FENOMENA LAUT MERAH ANCAMAN TOKSIN KEPADA MOLUSKA

3 tahun yang lalu iaitu disekitar tahun 2013, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan kejadian laut merah atau disebut sebagai red tiles. Bagi pengemar makanan laut terutama kerang, kepah, kupang dan siput terpaksa melupakan seketika habit / kegemaran mereka untuk menikmati hidangan makanan laut tersebut. Kejadian fenomena laut merah yang berlaku di perairan Sabah menyebabkan populasi kerang menjadi bertoksin dan bahaya untuk dimakan. Orang awam telah dinasihatkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan supaya tidak memakan makanan laut terutama kerang ekoran fenomena laut terutama mereka yang tinggal di kawasan Pantai Barat Sabah.

Fenomena laut merah berlaku disebabkan ledakan populasi fitoplakton atau alga yang bersifat baik atau tidak baik (toksin atau non toksin) lalu memberikan kesan perubahan air laut bertukar menjadi warna merah, biru, coklat, kuning dan hijau. Alga akan menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis dan membantu rantai makanan hidupan akuakultur yang lkain seperti ikan, udang, sotong, siput, kerang kerangan dan sebagainya.

Faktor pembiakan alga atau plankton ini adalah dipengaruhi oleh sisa kumbahan yang dibuang ke dalam sungai yang mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi serta bahan buangan industri dan domestik yang kaya dengan unsur fosforus. Selain itu, penggunaan sisa baja pertanian yang tidak terkawal lalu dialirkan ke sungai dan laut juga menyebabkan pembiakan populasi plankton ini secara mendadak.

Populasi fitoplakton yang boleh berenang dibawa oleh arus laut ini akan membiak dan berkembang sehingga menutupi permukaan air laut. Apabila kandungan fitoplankton terlalu banyak di perairan laut, ikan atau hidupan marin tidak dapat memakan semua fitoplakton ini. Akhirnya ia akan membusuk serta terapung di permukaan air lautan. Pada ketika ini, fitoplankton menjadi bertoksin yang dipanggil dinoflagellata.
Pertukaran warna air laut dari normal kepada merah akibat pertambahan bilangan dinoflagellata akan memberikan kesan buruk kepada hidupan akualtultur yang lain di mana pelbagai jenis ikan, udang, siput dan batu karang akan mati dan rosak akibat kekurangan oksigen. Ikan yang memakan dinoflagellata akan mati keracunan kerana kandungan racun yang terdapat padanya adalah tinggi. Ia juga memberikan risiko kematian kepada manusia, burung dan haiwan lain yang makan hidup laut yang tercemar dengan fenonema laut merah ini.

Haiwan bercengkerang seperti kerang merupakan kumpulan haiwan yang berisiko tinggi mempunyai kandungan toksin yang tinggi. Semasa fenoma laut merah ini pembiakan kerang tidak akan terganggu tetapi ianya akan menjadi makanan bom jangka kerana serapan makanan oleh kerang adalah plankton yang beracun.

RISIKO RED TILES KEPADA KERANG

Seperti yang diketahui umum, kerang merupakan haiwan akuakultur jenis moluska dan mempunyai isi yang lembut. Isi kerang dilindungi oleh 2 bentuk cengkerang keras, berkapur dan mempunyai jalur berlekuk. Pembukaan dan penutupan kerang dikawal oleh 2 otot adductor yang terletak di tepi cengkerang tersebut. Pergerakkan kerang diatur oleh organ pipih yang dikeluarkan dari cengkerang sewaktu penutupan dan pembukaan cengkerang secara mengejut. Kerang boleh dijumpai di kawasan perairan berarus kuat dimana ianya menanam diri di dasar laut. Ada juga kerang yang dijumpai di dasar pantai berlumpur, berpaut pada batu atau kayu hanyut serta ada sesetengah kerang yang boleh berenang.

Kerang merupakan haiwan marin bercengkerang yang bersifat pemakanan menuras atau disebut filter eater. Makanan utama kerang adalah plankton yang terdapat dikawasan perairan. Mekanisma sistem makanan kerang akan berlangsung apabila kerang menyedut dan melepaskan air dan masuk ke dalam organ tubuh kerang. Air, plankton dan apa juga bahan yang terdapat di kawasan tersebut akan diserap ke dalam organ kerang.
Apabila berlakunya fenomena laut merah, dinoflagellata akan diserap masuk ke dalam organ kerang menyebabkan kerang beracun dan ianya sangat berbahaya jika dimakan oleh manusia.

Hal ini berlaku kerana kerang tidak memilih samada makanannya itu mengandungi zat yang bahaya atau tidak. Pembiakan kerang tidak terjejas selagi sumber makanan (plankton) masih ada di persekitaran hidupan kerang tersebut. Kandungan toksin akan terkumpul bercampur aduk di dalam isi kerang. Semua bahan logam berat yang terkumpul akan dipindahkan kedalam tubuh manusia dan akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang tidak baik.

Pada 1 Januari 2013, Pihak Kementerian Kesihatan telah menerima laporan kematian 2 orang kanak kanak di daerah Sepanggar, Sabah selepas memakan kerang beracun. 2 kanak kanak tersebut berumur 14 tahun dan 9 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kejutan anafilaktik. Selain itu, 4 orang dewasa dimasukkan ke hospital berhampiran setelah mengalami simptom seperti kebas kebas, pening, muntah dan sesak nafas.

Pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan dan Kementerian Kesihatan telah mengambil sampel air laut dan kerang untuk dianalisa kandungan di makmal. Hasil analisa tersebut mendapati kerang dari kawasan peraiaran tersebut mengandungi kandungan toksin PSP (Paralytic Shellfish Poisoning) yang sangat tinggi. Nelayan dan orang awam dinasihatkan tidak menghampiri, berenang atau memakan mana mana sumber makanan laut diperairan tersebut. Sebarang aktiviti menangkap hidupan laut atau aktiviti riadah dihentikan bagi menghalang kejadian yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

MOLLUSCURE – PENYINGKIRAN TOKSID MAKANAN LAUT

Tahap ketoksikan di dalam kerang dari perairan yang terkena dengan fenomena laut merah ini sangat berbahaya berbanding ketoksikan cyanide. Ianya sukar dikesan, tiada bau, tiada rasa, tidak boleh dimusnahkan menggunakan sebarang asid atau alkali mahupun dengan suhu yang tinggi. Kandungan toksid yang terkandung di dalam kerana tidak mudah untuk dihapuskan walaupun ianya telah dimasak dengan suhu yang tinggi dan dalam tempoh masa yang lama.

Paras racun yang terkandung di dalam kerang telah melebihi paras keselamatan piawaian antarabangsa. Oleh kerana itu, adalah dilarang untuk memakan atau memasarkan hasil lautan yang telah tercemar dengan dinoflagellata ini. Jika masalah ini dibiarkan berlaku, ianya pasti akan mengancam populasi ternakan kerang dan akhirnya rakyat Malaysia tidak dibenarkan makan kerang dengan selamat dan tiada risiko kematian. Ia juga akan menjejaskan pendapatan para nelayan persisiran pantai.

Pelbagai penyelidikan dari universiti awam dan institut penyelidikan bagi mencari kaedah terbaik untuk menghindarkan kandungan racun di dalam makanan laut terutama kerang. Setelah banyak kajian dan penyelidikan dilakukan akhirnya terhasillah teknik yang digelar Molluscure bagi menyingkirkan toksid yang terdapat pada makanan laut.

Teknolgi Molluscure merupakan satu proses perawatan toksid dari makanan laut yang menggabungkan teknologi hebat seperti reagen (agen pengkelat) yang dihasilkan daripada bahan asas cuka iaitu asid asetik yang diubah suai, pemangkin daripada mineral zink dan teknologi nanobubble dari Negara Jepun (Utusan Malaysia, 6 April 2017). Sistem Molluscure telah dilesenkan untuk dikomersialkan oleh Syarikat Focus Industrial System Sdn. Bhd. Melalui sistem Molluscure ini, 95 peratus unsur logam berat seperti kuprum, plumbum, nikel dan cadmium boleh disingkirkan dari makanan laut dalam masa 2 jam 30 minit.

Bahan reagen yang digunakan seperti cuka asetik dan bahan pemangkin garam mineral yang tidak bertoksin adalah selamat untuk digunakan. Bahan ini dicampurkan ke dalam mesin yang dibangunkan oleh syarikat Focus Industrial System Sdn Bhd di Pengkalan Jeti Nelayan (Jeti Tampok, Jeti Ayer Baloi dan Jeti Penerok) sebagai percubaan teknologi ini. Menerusi teknologi ini, 1 tan kerang akan dirawat dalam masa 3 jam dengan kos rawatan hanya RM 1.00 bagi setiap kilogram berbanding teknik konversional yang memakan masa 1 minggu untuk kuantiti kerang yang sama. Teknologi ini lebih selamat dan mesra alam bagi menggandakan keberkesanan penyingkiran toksid dalam tempoh masa yang singkat.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Kerang, Ternakan air and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply