TEKNIK PENYUKUAN NANAS UNTUK PEMBENIHAN

Teknik penyukuan nanas bagi tujuan mendapatkan anak benih banyak diaplikasikan oleh pengusaha tempatan. Tujuan utama pengenalan teknik ini adalah untuk meningkatkan kualiti benih nanas. Melalui teknik ini, peratus pertumbuhan dan pembiakan nanas adalah tinggi dan ianya sangat mudah untuk dilaksanakan. 250 suluh dikerat kepada 4 melalui teknik penyukuan dan keratan batang bagi menghasilkan 1000 benih suluh nanas. Dengan kaedah ini, lebih banyak benih nanas dapat dihasilkan.

Formula ringkas teknik penyukuan nanas:

Pemilihan sulur terbaik dilakukan dengan memilih suluh benih yang telah berumur lebih dari 6 bulan. Sulur nanas tersebut akan dicabut dan daun daun dikelilingnya dibuang dan dibersihkan. Sulur dikerat dan ditinggalkan bahagian bawah sahaja. Kemudian, sulur akan dikerat kepada 4 bahagian.

PENYEDIAAN ANAK BENIH & PENGURUSAN TANAMAN

Tanah gambut akan disisir, digembur dan dirawat bagi memastikan keadaan tapak projek telah sedia untuk disemai anak benih. Kerja kerja membuat baris dan menugal tanah dilakukan sebelum sulur nanas mula ditanam di tanah gambut. Rendaman larutan racun dan kulat dilakukan pada setiap suluh benih dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Kemudian, suluh benih akan dicelupkan ke bahan penggalak akar sebelum semaian dilakukan. Selang masa nanas 4 bulan, baja semburan daun disembur dengan kadar 2 kali semusim. Tujuan semburan ini dilakukan adalah untuk memberikan unsur pekit dengan menambah zat supaya anak benih nanas yang disemai lebih sihat dan bermutu. Teknik penyukuan dan keratan batang nanas ini boleh diaplikasikan pada bahagian jambul, tangkai, batang, buah dan slip daun. Ianya sebagai satu penyelesaian jangka panjang kepada masalah kekurangan anak benih nanas. Buah nanas tersebut boleh jual dan sulur nanas boleh ditanam semula. Sulur nanas dijual kepada pekebun dengan harga RM 0.50 bergantung kepada varieti nanas.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in nanas, Pertanian Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply