Varieti Cili Pilihan Usahawan Fertigasi: Kulai 461

Varieti cili kali ini merupakan SJ2-461 atau dikenali sebagai kulai 461 di kalangan usahawan fertigasi di Malaysia.

461 ini merupakan biji benih keluaran SAKATA.

Pengeluar biji benih yang paling top beribu pejabat di Jepun.

Di Malaysia, Sakata paling popular dengan benih rockmelon terutama glamor.

Terang lagi bersuluh di situ ditulis hot pepper tetapi masih ada usahawan yang panggil kulai.

Tetapi pada saya panggil lah apa pun janji jadi wang atau duit kepada usahawan kita.

Tetapi ini adalah realiti yang harus difahami oleh usahawan tani kita.

Cili merah atau cili besar secara umumnya dipecahkan kepada dua iaitu jenis KULAI atau HOT PEPPER.

Fakta ini ramai yang tidak tahu atau buat buat tak ambil tahu. 

Rasanya ramai tidak tahu yang 461 ini ada saudara kembara dia SJ-462.

Apabila kita sebut hot pepper, cili jenis ini memang tahan virus lalat putih berbanding kulai original.

So tidak menghairankan apabila ramai pengusaha memilih varieti 461 ini.

Sebab ciri -ciri utamanya iatu rintang kepada virus.

Walau pun kena virus masih boleh berbunga dan berbuah lagi.

Oleh sebab ciri ini, ramai pembekal pakej menawarkan pakej fertigasi dengan benih kulai 461 ini.

Harus diingat rintang terhadap virus bukan serangan serangga perosak yang lain-lain.

Rupa buah 461 juga seakan-akan kulai 568, jadi mudah sedikit untuk pemasaran.

Tetapi pemborong boleh kenal dan bezakan rupa antara varieti cili ini.

Tetapi kalau berlaku lambakan, harga 461 ini tentunya akan turun berbanding kulai 568 atau kulai yang original.

461 juga merupakan tanaman cili yang berbunga serentak.

Bermakna, pokok cili akan naik, keluar pucuk serta keluar bunga dengan banyaknya dan apabila buah cili merah dan masak serta dipetik, baru keluar bunga yang baru dengan banyaknya.

Dengan pengurusan yang betul, tanaman cili 461 ini boleh mencecah 2 kg sepokok untuk tempoh 4 bulan daripada pindah anak pokok ke polibeg.

Jangka ekonomi untuk 461 ini adalah 6 buah.

KPI industri untuk tanaman cili 461 ini adalah 3-4 kg sepolibeg.

Tuaian pertama boleh dilakukan 75 hari selepas pindah anak pokok secara puratanya.

Ketinggian pokok boleh menceceh 1.2 m secara purata.

Tetapi sekarang ini saya perhatikan ramai pengusaha hanya sekadar capai tinggi lutut sahaja tanaman cili 461.

Tapi claim buah 5 kg sepokok. Kikiki.

Rumusan

Secara umumnya, hot pepper 461 ini memberikan hasil yang tinggi dengan pengurusan yang betul.

Secara umumnya varieti ini tidak memerlukan baja yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang tinggi.

Sedangkan masih ada pengusaha yang bagi baja sampai 4-6 kali sehari semalam. Kikiki.

Kaedah Pembajaan kene betul jika tidak masalah bunga gugur akan terjadi.

Kena support dengan vitamin atau baja foliar yang betul.

Tidak kira apa jenis Cili sama ada hot pepper atau kulai, usahawan tani harus memilih varieti yang tepat bagi mudahkan pemasaran.

Tak kiralah varieti apa yang anda tanam tetapi kaedah penanaman kene betul serta pasaran boleh terima cili yang kita tanam.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply