PUSAT KONSERVASI GAJAH, KUALA GANDAH

Perjalanan menelusuri kawasan hutan yang mempunyai panorama yang indah dan menenangkan pasti dirasai oleh semua pengunjung yang berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah terletak di Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur. Pusat ini terletak 15 kilometer dari Pekan Lanchang dan perjalanan ke tempat ini akan melewati beberapa perkampungan Orang Asli. Pusat ini ditadbir dan di kawal selia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan menempatkan kira kira 8 hingga 10 gajah dewasa dan 2 ekor anak gajah yang berusia di antara 8 bulan hingga 13 bulan.

Pusat ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 bagi menggantikan Ibu Pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah mula wujud sejak tahun 1974.Sejak 43 tahun yang lalu, seramai lebih 450 ekorg ajah liar telah dipindahkan dari beberapa kawasan hutan dengan tujuan pemeliharaan dari kepupusan dan ancaman. Matlamat pusat ini diwujudkan untuk memberikan kesedaran di kalangan orang awam mengenai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh haiwan terbesar ini selain melakukan pelbagai penyelidikan berkaitan konservasi dan teknik pemindahan yang berkesan.

Di pusat ini, pengunjung yang berkunjung ke pusat santuari gajah ini berpeluang untuk melihat dan mendekati haiwan terbesar di dunia dengan lebih lanjut. Bagi mereka yang berani, pengunjung dibenarkan untuk menyentuh, menunggang, memberikan makanan serta mandi bersama anak gajah. Gajah atau disebut sebagai Elephusaximus merupakan spesis gajah liar padaasalnya. Namun, inisiatif Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia bersama Persatuan Pencinta Alam dan WWF (World Wide Fund for Nature) terhadap haiwan ini telah mengumpulkan gajah gajah liar dari hutan di seluruh Malaysia terutama di kawasan hutan khaltulistiwa Negeri Pahang dan menempatkan ia di kawasan pemeliharaan ini.

Tanpa sebarang cas bayaran masuk yang dikenakan, pusat ini dibuka kepada umum pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 10.00 pagi hingga 4.45 petang dan Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum seawal jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Pengunjung hanya perlu mendaftarkan nama pengunjung dan akan dilekatkan dengan pelekat di baju sebagai tanda alu aluan pihak Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah kepada pengunjung. Pengunjung boleh membuat tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan di pintu masuk terutama ketika hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum dengan menghubungi Pusat Konservasi gajah Kebangsaan Kuala Gandah di talian 013-908 8207 atau melayari website: www.wildlife.gov.my dan membuat tempahan melalui e-tempahan di lawan web tersebut.

ANCAMAN TERHADAP SPESIS GAJAH

Spesis gajah telah dikategorikan sebagai spesis yang terancam dan hampir pupus. Dianggarkan hanya terdapat kira kira 1200 ekor gajah di kawasan Semenanjung Malaysia. Kegiatan pemburuan haram telah mengancam spesis ini yang diburu kerana gadingnya. Gajah liar ini akan ditembak dengan kejam sehingga mati sebelum gading gajahnya di potong dan dijual ke pasaran gelap. Harga gading gajah boleh mencecah puluhan ribu ringgit dipasarangelap.Namun, adakah harga itu berbaloi dengan nilai kemanusiaan terhadap haiwan.

Selain itu, pembalakan haram yang menebang dan meneroka kawasan penempatan gajah juga menyebabkan habitat bagi spesis ini terganggu. Kawasan hutan yang ditebang dan diterangkan menyebabkan sumber rantaian makanan berkurangan. Apabila keadaan ini berlaku, spesis gajah akan mula berpindah dan menyerang kawasan kampung yang berhampiran untuk mendapatkan sumber makanan.

Beberapa laporan mengenai serangan gajah atau fenomena gajah naik minyak telah dilaporkan beberapa tahun lepas yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan orang awam. Pihak Jabatan Perhilitan terpaksa dipanggil bagi menyelesaikan masalah ini. Cara terbaik untuk pemeliharaan spesis gajah liar ini adalah dengan memindahkan dan mengumpulkan spesis gajah ini di suatu tempat yang sesuai. Oleh itu, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah ini diwujudkan. Jika gajah gajah ini tidak dipindahkan, kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan menembak dan meracun gajah ini supaya mati. Jika keadaan ini berterusan berlaku gajah akan mengalami kepupusan dan generasi akan datang hanya mampu melihat dan mengenali gajah melalui gambar di televisyen atau di media sosial sahaja.

AKTIVITI DI PUSAT KONSERVASI GAJAH, KUALA GANDAH

Antara aktiviti yang menarik di Pusat Konservasi Gajah, Kuala gandah ini adalah seperti berikut:
? ANAK GAJAH MELINTAS
? TAYANGAN VIDEO
? MEMBERI GAJAH MAKAN
? MANDI BERSAMA GAJAH
? PENERANGAN MENGENAI KONSERVASI GAJAH

Pengunjung berpeluang untuk melihat dan memerhatikan kehidupan anak gajah di habitat semula jadi gajah di mana anak anak gajah ini dibiarkan lepas bebas untuk bermain dan mencari makanan di kawasan keliaran yang dipagari pagar elektrik. Beberapa orang pekerja pengurusan berada di tempat berkenaan bagi mengawasi anak gajah dan juga keadaan orang ramai dari kejadian yang tidak diingin. Bagi pencinta fotografi, ia adalah moment yang paling sesuai untuk dirakamkan dan diabadikan sebagai suatu kenangan yang terindah. Kawasan ini dibuka seawal jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tayang video selama 30 minit memberikan penerangan mengenai dokumentari proses menyelamatkan dan permindahan gajah liar dari habitat asal ke Pusat Konservasi Gajah ini dipertontonkan oleh staff dari Jabatan Perhilitan sendiri. Tayangan ini dipersembahkan di bilik auditorium yang dibuka pada jam 1.00 tengahari dan 1.30 petang. Tayangan video ini memaparkan pelbagai usaha menyelamatkan gajah liar dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk gajah dari Thailand dan Vietnam. Menurut tayangan berkenaan, Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan antarabangsa (negara jiran) dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan gajah.

Satu muzium kecil atau mini muzium mengenai gajah ditempatkan di lobi auditorium berkenaan yang menempatkan artifak tulang tulang gajah. Penerangan mengenai gajah dan sejarah mengenai pusat tersebut juga diterangkan melalui poster yang ditampal di dinding mini muzium tersebut. Pengunjung boleh membaca dan bergambar di kawasan tersebut.

Pada jam 2.15 petang, pengunjung boleh melihat sendiri gajah dewas adan anak gajah dimandi dan dibersihkan sambil pekerja yang ditugaskan memberikan penerangan mengenai gajah. Jika berpeluang, jangan lepaskan kesempatan untuk mandi bersama gajah. Kebenaran mandi ini adalah bergantung kepadakebenaran staff yang bertugas dan keadaan semasa gajah. Sekiranya gajah dalam keadaan yang tidak stabil, jangan ambil risko untuk melakukan aktiviti ini kerana ia mungkin mengundang kecederaan dan kehilangan nyawa akibat ketidakstabilan emosi gajah.

Penerangan mengenai konservasi gajah diadakan di pentas interpretasi yang dijadualkan pada jam 2.45 petang hingga 3.15 petang. Beberapa ekor gajah akan melakukan persembahan ringkas sambil di temani oleh petugas yang telah diamanahkan menjaga mereka. pengunjung juga diberikan memberikan makanan kepada gajah dengan membeli makanan dari kaunter jualan makanan gajah. Makanan seperti ruas tebu dan buah buahan dijual dengan harga yang berpatutan. Makanan daripada luar adalah dilarang untuk dibawa masuk dan diberikan kepada gajah kerana ianya kurang selamat terhadap kesihatan gajah. Pengunjung juga berpeluang menyentuh dan membelai beberapa ekor gajah dan anak gajah yang manja serta ramah dengan pengunjung. berapa tahun lepas, pengunjung berpeluang untuk menunggang sendiri gajah, akan tetapi perkhidmatan tersebut tidak lagi relevan kerana mendapattentangdariKelabPencintaHaiwan yang berpendapat keadaan ini mengundang kecederaan pada gajah. Golongan ini juga berpendapat ianya seperti suatu penderaan fizikal manusia terhadap gajah. Bantahan demi bantah dan akhirnya Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah memutuskan aktiviti menunggang gajah adalah tidak dibenarkan. Selain ianya tidak sesuai dengan keadaan emosi gajah yang tidak menentu.

KEMUDAHAN AWAM

Antara kemudahan awam yang disediakan adalah kafe jumbo yang menjual cenderahati hati dan makanan serta minuman ringkas buat semua pengunjung mengalas perut. Kemudahan bilik air dan surau juga disediakan bagi memudahkan pengunjung. Laluan pejalan kaki yang rata memudahkan bagi warga emas yang berkerusi roda dan anak anak kurang upaya (OKU) untuk mengunjungi tempat ini. Selain itu, kawasan parkir kereta yang luas disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Agro-pelancongan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply