BURGER CENDAWAN

Burger adalah menu sejenis sandwich yang mana ianya adalah gabungan antara roti, daging atau disebut patty dan juga sayur sayuran. Ianya juga adalah makanan olahan yang dimana daging ayam atau daging dilapisi sayuran seperti salad dan diapit oleh roti bun yang berbentuk bulat dan gebu. Bagi setiap 1 porsi burger, ianya mempunyai kandungan gizi seperti berikut iaitu 279 J kalori, 135g lemak, 273g karbohidrat dan 129g protein.

Burger ini pada asalnya disebut “hamburger” di kalangan rakyat Amerika dan England disisipkan dengan daging patty yeng berbentuk leper. Sos cili dan keju yang terdapat didalam burger menambahkan lagi keenakkan rasa burger yang disajikan. Burger merupakan makanan yang paling digemari oleh rakyat Amerika malah pengambilan burger sebagai makanan sampingan dengan kadar 3 hamburger setiap minggu. Ianya mudah didapati di pinggir jalan dengan kewujudan pelbagai jenis café, restoren dan café sajian ala carte.
Di Australia pula, burger yang disajikan adalah lebih sihat kerana ia mengandungi kandungan sayur sayuran dan buah buahan yang tinggi berbanding patty daging. Ini kerana kerana patty daging yang dimasak agak berminyak. Daging tersebut akan dimasak menggunakan minyak sayuran seperti zaitun atau minyak bijan dan minyak yang sama juga disapukan pada sayur sayuran yang akan diletakkan bersama di roti burger. Rasa minyak sayuran tersebut akan meningkatkan rasa sedap dan aroma burger tersebut.

Restoren Mc Donald dan KFC adalah contoh restoren makanan segera yang menawarkan pelbagai jenis burger dalam satu hidangan yang ringkas bersama kentang goreng (fries) dan minuman berkarbonat. Rangkaian restoren makanan segera ini terkenal di seluruh dunia dan menawarkan menu yang sering menjadi santapan kepada penggemar burger. Selain daging lembu dan ayam, terdapat juga patty yang diperbuat daripada ikan. Roti bun yang lembut dan gebu itu pasti menarik perhatian dan membuka selera sesiapa sahaja untuk menikmatinya.

Seperti yang diketahui bahawa patty burger diperbuat daripada daging , ayam dan ikan. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya memakan sayur – sayuran (vegetarian)? Adakah mereka tidak dapat menikmati menu burger sebagai menu kegemaran mereka. Pengenalan burger daripada sayur sayuran dapat menyelesaikan masalah bagi golongan vegetarian ini.

BURGER SAYURAN (BURGER CENDAWAN)

Burger sayuran adalah burger yang mengandungi campuran protein dari sayuran seperti tauhu, cendawan, protein sayur sayuran bertekstur lalu dikisar dan dimasukkan ke dalam mold acuan. Burger kacang hitam yang diperkenalkan oleh Restoren Chili’s mendapat sambutan terutama dikalangan vegetarian kerana rasa burger tersebut setanding dengan rasa burger daging salai walaupun patty daripada sayuran kacang.
Hasil inovasi dan kajian terhadap cendawan telah mencetuskan idea dalam penghasilan burger cendawan iaitu satu produk hiliran yang diperkenalkan oleh pihak MARDI. Burger cendawan yang dihasilkan kelihatan sama seperti burger daging biasa dan ia adalah gabungan dari patty yang diapit bersama bun roti yang dipotong 2 dan diisi sos dan sayur salad. Namun, patty yang digunakan adalah dari sayuran cendawan tiram kelabu Pleurotus pulmonarius.

Umumnya, cendawan mengandungi asid amino, 19 hingga 35% protein, mineral penting seperti kalium, fosforus, kalsium, Mangan dan kuprum. Tidak ketinggalan, cendawan mempunyai kandungan vitamin yang tinggi seperti Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C, niasin dan biotin yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Selain ianya baik untuk kesihatan tubuh badan, pemakanan cendawan boleh meningkatkan imuniti bagi melawan jangkitan bakteria dan virus. Burger sayuran cendawan sangat sesuai kepada mereka yang menjaga pemakanan dan golongan vegetarian. Walaupun patty yang disediakan diolah daripada sayuran cendawan, tetapi ianya mempunyai rasa yang standing dengan patty daripada daging atau ayam seperti yang terdapat di pasaran.
Hasil inovasi ini ramai pengusaha telah memulakan pengeluaran patty daripada sayuran dan ianya mendapat sambutan positif daripada pengguna. Pelanggan memberikan komen positif terhadap produk burger cendawan mempunyai rasa yang sedap dan diminati oleh golongan kanak kanak.

Ramai para ibu kini telah beralih dari menggunakan produk daging yang mempunyai lemak tepu dan kadar kolestrol yang tinggi. Produk patty cendawan tidak mengandungi kandungan lemak dan kolestrol dan ianya sangat baik untuk diambil oleh semua kerana pelbagai khasiat yang berguna kepada kesihatan tubuh badan.

Burger cendawan mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Jadual berikut merupakan kandungan nutrisi yang terkandung dalam 100g burger cendawan:

TIPS PENGHASILAN BURGER CENDAWAN

Berikut merupakan tips mudah penghasilan burger cendawan:

Bahan yang diperlukan adalah cendawan tiram kelabu, lada hitam/lada sulah, garam,bawang merah & bawang putih yang di potong halus, roti burger, sos cili, mayonis, salad dan keju.

Cendawan tiram kelabu yang telah dibersihkan dengan membuang sebarang kotoran yang terletak pada insang cendawan. Cendawan dicuci dengan kuantiti air yang tidak banyak kerana cucian air yang banyak akan menyebabkan cendawan cepat rosak dan busuk. Kemudian, ianya dipotong kecil kecil dan direbus selama 30 minit.

Rebusan cendawan ditoskan sebelum dikisar dengan mesin pengisar sehingga hancur. Campurkan cendawan, bawang putih, bawang merah, sedikit lada hitam dan garam ke dalam mangkuk dan campur digaul hingga sebati. Masukkan campuran patty cendawan ke dalam mold acuan bulat dan disejukbekukan supaya tahan lama.
Patty cendawan yang telah keras disusun berlapis lapis dan dilapik dengan plastik supaya daging patty cendawan tidak melekat antara satu sama lain. Semasa hendak memasak burger cendawan, letakkan petty cendawan di suhu bilik supaya proses nyahbekuan berlaku.

Gorengkan patty cendawan di atas kuali panas yang telah disapu dengan majerin sehingga masak. Roti bun dipanaskan sedikit dengan meletakkan di atas kuali panas. Daging patty yang telah masak diletakkan di atas roti yang diletakkan salad, keju, timun dan sos mengikut selera masing – masing. Hidangan burger cendawan dari pihak MARDI dihidangkan bersama sos blackpaper sebagai menu tambahan. Ianya pasti menambahkan keenakkan burger cendawan lebih lebih lagi dimakan ketika panas. Selamat mencuba resipi ini.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Pemprosesan Makanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply