BASIL

Ramai diantara kita yang tidak mengenal apa itu daun basil. Tanaman renek ini sangat popular bagi tukang masak di negara eropah terutama mereka yang terlibat dengan masakan barat seperti pizza margarita, pasta, salad buah, dan sup tomato.Ianya dijadikan rempah ratus utama bagi masakan masyarakat Itali. Selain dari itu, masakan dari negara Taiwan, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Laos juga menjadikan daun basil sebagai bahan rempah yang akan membangkitkan aroma sesuatu masakan. Kebiasaannya digunakan ketika segar dan ada juga dikeringkan dan lalu dibungkus untuk dipasarkan. Kebanyakkan pasaraya-pasaraya besar ada menjual daun basil ini.

Tanaman ini mudah ditanam dan boleh ditanam di dalam pasu dikawasan kediaman. Ianya tidak memerlukan kawasan yang luas. Kita boleh menanam di dalam pasu dan diletakkan di kawasan parkir atau garaj kereta sahaja. Apabila kita hendak memasak menggunakan daun basil, ianya hanya perlu dipetik, dibasuh dengan air bersih dan dimasukkan ke dalam masakan. Aroma daun basil ini pasti akan menambahkan keenakkan masakan dan menambat hati sesiapa yang menghidunya.

Daun basil atau disebut sweet basil(basilicum) berasal dari keluarga Lamiaceae (permen). Ianya dikatakan berasal dari negara India dan ditanama beribu biru tahun dahulu. Ianya juga mempunyai rasa sedikit pedas dengan bau yang agak tajam, kuat dan manis. Nama basil berasal dari Yunani dengan maksud “raja”. Tukang masak raja pada ketika untuk akan memetik segar daun basil dan dicampur ke dalam masakan lalu dihidangkan kepada raja Yunani. Aroma yang terhidu dari masakan tersebut menyebabkan raja Yunani suka kepada masakan tersebut lalu menamakan daun tersebut dengan nama basil.

MORPHOLOGY DAUN BASIL

Tumbuhan ini mempunyai ketinggian disekitar 60 hingga 70cm dengan batang yang halus pada permukaan daun. Daun basil berbentuk oval, berwarna hijau tua dan bersaiz 3 hingga 4 cm sahaja. Dipermukaan bawah daun terdapat rerambut halus berwarna jernih. Terdapat bunga kecil berwarna putih yang tersusun dalam tandan. Dikatakan bahawa apabila bunga tersebut dibiarkan hidup dan membiak, pertumbuhan daun basil akan terbantut dan kelihatan kecil. Akhirnya, pokok akan cepat tua dan mati.

PEMBIAKAN DAUN BASIL

Pokok daun basil ini boleh dibiakkan melalui biji benih. Biji benih tersebut boleh dibeli dimana mana kedai pertanian atau di pasaraya. Biji benih disemai terus di dalam tanah lembap bernutrisi lalu disiram air. Dalam masa 1 minggu, biji benih akan bercambah dan tumbuh dengan baik. Pasu tersebut perlu dialihkan pada kawasan teduhan (tidak terlalu panas) kerana pokok akan layu apabila terkena cahaya matahari secara langsung. Siraman dengan air sederhana dilakukan setiap hari bagi mengelakkan tanah menjadi kering dan tumbuhan menjadi layu. Baja tumbuhan yang sesuai boleh diletakkan pada tumbuhan supaya ianya hidup subur. Selain dari tumbuhan masakan, ianya juga boleh dijadikan landskap untuk mengindahkan permandangan. Tanaman herba lain seperti daun pudina, daun thyme, pokok rosemary juga boleh ditanam bersama sama daun basil. Dalam masa 2 bulan, sebanyak 12 ke 15 daun basil akan tumbuh pada batang tumbuhan tersebut. Ianya boleh dipetik segar dan dimasukkan ke dalam masakan.

Kongsikan!
  • 7
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares
This entry was posted in Herba and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply