TANAMAN STEVIA

Stevia adalah tanaman yang telah ditanam oleh Kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu. Tanaman ini dicampurkan ke dalam minuman (ka’a he’ e) sebagai pemanis minuman dan di campurkan ke dalam ubat herba untuk perubatan tradisional sesuai dengan kepercayaan kuno masyarakat mereka (menurunkan tekanan darah tinggi, merawat luka akibat terbakar dan melawaskan kencing). Pada kurun ke 19 pula, sekumpulan penyelidik dari Brazil menjalankan kajian kepada pokok dan daun stevia mendapati bahawa daun stevia mengandungi unsur seperti gula dimana 1 helai daun stevia boleh menyebabkan 1 biji peria yang pahit menjadi manis. Pada masa yang sama, 1 helai daun stevia juga boleh memaniskan 1 cawan teh herba. Ekoran dari penemuan itu, stevia mendapat jolokan nama “pokok gula” dan pengambilan stevia dikatakan boleh mengawal dan merawat penyakit diebetis (penyakit kencing manis). Tahap kemanisan stevia adalah 200 hingga 300 kali ganda berbanding dengan gula tebu. Ini bermakna, hanya sedikit kuantiti yang diperlukan untuk menyebabkan air minuman menjadi manis.

Satu kelebihan pengambilan stevia adalah ianya mengandungi zero kalori (tiada kalori), tiada karbohidrat, tiada lemak dan tiada kolestrol. Ianya amat sesuai diambil oleh mereka yang menghidap penyakit tiga serangkai (diebetis, penyakit darah tinggi dan penyakit jantung)dan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Di pasaran, terdapat banyak produk stevia yang dijual kepada pengguna dalam bentuk larutan stevia. Pihak pengeluar menggunakan ekstrak daun stevia dan menghasilkan produk seperti “Royal Sweetener Stevia (RSS)” yang telah diperakui sah oleh FDA (Food & Dietetic Administration) sesuai dengan Akta Makanan.
Pengguna akan menitiskan 1 titis RSS ini ke dalam air minuman dan dikacau. Rasa manis minuman akan dirasai lambat sedikit kerana kelarutan stevia di dalam air adalah sangat perlahan tetapi rasa manis itu akhirnya akan dirasai dan kekal di dalam minuman.

Kuantiti yang disyorkan bagi mengambilan ekstrak stevia hanya 4mg/kg/hari dan bergantung kepada berat seseorang. seperti contoh dibawah:

STEVIA REBAUDIANA

Stevia adalah berasal dari keluarga bunga matahari iaitu Astereacea. Kemanisan yang timbul dari ekstrak daun stevia adalah disumbangkan oleh unsur steviol glycoside. Steviol glycoside ini mengandungi stevioside dan rebaudioside yang menyebabkan ekstrak daun stevia berasa sangat manis sehingga 200 hingga 300 kali ganda berbanding gula tebu biasa.

Tumbuhan ini sesuai ditanam pada ketinggian tanah 500 hingga 1000 meter dari aras laut (kawasan tebing tinggi) berbanding kawasan tanah rendah. Ini kerana di kawasan tanah rendah dengan sinaran matahari kurang dari 13 jam akan menyebabkan pokok stevia cepat berbunga dan mudah mati selepas dituai. Suhu persekitaran yang sesuai bagi tanaman ini adalah disekitar 14ºC hingga 27ºC dengan pencahayaan matahari yang cukup. Keperluan sinaran matahari lebih dari 13 jam akan menyebabkan daun stevia dapat menjalankan proses fotosintesis dengan kadar yang paling optimum. Selain itu, pokok stevia akan cepat berbunga dan berbuah dimana pada usia tanaman 60 hari ianya akan mula berbunga

CIRI-CIRI MORFOLOGI STEVIA

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 hingga 2.0 meter bergantung kepada penjagaan dan pengurusan tanaman. berikut merupakan ciri ciri tanaman pokok stevia:

