TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Bagi mereka yang sibuk dan tiada masa untuk membawa anak anak beriadah atau menikmati aktiviti rekreasi, bolehlah bawa mereka ke Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak di tengah tengah ibu negara iaitu Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur berhampiran Taman Tasik Perdana. Ianya suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi dan sangat sesuai dijadikan tempat riadah bersama ahli keluarga dan anak anak kecil. Pada masa yang sama, ianya memberikan pengetahuan yang jelas mengenai spesis burung yang terdapat di dunia. Ianya merupakan suatu kawasan konservasi burung yang terbesar di Malaysia dimana ianya menempatkan sebanyak lebih 3000 burung dari 200 spesis dalam habitat semulajadi. Ianya juga dikenali sebagai KL Bird Parks dikalangan pelancong asing dan pelancong tempatan dan diiktiraf sebagai “the largest walk in free flight aviary” di dunia. Spesis burung disini ada yang bersaiz besar dan kecil dan berbeza dengan saiz burung yang di televisyen.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan agensi yang berkuasa untuk mentadbir dan mengawal perkembangan serta membangunankan kawasan ini. Kawasan ini juga berdekatan dengan Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Rama Rama, Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam, Taman Rusa dan Memorial Tun Razak. Ianya boleh di akses menggunakan kenderaan sendiri atau mana mana pengangkutan awam seperti bas, teksi atau Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Kawasan seluas 20.9 ekar ini menempatkan pelbagai jenis burung burung eksotik yang dikumpul dari seluruh negara.

Harga tiket masuk ke dalam KL Birds Park bagi Warganegara Malaysia dan warga asing adalah seperti berikut:

ZON BURUNG KL BIRDS PARK

Taman Burung Kuala Lumpur ini dibahagikan kepada 4 zon iaitu Zon 1 dan Zon 2 adalah kawasan penerbangan bebas bagi burung. Burung burung di dalam zon ini dibiarkan terbang bebas dan berkeliaran. Zon 3 pula menempatkan untuk burung Enggang (kawasan konservasi khas untuk enggang) dan Zon 4 mengandungi kawasan khas untuk pembiakan burung dan pentas amfiteater untuk pertunjukan burung yang diadakan setiap hari. Pengunjung akan disajikan dengan persembahan dari burung seperti berikut:

a) Merak Biru India yang mempunyai ekor berwarna warni sepanjang 5 kaki
b) Burung Merpati drowned sebesar ayam belanda
c) Burung Congo Afrika Grey Parrots
d) Burung Kakak Tua Pesquet yang hampir pupus

Terdapat juga pelbagai sangkar sangkar kecil yang menempatkan pelbagai jenis burung bagi memudahkan penggunjung untuk melihat dengan lebih jelas spesis burung yang jarang ditemui. Di kawasan yang lain, terdapat kolam kolam buatan yang menempatkan burung flamingo untuk hidup dan membersihkan diri.
Terdapat hampir 30 hingga 40 burung flamingo yang diam didalam kolam tesebut dan kumpulan flamingo ini memberikan pandangan dan persekitaran yang sangat cantik kerana warna bulu burung flamingo berwarna merah jambu pucat kontra bersama warna hijau dari persekitarannya. Bagi pengemar burung atau fotografi, ianya adalah suatu pandangan yang menarik dan cantik.

Pengunjung juga diberikan kesempatan untuk bergambar bersama sama burung terutama burung kakak tua, burung enggang, burung helang dan burung enggang di kawasan khas. Burung burung ini telah dilatih khas oleh penjaga burung sehingga jinak dan tidak akan mencederakan pengunjung.

KEMUDAHAN AWAM

Taman Burung Kuala Lumpur menyediakan pelbagai kemudahan awam kepada pengunjung seperti tandas, pusat maklumat, surau, kawasan taman permaianan untuk kanak kanak, kawasan parkir dan gerai makanan dan minuman. Makanan dan minuman daripada luar adalah dilarang kerana ianya mungkin menyebabkan kekotoran bagi kawasan ini dan dikhuatiri pengunjung akan memberikan makanan dan minuman tersebut kepada burung burung.

Laluan pejalan kaki dari cantuman batu bata memudahkan pengunjung yang membawa stroller anak kecil atau warga emas yang duduk diatas kerusi roda untuk mengunjungi kawasan ini. Laluan pejalan kaki ini akan meliputi keseluruhan kawasan zon di Taman Burung Kuala Lumpur dan pengunjung tidak perlu melalui kawasan yang tidak rata atau berlopak lopak.

Disepanjang Taman Burung Kuala Lumpur ini disediakan papan maklumat mengenai sepsis burung yang dilihat. Ianya akan memberikan pengetahuan kepada pengunjung nama, latar belakang, umur dan saiz serta asal usul burung yang kelihatan sama ada di dalam sangkar atau di luar sangkar. Pengunjung juga boleh mendapatkan makanan burung dari mesin jualan makanan burung dengan harga RM 1.00 sahaja. Terdapat juga gerai cenderahati yang disediakan untuk pengunjung dengan harga yang berpatutan. Pengunjung boleh membeli apa juga cenderahti yang disediakan sebagai kenang kenangan ketika melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini.

Tarikan utama di Taman Burung Kuala Lumpur ini adalah Bird Show yang dipersembahkan kepada pengunjung di Zon 4 sebanyak 2 kali sehari pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang. Pertunjukan ini dikendalikan oleh staff yang terlatih bagi pertunjukkan burung seperti burung menaikkan bendera, burung menaiki basikal dan pemberian makanan kepada burung helang. Aksi yang dipamerkan oleh burung burung ini pasti mencuit hati akibat kecomelan dan kecantikan burung tersebut.

Bagi pengemar fotografi, Taman Burung Kuala Lumpur adalah tempat yang amat sesuai untuk menangkap gambar burung kerana burung burung disini jinak dan tidak berbahaaya. Walaupun ia datang dari spesis burung liar. Burung burung dibiarkan berkeliaran di kawasan pejalan kaki dan pengunjung dibenarkan memberikan makanan. Pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung burung di kawasan zon burung tanpa sempadan sangkar.

Selain dari burung, terdapat juga kolam ikan dan taman arnab untuk perhatian pengunjung memberikan makanan kepada ikan ikan tersebut. Landskap yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok pokok memberikan keteduhan pada kawasan ini ketika cuaca panas. Keadaan landskap adalah cantik dan kemas.

Kongsikan!
  • 5
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares
This entry was posted in Agro-pelancongan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply