FERTIGASI: SEKAM PADI BAKAR MEDIA PILIHAN PENGUSAHA DI UTARA

Sekam padi bakar merupakan salah satu media tanaman yang boleh digunakan untuk penanaman secara fertigasi.

Sekam padi bakar juga merupakan media yang menjadi pilihan untuk pengusaha fertigasi di kawasan utara semenanjung Malaysia kerana di kawasan tersebut merupakan tempat penanaman padi terbesar di Negara.

Tahukah anda sekam padi bakar merupakan sisa buangan industri padi.

Lebih tepat lagi kilang padi sendiri.

Ini kerana kilang padi akan menggunakan sekam padi sebagai sumber bahan bakar bagi boiler kilang bagi mengerakkan mesin kilang seperti converyer dan lain.

Hasil pembakaran ini menghasil sisa atau sekam padi bakar ini.

Terdapat juga sekam padi bakar di kawasan penanaman padi luar jelapang seperti Muar, Johor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Selangor dan Pahang, namun begitu kuantitinya adalah sedikit.

Namun begitu bekalan sekam padi bakar adalah terhad hanya banyak selepas musim penanaman padi.

Apakah perbezaan ketara di antara sekam padi bakar dan coco peat atau sabut kelapa ini?

Sehinggakan ada yang mengatakan coco peat lagi bagus daripada sekam padi bakar.

Daripada mana faktor tersebut diperolehi? Apakah indikator yang dibuat untuk membandingkan kedua – dua jenis media ini?

Memang benar, terdapat perbezaan ciri – ciri atau sifat bagi kedua-dua jenis media ini,

Seperti sifat pegang air (water hodling capacity), porosity, aeration dan lain-lain.

(Boleh cari artikel saya di internet tentang perbandingan ciri dan sifat coco peat dan sekam padi bakar di Internet)

Kesemua ciri-ciri ini adalah berbeza bagi kedua-dua jenis media ini.

Perbezaan ciri – ciri media ini bukan untuk diperdebatkan tetapi untuk diraikan.

Apabila media mempunyai ciri – ciri yang berbeza maka sudah tetapi cara atau kaedah penggunaannya berbeza.

Di dalam kes ini cara pembajaan dan pemberian air kepada tanaman yang menggunakan media sekam padi bakar atau coco peat adalah berlainan kerana sifat water holding capacity, aeration dan porosity setiap media ini berbeza.

Di dalam ceramah saya sering kongsi tips untuk memilih media tanaman.

Tips tersebut adalah seperti berikut:

1. Mudah dapat di tempat kita
2. Harga yang murah
3. Senang digunakan
4. Boleh digunakan berulang – ulang kali
5. Tidak merbahaya kepada pengusaha

Boleh rujuk kembali lama artikel saya di myagri.com.my

Akhir kata harus diingat media tidak mempunyai apa-apa nutrien sehingga kita titiskan larutan baja serta fungsi media hanya untuk memegang akar tanaman sahaja.

Sama ada sekam padi bakar atau coco peat yang pasti kaedah pembajaan dan pengairan adalah tidak sama.

Cukup penerangan di atas, jom saya belanja gambar lawatan ke kilang beras untuk pembelian sekam padi bakar.

Processed with Rookie Cam

Processed with Rookie Cam

This entry was posted in Fertigasi, Media and tagged , , . Bookmark the permalink.