• Batang : warna batang adalah hijau muda dan mempunyai
batang halus, lembut dan bergerutu
• Daun : bentuk bujur dan memanjang, saiz: 5cm – 10cm
• Bunga : warna putih bersaiz kecil dan ianya
mempunyai biji benih yang terhasil apabila
mencapai tempoh matang

PEMBIAKAN POKOK STEVIA

Pembiakan stevia boleh dilakukan melalui kaedah percambahan biji benih, keratan batang, pemisahan jaringan dan kaedah tisu kultur. Melalui pelbagai kajian mengenai pembiakan stevia melalui percambahan biji benih mendapati peratusan percambahan adalah rendah dan pertumbuhan tumbuhan adalah tidak seragam. Pembiakan melalui kaedah keratan batang dilakukan dengan mengambil bahagian tengah cabang primer dan pucuk tanaman. Sungkupan plastik kedap udara digunakan bagi semaian keratan batang stevia memastikan suhu dan kelembapan tanah menjadi tinggi dan stabil. Selepas 3 hingga 4 minggu akar pokok akan tumbuh dan ianya telah sedia untuk dipindahkan ke tanah.

PENGURUSAN TANAMAN

Di Malaysia, penanaman stevia dilakukan secara “penanaman kontrak” dengan syarikat tempatan (syarikat pengeluar produk stevia). Kaedah penanaman secara keratan batang adalah disyorkan kerana ia akan menghasilkan pertumbuhan pokok yang lebih seragam. Ianya sesuai ditanam di kawasan tanah merah berpasir atau tanah gambut dengan nilai ph: 6 – 7. Batas perlu disediakan dengan ketinggian 30cm x 40cm bagi memastikan pokok mempunyai sistem pengairan yang baik dan tumbuhan tidak terendam dengan kuantiti air yang baik ketika musim hujan atau terlebih air siraman. Jarak antara 2 batas adalah 1 kaki.

Anak pokok yang telah sedia akan dipindahkan ke tapak projek dengan kepadatan 16 700 hingga 17 000 pokok sehektar. Siraman mikro (microsprinkler) boleh diaplikasikan untuk tanaman ini beranding siraman tali air kerana ia akan menyebabkan akar pokok menjadi rosak dan membusuk. Siraman 3 kali sehari dilakukan supaya kandungan air lembap disekitar 65% sahaja dan kandungan air itu adalah untuk daun menghasilkan steviol.
Pemberian baja organik membantu kesuburan dan tumbesaran pokok stevia dengan kadar unsur nitrogen yang rendah dan unsur potassium yang tinggi. Pengusaha perlu memastikan tiada ulat atau telur ulat yang tersembunyi dibawah daun atau di tanah pokok. Ulat ini akan menjadikan daun stevia sumber makanan utama dan meninggalkan tahi yang merosakan dan merencatkan pertumbuhan pokok.

PENUAIAN & LEPAS TUAI

Pertumbuhan bunga stevia akan merencatkan pertumbuhan daun stevia. Bunga stevia perlu dibuang pada bulan ke 4 pertumbuhan pokok. Pendedahan cahaya matahari lebih 13 jam dan siraman air menyebabkan tumbuhan ini hidup lebih subur. Penuaian dilakukan dengan memotong batang pokok dengan meninggalkan hanya 10cm hingga 15cm dari tanah. Pokok dikeringkan dalam masa 12 jam dan setelah daun pokok stevia kering, daun digoncang dan daun akan lerai dari pokok. pendedahan pokok tuaian kepada cahaya matahari akan menyebabkan penurunan kadar steriol dan menjadikannya kurang manis. Daun kering stevia ini akan dihantar ke kilang untuk diproses bagi menghasilkan pelbagai produk stevia yang bermutu tinggi dan berkualiti. Ianya dapat merawat pelbagai jenis penyakit.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Herba, stevia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply