Lembu Tenusu

Ternakan Lembu Tenusu mempunyai POTENSI yang besar di Malaysia. Di Malaysia 90 peratus daripada pengeluaran susu negara dihasilkan oleh penternak kecil atau tradisional manakala selebihnya penternak komersial. Justeru itu peluang masih terbuka luas bagi usahawan untuk menceburi industri lembu tenusu ini. Kerajaan memberikan insentif kepada usahawan meningkatkan tahap pengeluaran susu cair bagi mengurangkan import. Secara puratanya seekor lembu akan mengeluarkan susu dari masa melahirkan anak sehingga ianya bunting 8 bulan. Jangka masa pengeluaran susu adalah dianggarkan lebih kurang 280 hari. Baka-baka yang diternak untuk pengeluaran susu segar di Malaysia termasuklah Mafriwal, Girlando dan Kacukan Friesian. Tetapi Lembu tenusu kacukan Friesian Sahiwal atau dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL sering menjadi pilihan pengusaha lembu tenusu. Baka ini sesuai untuk ternakan di negara ini kerana mempunyai tahap kesuburan yang baik, senang diurus dan tahan kepada cuaca panas dan kelembapan tinggi serta serangan penyakit disamping dapat menggunakan bahan makanan tempatan dengan baik.

Infrastruktur ladang Lembu Tenusu

Ladang hendaklah mempunyai jalan ladang yang baik, pemparitan dan saliran air yang baik, bekalan air bersih yang mencukupi dan kemudahan bekalan elektrik yang baik. Tetapi bagai langkah berhati – hati pengusaha perlu mempunyai generator sebagai bekalan tenaga elektrik tambahan atau simpanan. Kandang lembu tenusu hendaklah mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan, sistem longkang dan buangan yang teratur. Kandang juga perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Ruang kandang yang mengcukupi megikut jumlah lembu. Kebiasanya keperluan ruang untuk sekor lembu adalah 30 kaki persegi. Tempat makan dan minuman yang mengcukupi dengan kapasiti minima 2.5~3 kaki/ekor dan keperluan air 10 gelen air/ekor/hari serta tempat makan dan minum perlukan senang dibersihkan. Infrastruktur asas lain yang penting adalah tempat pemerahan dan kolam najis.

Pengurusan

Ternakan lembu tenusu dilakukan secara sistem semi-intensif di mana lembu dibiarkan meragut di padang ragut pada waktu siang dan di kandang pada waktu malam. Sistem semi-intensif sering dijalankan kawasan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya. Makanan tambahan seperti rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi. Manakala sistem intensif pula meletakkan Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan atau silaj dan lain-lain makanan tambahan diberikan di kandang pada selang masa tertentu. Kerja – kerja pengurusan ternakan lembu tenusu melibatkan kerja harian yang merangkumi:

1. Pengurusan ibu
2.­ Pengurusan anak
3. Pengurusan pemakanan lembu tenusu
4. Program kesihatan Ternakan Lembu Tenusu
5. Pengurusan Lembu kering susu
6. Program Pembiakan
7. Pengurusan kebersihan Permis Ternakan
8. Pengurusan Anak baru lahir
9. Pemerahan Susu
10. Kawalan Mutu Susu
11. Pemasaran Susu
12. Dokumentasi dan rekod

Pemerahan Susu

Terdapat 2 kaedah pemerahan susu yang diamalkan iaitu:

a) Manual­
– menggunakan tangan dengan teknik yang betul.
– Perlahan jika pekerja tidak mahir.
– Ianya memerlukan tenaga serta tangan perlulah bersih
– Yang paling penting susunan jari dan kaedah pemerahan perlu betul bagi menggelakkan puting susu daripada luka.

b) Mesin­
– Mesin dengan kuasa eletrik­
– Penggunaan peralatan ini memudahkan kerja tetapi mesin perlu dicuci bersih terlebih dahulu sebelum memulakan perahan.
– Anak lembu digunakan sebagai rangsangan untuk mengeluarkan susu.
– Penggunaan alatan ini lebih cepat dan puting susu perlu dicelup dengan iodine selepas proses selesai.

Proses pengeluaran susu bukanlah sesuatu yang berterusan. Susu akan keluar hasil dari rangsangan yang mencukupi. Penyusuan anak lembu merupakan rangsangan semula jadi bagi keluaran susu lembu. Rangsangan juga boleh dilakukan dengan mengurut ambing atau tetek lembu dengan air secukupnya. Kebiasaanya susu akan mulai keluar 60 saat selepas ransangan dilakukan dan perahan boleh dilakukan selepas ambing dibersihkan sebelum otot – otot tertentu mengecut dan menyukarkan kerja perahan.

Langkah­ – langkah pemerahan susu

Ikat lembu di tempat pemerahan dan kawasan memerah hendaklah bersih dari najis, debu dan segala kekotoran lain. Kebiasaanya lembu akan dimandikan terlebih dahulu serta mabing susu dibersihkan dengan dengan sanitizer (air suam/ Divisol). Lembu diberikan minuman dan diikuti dengan makanan dedak. Segala peralatan memerah seperti 2 helai tuala, sebaldi air paip bersih, sebaldi air suam panas bercampur divisol dan sebuah tong yang telah dibersihkan dengan air panas disediakan sebelum kerja – kerja perahan bermula. Peralatan ini hendaklah diletakkan jauh dari lembu dan anak dan hanya digunakan semasa pemerahan sahaja. Anak lembu digunakansebagai rangsangan sebagai pengeluaran susu dengan membiarkan anak mengisap susu sementara. Jangan sekali­ – kali memukul atau menakut – ­nakutkan lembu kerana ia akan mengurangkan pengeluarannya. Gunakan tuala untuk mencuci ambing susu dan putingnya dengan air bersih setelah itu gunakan pula air mengandungi campuran divisol. Keringkan ambing dan lakukan CMT/ RMT kepada keempat –empat puting susu (Strip cup mengesan mastitis). Kebiasaanya memerah susu dengan mesin pemerahan lebih kurang lapan minit. Puting susu dicelup dengan iodine selepas proses pemerahan berakhir. Susu kemudiaanya ditapis sebelum dihantar ke pusat jualan atau pusat pengumpulan susu. Selesai memerah susu hendaklah dikumpulkan ke dalam tong susu (churn) dengan menggunakan tapisan berupa sehelai kain putih bersih nipis. Selesai proses perahan lembu dilepaskan ke padang ragut. Tempat perahan dibersihkan. Pastikan susu yang diperah bersih dan tidak ada sebarang kekotoran terjamin mutunya. Sejukkan susu segera dan boleh dihantar untuk dijual atau diproses dengan seberapa segera.

Kongsikan!
  • 62
  •  
  •  
  •  
    62
    Shares
This entry was posted in Lembu tenusu and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply