PENTERNAKAN RUMPAI LAUT

Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan akuatik yang tumbuh liar di kawasan perairan yang bersih terutama di kawasan terumbu karang dan persisiran pantai yang terlindung. Ia juga dipanggil alga oleh kebanyakkan orang Borneo. Ia bersifat makroskop, multisel, dan makrotalik berbanding tumbuhan akuatik yang lain. Negeri Sabah merupakan kawasan pengeluaran rumpai laut terbesar di Malaysia. Industri penternakan rumpai laut berkembang maju dan pengeluaran rumpai laut dijangka akan mencapai 730 ribu tan metric atau 50% pengeluaran ikan negara pada tahun 2020 (Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia). Terdapat banyak rupa dan nama gelaran rumpai laut iaitu sweet, orange, red, yellow, brown, crocodile, worm, giant, black, aring dan eucheuma. Ianya berbentuk bentuk, rupa dan mempunyai rasa, tekstur, rupa yang unik dan khasiat yang berbeza beza bergantung kepada jenis alga. Namun spesis utama yang diternak di Negeri Sabah adalah rumpai laut merah iaitu Kappaphycus alvarezii (Eucheuma cottoni). Spesis ini banyak diternak bagi menghasilkan karaginan iaitu (biopolimer marin).

Industri penternakan rumpai laut bermula disekitar tahun 2000 lagi. Namun ianya mula dikenali dan dikembangkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sejak tahun 2014 dengan memasarkan rumpai laut kering untuk pasaran eksport. Pada tahun 2014, kawasan seluas 13 000 hektar persisiran pantai Semporna, Sabah dijadikan kawasan penternakan rumpai laut. Industri pembuatan bahan-bahan kosmetik dan perubatan memerlukan rumpai laut samada segar atau kering untuk penghasilan pelbagai jenis produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik. Rumpai laut mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan terutama untuk menghasilkan kulit yang cantik dan licin. Suatu ketika dahulu, orang Jepun mempersembahkan rumpai laut kepada Maharaja Jepun sebagai penghargaan kepada pemimpin utama mereka. Penduduk mahu pemimpin Jepun sentiasa sihat dengan memakan makanan yang baik dan elok. Pelbagai khasiat yang terkandung di dalam rumpai laut ini malah ianya dikatakan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding sirip ikan yu dan sarang burung.

KHASIAT RUMPAI LAUT

Berikut merupakan fakta nutrisi bagi 100 gram rumpai laut:

Nilai ph bagi rumpai laut adalah 7.6 dimana ianya tinggi dengan kandungan mineral makanan beralkali. Melalui banyak kajian dari para penyelidik mendapati rumpai laut tidak mempunyai kandungan kolagen tetapi ianya meransang pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit manusia. Rumpai laut yang dimakan akan menyebabkan kulit kelihatan tegang, bersih dan mulus, tiada jerawat, merawat kulit sensitif dan mempercepatkan penyembuhan kulit yang terluka.

Dari aspek kesihatan, rumpai laut boleh merawat penyakit lelah, insomnia, mengurangkan berat badan, melancarkan perjalanan darah, memperlahankan proses penuaan dan mencegah penyakit Alzheimer. Kajian daripada Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria yang merupakan seorang pensyarah dari Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati pengambilan dan pemakanan rumpai laut tidak mendapatkan apa apa bahaya kepada kesihatan manusia. Ini kerana rumpai laut bersih dari mana mana toksid dan ianya mengandungi kandungan mineral, asid amino, beta karotein dan berprotein tinggi sekaligus membantu mengekalkan kolegen di dalam kulit.

Ianya dilaporkan mempunyai nilai antobiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Akan tetapi pengambilan rumpai laut secara berlebihan akan menyebabkan pengguna mengalami sakit perut dan keracunan kerana pengumpulan sumber iodin yang tinggi.

KAEDAH PENTERNAKAN RUMPAI LAUT

Projek penternakan dimulakan dengan pemilihan kawasanseperti berikut:

• mempunyai pengaliran air yang tidak deras
• terlindung dari tiupan angin yang kuat
• kawasan terumbu karang & sedikit berpasir
• kemasinan air : 27 hingga 35 ppt
• suhu air: 25 ºC hingga 30 ºC
• paras ketinggian air : 0.15m (ketika air surut) dan 2.0 meter (ketika air pasang)

Kawasan yang mempunyai kriteria diatas adalah kawasan yang sangat sesuai untuk penternakan rumpai laut kerana nutrient dan mineral yang dibawa oleh air boleh diganti secara semulajadi. Kawasan di muara sungai dikatakan tidak sesuai kerana kawasan ini tempat percampuran air tawar dan air masin. Pagar dan pancang yang dipasang perlulah kukuh dikawasan tapak projek.

3 kaedah berbeza untuk penternakan rumpai laut:

Benih yang diikat akan membiak panjang dalam masa beberapa hari bergantung kepada keadaan suhu dan pasang surut air di kawasan ternakan rumpai laut tersebut.

PENYAKIT RUMPAI LAUT

Terdapat 3 gangguan atau penyakit yang sering didapati pada ternakan rumpai laut iaitu reput batang (ais-ais), epiphytes (sereng) dan gangguan dari penyu.

1. Reput Batang akan berlaku apabila kawasan penternakan tidak mempunyai aliran arus yang buat bagi menolak kandungan mineral yang terapung dibawah ternakan.
2. Epiphytes berlaku akibat kandungan nutrient yang terlalu tinggi dibahagian batang rumpai laut. Batangnya akan kelihatan putih
3. Penyu sering menjadikan rumpai laut sebagai sumber makanan menyebabkan kerosakan ternakan ini

PENUAIAN

Rumpai laut boleh dituai dalam masa 45 hingga 55 hari tumbesaran tumbuhan di perairan. Tali rawai akan ditalik ke dalam sampan dan dibawa ke jeti pemprosessan. Rumpai laut akan dibuka ikatan dari tali rawai dan diletakkan di dalam bekas lalu dibersihkan dengan air untuk mengeluarkan sebarang kekotoran yang terletak dicelah celah rumpai laut tersebut.Rumpai laut akan dikeringkan dibawah sinaran matahari selama 3 hari dan dibungkus untuk dipasarkan. Harga jualan rumpai laut adalah disekitar RM 0.80 hingga RM 3.00 sekilogram. Bagi tuaian tapak ternakan rumpai laut seluas 1 ekar, ianya akan mendatangkan hasil pendapatan disekitar RM 450 hingga RM 1500 sebulan.

Projek ternakan rumpai laut ini mendatangkan pendapatan kepada penduduk Sabah terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan perairan terutama kepada para nelayan. Ia juga dijadikan industri hiliran secara kecil kecilan dengan jualan rumpai laut kepada peraih yang akan memasarkan ke pasaran yang lebih luas. Ia juga dijadikan aktiviti sampinga atau alternative ketika musim tengkujuh dimana semua nelayan persisir pantai tidak digalakkan untuk ke laut menangkap ikan.

Kongsikan!
  • 13
  •  
  •  
  •  
    13
    Shares
This entry was posted in seaweed and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply