran berkunjung ke program ini untuk mengambil peluang menceburi bidang Agromakanan sebagai satu perniagaan.

“Program ini bukan sahaja menyediakan pusat khidmat, malah juga klinik yang akan melibatkan semua agensi terlibat untuk memberikan penerangan lebih jelas mengenai perniagaan yang bakal dilaksanakan dan juga jenis bantuan yang boleh diperoleh,” kata­nya pada sidang akhbar di pejabat FAMA negeri, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Datuk Ali dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Program ini yang pertama kali di negara ini yang bermula di Perlis mendapat kerjasama Unit Agropreneur Muda (UAM) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Badruddin berkata, program ini secara tidak langsung untuk mengubah persepsi golongan muda supaya memilih bidang perniagaan yang sememangnya terbuka luas.

“Perniagaan juga memberikan pendapatan yang lebih lumayan berbanding dengan be­kerja makan gaji di sektor awam atau swasta,” katanya.

Badruddin berkata, sehingga kini FAMA telah berjaya melahirkan 6,000 usahawan Industri Asas Tani (IAT) di seluruh negara.

Katanya, kini pendapatan bagi usahawan bekenaan telah melepasi RM5,000 sebulan.

Beliau juga berkata, FAMA akan terus mengawal selia setiap usahawan terlibat secara ber­jadual ini sehingga mencapai pendapatan pada paras tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jalinan-kasih-rakyat-8232-fama-sasar-1-000-usahawan-1.459674#ixzz4byzr7Ap5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Berita Tani and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply